Black Interior Conversion

kali ni dipaparkan gambar-gambar proses penukaran interior dark grey standard wira ke black interior menggunakan sepenuhnya interior EVO 3 termasuk pillar dan panel, cuma door trim je dari GSR. tak nak tulis panjang-panjang, just saksikan gambar-gambar di bawah sahaja sebagai panduan dan rujukan

interior standard wira 2004

buka segala panel yang ada termasuk panel meter, aircond dan gear console

tanggalkan suis kat steering

kena kenal pasti wiring tertentu sebab banyak sangat

proses membuka skru-skru kat dashboard

panel yang telah dikeluarkan

keluarkan dashboard asal

berserabut dengan wiring

dashboard standard wira dark grey

pomen rehat seketika

dashboard yang akan dimasukkan nanti, panel telah dicat dengan warna silver

re-wiring aircond switch untuk dipindahkan ke sebelah kanan dashboard

masukkan wiring pada dashboard

pasang dashboard dan meter standard wira

kemaskan segala wiring

pasang balik segala peralatan

hampir nak siap

door trim pakai yang GSR

dah pun siap, seharian buat kerja ni... dari pagi sampai petang

black interior

sekian, terima kasih
jumpa lagi

95 comments:

TurboBee said...

Walaa!!

harmza said...

ni da Otter color ke? maseh menanti DIY En.Jeff utk convert Man A/C ke Digital A/C.. hapar2 bole kongsi...

jeff_tacra said...

bukan otter lah bos, dash evo

mR Gee.!! said...

comey gok bingkai ekon hose tuh,
tembak cat silver..

Anonymous said...

agak2 brape price dash evo atau gsr skang?

jeff_tacra said...

dashboard evo complete set termasuk blower, panel digital dan wiring 1k jugak rasanya

Anonymous said...

salam en jef,kagum betul saya dgn kebolehan encik.saya ada satu masalah dgn panel digital air-cond 4g91 saya.masalahnya ialah LED paparan skrin panel tu kadang2 menyala kadang padam..boleh beri pendapat?

jeff_tacra said...

LCD yang bermasalah sekejap padam dan sekejap hidup saya tak biasa repair lagi, kerosakan panel digital biasanya disebabkan kepanasan litar di dalam panel berkenaan. sepatutnya ada satu hose dari blower masuk ke panel tersebut, mengikut standard di kereta mitsubishi

riezal said...

abg jeff..nk tanya skit..skrg ni sy pakai dashboard lancer a/c digital..plan nk tuka balik ke manual controller mivec punya...banyak x kena modified..

jeff_tacra said...

kenapa nak pakai manual semula... kena cari balik wiring ekon manual

riezal said...

ooo..mcm tu...just nk stanby if digital a/c tu rosak...

Anonymous said...

nak convert dash asal wira ke lancer..wiring kena ubah ke..sbb ingat nak pakai yang aircond manual jer dlu..budget xde nak pakai digital..

jeff_tacra said...

kena ubah kedudukan switch ekon je, ubah ke tepi dash sebelah driver. asal wira kat tengah

din said...

jeff... nak bukak dashboard tu steering tak payah bukak ke? boleh masuk ke?

jeff_tacra said...

tak buka pun takpe steering tu, boleh masuk dash nanti

Anonymous said...

Salam abg jeff...saya ada beli 1 dashboard mivec tapi controller aircond manual...beli murah2,blower dan cooling coil x dapat la...saya nak salin controller aircond manual mivec tu dg controller aircond manual wira,boleh buat x? atau wiring dia kena buat lain?

jeff_tacra said...

boleh masuk tapi kena buat wiring jugak

he he said...

bos...nak tau...dashboard wira blh msk iswara ke?saya rasa mcm pernah nmpk..ermm..ada tak dashboard yg gempak cun kat iswara.thank you~

jeff_tacra said...

ada yang masuk dash wira/lancer kat saga/iswara, tapi agak susah jugak sebab ada part yang kena potong sikit

Anonymous said...

salam....en.jeff..ada x dkt mana2 yg jual soket aircond manual lancer? sebab dash yg saya beli soket untuk aircond tu xda...kalau boleh guna soket asal wira cantek la

jeff_tacra said...

rasanya saya ada soket ekon lancer manual, nanti kena check balik, apa-apa hal boleh sms saya

Anonymous said...

ya ka bro ada soket lancer manual tu?? kalau ada berapa rm nak jual?

Anonymous said...

Salam bro jeff....ada x sape2 nak jual jam dashboard lancer? jam ni duduk kat panel aircond manual lancer....saya nak sekali soket,kalau ada mesej 012-4304301.

Anonymous said...

bang jeff..mcam mne nk buka bnde putih bulat kt belakang meter 2?

jeff_tacra said...

benda putih bulat kat belakang meter tu yang mana satu, dekat meter atau dekat cable meter

Anonymous said...

slm bg sy nk tnye, klu convert dashboard wira lame 1st model kpd dashboard wira model bru wiring blh guna yg asal x?? sblm unplug cable2 dlm dashboard perlu cabut ke wyar -ve kt bateri ?? ade kene wiring ape2 x?? ingat nk buat sndiri, tnya kedai dia nk upah rm400 mhal gile......

jeff_tacra said...

boleh guna wiring lama, lebih kurang sama je. tak perlu buka terminal kat bateri sebab wiring besar bawah dashboard tak buka keluar pun, cuma cabut soket je. tak perlu ubah apa-apa wiring, plug n play ke dashboard baru

Anonymous said...

trima kasih bg........harap2 lepas ni abg blh tunjuk cara2 nk pasang power window dn wiring kt pintu blakang wira lame yg pkai kayuh

Anonymous said...

cik klau nk bukak dashboard memang kene bukak consol gear ke?? klau xbukak console gear blh buka ke dashboard??

jeff_tacra said...

kalau nak buka dashboard memang kena buka gear console dulu

Anonymous said...

klau bkak konsol gear kne bkak tombol gear dlu kan?? cik mcm mane nk bukak tombol gear wira manual?? kena pulas ke kene tarik tombol gear tu??

jeff_tacra said...

nak buka gear knob wira kena using arah lawan jam

Anonymous said...

trima kasih cik.......

Anonymous said...

klau nk salin dashboard wira sama wira, memang kene bukak ke suis kat stering tuk buang dashboard lame??

jeff_tacra said...

lebih baik bukak suis kat steering sub sebab takut sangkut dengan dashboard nanti

at wira said...

bang jeff,meter pakai meter wira balik ka? kalu saya beli dashboard kosong boleh x? kena ambik sekali blower ekon ke?

jeff_tacra said...

pakai balik meter wira dan set ekon pun pakai wira punya. owner kereta ni hanya masuk dashboard kosong lancer je

Anonymous said...

Bang Jeff,sya dah tukar dashboard lancer dgn panel aircond sekali, cuma masalahnya bila tekan 1 step blower fungsi tapi bila tekan 2nd step compressor fungsi tapi blower x fungsi... ada diagram utk suis aircond lancer?

ed_ishak said...

salam abg jeff..nk tya..,sy tkfhm bab buat wiring ekon tkr ke sebelah kanan tu...??tkblh ke pkai suis ekon lancer yg kt tengah tu je...??soket tksama ke dgn wira...??

Anonymous said...

salam bro jeff,,ada beza ka dashboard evo3 dgn gsr?

jeff_tacra said...

dashboard evo atau gsr sama je. dengan lancer lain pun sama, cuma beza pada color je

Anonymous said...

ok,,tq bro

Anonymous said...

abg jeff,, kalau psg dash yg siap dgn meter gsr kena wiring lain x utk meter gsr tu?

jeff_tacra said...

boleh nak pakai meter gsr/evo/mivec tapi kena adjust wiring kat soket meter sikit. wiring set pakai asal wira

Anonymous said...

ok,,tq

Anonymous said...

abg jeff,,blh x spray cat dkt dashboard ni?,,sy dpt gsr pnya warna kelabu,,nk spray hitam

jeff_tacra said...

setahu saya kalau dashboard tidak ada warna kelabu, semua hitam. lancer 4g91 baru kelabu. spray takut tak tahan, cat mudah tanggal melainkan guna otter color

Anonymous said...

oww,,mcmtu..kat mana nk dpt otter colour tu ya? abg ada stok x? kalau ada blh saya beli dr abg jeff ja..

Anonymous said...

abg jeff,,dash 4g91 pn sama jgk dgn dash gsr htm kan?..blh masuk ngam2 dgn wira kan?

jeff_tacra said...

sama, boleh masuk ngam, warna je lain-lain

Anonymous said...

tq,,bro jeff

Anonymous said...

bro jeff,,gear console blh pkai yg wira blk ka?,,ada yg cakap xngam....

jeff_tacra said...

gear console kena pakai yang lancer punya, console wira memang tak ngam dengan dahsboard lancer. arm rest boleh masuk belaka

Anonymous said...

Abg Jeff, kalau nak tukar meter wira 1.5 ke meter lancer, kena wiring atau pnp...

jeff_tacra said...

nak masuk meter lancer kat wira kena ubah kedudukan pin kat soket meter mengikut soket meter lancer, meter tu boleh masuk plug n play

Anonymous said...

bang jeff,,..saya dah cuba psg dash gsr ni kt wira tp sblh tepi dash mcm msuk xngam,turun kebawah ckt...nk kena mod dkt lbg skru bhgian tepi dash ke?

jeff_tacra said...

memang kena mod sikit bahagian tepi untuk lubang skru tu. kena tebuk lubang bagi ngam dengan lubang skru asal, minor mod je

poknikmey said...

cikgu, dashboard lama yg dlm gambr kat atas tu x nk jual ke?

jeff_tacra said...

dashboard wira kat atas tu dah jual, sorry

Anonymous said...

mau tanya boss.,
saya ada dashboard gsr kosong. blh ker kalau p&p terus kt wira tanpa tambah apa2 lg coz ada org ckp kena beli full set skali dgn blower jgk baru boleh psg. meter gsr saya dh ada. tq sifu.. :-)

jeff_tacra said...

dashboard lancer boleh pasang kat wira dengan menggunakan sistem aircond dan meter wira, tak ada masalah

Anonymous said...

bang jeff,
klu na bkak dash wira camne ye step nye???
byak ke skru yg na kne bkak...
tlog tnjuk ajarsket...
sye bru je na b'jinak2 ngan d.i.y nie...

jeff_tacra said...

sama je step dengan dashboard lancer

Anonymous said...

bang..boleh ke saya masukkan meter wira merah SE ke dashboard mitsu?sekadar hiasan kerana thema kete saya merah.hi2..apa keburukan dan kebaikan?

jeff_tacra said...

boleh je masuk, takde masalah

Anonymous said...

salam,jeff blower motor evo dgn wira sama x.apa beza.?takut xngam utk projek digital aircon saya

Anonymous said...

salam bang.dashboard lancer kalo masuk kat satria 1.3 bleh x?blower ekon tu perlu tkr x?wiring?

Anonymous said...

Masalah tulisan LED dekat panel aircond.
Tulisan LED kurang menyala, kalau siang langsung tak nampak? Apa problemnya dan cara atasi. TQ Man

Anonymous said...

abg jeff.......sy nk tnya,sy ada pkai meter lancer
tp Rpm nya x hidup,sy guna wira 1.5 vdo

jeff_tacra said...

kalau wiring kat meter tak ada masalah sudah pasti RPM pun akan terus berfungsi, try check balik wiring

muhdzaidi said...

abg klau meter wira 1.6 yang lampu meter kaler oren kekuningan tu boleh ke tukar lmpu t10 LED warna putih???

saroo said...

bahagian tepi dsahboard yang abang cakap nak kena mod tembuk lubang tu yang bahagian mana.? tembuk lubang skru kat dahsboard ke kat tapak kereta?

saroo said...

agak2 skrg harga dashboard kosong sekali dengan gear console berapa sifu?

jeff_tacra said...

Dashboard kosong evo harga sekitar rm350

saroo said...

bahagian tepi dashboard yang sifu cakap nak kena mod tembuk lubang tu yang bahagian mana? tembuk lubang skru kat dahsboard ke kat tapak kereta?

Norridin mohd kasim said...

Dasboard lancer 1.6 ada ke

jeff_tacra said...

Kena tebuk lubang baru kat dashboard, bahagian skru atas dash dalam corong aircond. Dhboard lancer biasanya warna grey manakala dash evo/gsr/mivec warna hitam

Anonymous said...

sifu, how you install front door speaker? need to modify or not? cause wira don't have front door speaker?

Aziz Zolkepli said...

salam abg jeff boleh pakai balik x..controller air cond asal wira tu?

jeff_tacra said...

Controller aircond asal wira boleh diguna pada dashboard lancer, tidak ada masalah

Ahmad Fauzi Harun said...

salam abg jeff, ,asal kereta abg jeff 1.6xli auto kan??meter asal 2 nk jual x??

~ Mr Ej ~ said...

assalamualaikum. abg jeff..kalau nak pasang dashboard wira kt saga lama buleh ker ? bajet brp kos yer ?

Mars chen said...

wow....proton wira 1.3,15,16 sama tak dashboard?

jeff_tacra said...

dashboard proton sama sahaja antara cc

Afiq Farhan said...

vent aircond wira dan evo3 same tk yang belah kiri abg jeff?

khairul said...

Abg jeff.dashboard wira nk msk meter lancer atau evo boleh x? Ade nk usik wiring or pnp je?

khairul said...

Abg jeff.dashboard wira nk msk meter lancer atau evo boleh x? Ade nk usik wiring or pnp je?

mohd ikhwan afiq abd rahim said...

cikgu, boley tunjuk cara wyring meter 1.6 auto ke meter lancer 1.6 auto? sy nk tukar meter asal wira ke lancer..

Mohd Firdaus said...

Bos. Sy nak tukar meter wira 1.6 auto ke meter lancer auto dgn menggunakan wayering asal wira. Boleh minta pandangan dari segi wayering meter.

mohd fairuz said...

assalamualaikum bang..minta maaf sy nk bertanya,sy pnye panel skrin x nyala la bang,lampu button semuanye menyala tp mslah pd srin jr x nyala,bile on aircond nmpk x cntik bile skrin gelap je...harap abg dpt membantu..urgent..:)

mohd fairuz said...

assalamualaikum bang..minta maaf sy nk bertanya,sy pnye panel skrin x nyala la bang,lampu button semuanye menyala tp mslah pd srin jr x nyala,bile on aircond nmpk x cntik bile skrin gelap je...harap abg dpt membantu..urgent..:)

mohd fairuz said...

assalamualaikum bang,nk tanya skit,knp ade bau asap time sy bak kreta?mksd sy bila tekan pedal mnyak je bau asap msok dlam kabin kreta?

Unknown said...

Hello , aircond controller punya bulb macam mana tukar ?bukan yang dekat hazard punya . Boleh reply dengan cepat ? Terima kasih boss .

Cmone Ctot said...

As salam bang.sy nak tahu susun atur wire dari meter wira ke lancer.blh tlg tunjukan aturan wire mod lencer pd soket meter yg berwarna biru dan cokelat.

Mohd Indra said...

salam.nk tanya sikit yeop.teman nk tukar dashboar wira ke lancer...pakai meter asal ngn blower asal boleh tak..? tq