Monday, 6 December 2010

Radiator & Condenser Conversion

bertemu kembali... entri diy kali ini saya nak berkongsi mengenai bagaimana proses untuk menukar radiator double layer, condenser panjang dan condenser fan evo bagi satria 4G13 yang kita ketahui mempunyai radiator dan condenser yang pendek. saksikan bagaimana proses tersebut dilakukan. sekiranya sistem aircond kereta yang kita gunakan dari jenama DENSO maka sangat mudah melakukan conversion ini kerana boleh masuk secara plug n play sahaja. tetapi sebaliknya kalau ambil dari jenis yang berlainan kemungkinan paip aircond kena diubahsuai barulah dapat dipasang pada sistem sedia ada

inilah rupa radiator, condenser dan condenser fan untuk 4G13 proton satria. sama sahaja dengan mana-mana enjin proton yang lain melainkan kereta auto sahaja menggunakan radiator jenis panjang disebabkan pada bahagian bawah radiator kereta automatik ada laluan minyak gearbox untuk disejukkan di bahagian itu

dah tiba masa untuk menukar sistem penyejukan kereta ni kerana anda saksikanlah sendiri bagaimana berkaratnya air tersebut. kalau dah jadi begini saya cadangkan tukar radiator, termostat, paip air dan flush sistem penyejukan. keadaan ini berlaku kerana kita menggunakan air paip untuk dimasukkan dalam sistem penyejukan kereta kita. penggunaan air paip memang cepat menyebabkan karat pekat seperti gambar di atas. saya cadangkan supaya menggunakan air bertapis atau ada juga dalam kalangan pengguna kereta menggunakan air bateri atau air suling untuk dimasukkan ke dalam radiator

inilah barangan yang hendak dipasang nanti, condenser fan evo yang begitu kuat pusingan kipasnya, radiator double layer evo serta condenser panjang juga dari model evo3. harga condenser evo sekitar rm150, radiator pula rm180 dan condenser fan sekitar rm150

keluarkan radiator dan kipas asal, caranya buka hose atas, hose bawah, soket fan serta bracket kiri dan kanan radiator

keluarkan gas ekon untuk membuka condenser, saya gunakan hose yang muat pada paip aircond dan cucuk jarum atau pin pada bahagian dalam paip tersebut. gas akan keluar dan saya salurkan ke dalam botol yang berisi air

keluarkan condenser dengan membuka hose ekon dan skru kiri kanan condenser

masukkan kipas condenser evo, untuk pengetahuan anda skru bawah condenser ini hanya plug & play sahaja pada frame satria ini, lubang skru dan tapak bracket housing fan memang ngam, masuk nat sahaja. ada kalanya kena umpil sikit kaki bawah condenser fan supaya masuk dengan baik pada lubang nat bahagian bawah

condenser fan evo kat satria dapat di pasangkan dengan jayanya

saya terpaksa drill lubang untuk memasang nat pada bahagian atas, hanya drill satu lubang kecil sahaja. sebenarnya kalau tak pasang nat kat sini pun dah memadai, fan masih tetap di situ dan tidak bergoyang

pasang condenser ekon panjang

masukkan kipas asal pada radiator double layer

wiring perlu dilakukan untuk menyambungkan soket kipas evo ke soket asal

pasang segala hose, soket dan nat. masukkan air secukupnya

panaskan kereta dan periksa mana-mana bahagian seperti hose, radiator dan yang berkaitan agar tiada kebocoran berlaku. apabila sudah berpuashati dan tiada kebocoran pandulah kereta ke kedai aircond untuk dimasukkan gas aircond yang baru

gambar selepas dan sebelum pemasangan

sekian, terima kasih
jumpa lagi

85 comments:

faRiD said...

br0 jeff,
nk tnye tujuan tukar radiator dabel layer utk?

Anonymous said...

gas ekon akan kuar semua ke..klu dah buka condeser..

jeff_tacra said...

kalau dah buka condenser memang akan keluar gas ekon

zambriey said...

suis auto fan tu camner nak letak kat radiator double layer tu?? atau memang beli radiator yang dah ada suis?? saya pasang yang evo punya, sekarang ni kipas direct jer.. leh cadangkan camner tak??

Anonymous said...

Leh x nk pasang condensor fan trus dari depan?

jeff_tacra said...

zambriey - kalau direct fan motor akan tak tahan sebab sentiasa berpusing je. baik cari double layer yang boleh pasang fan suis tu

TurboBee said...

2 hari lepas tolong pomen troubleshoot waja 1.6 temperature tak stabil, radiator dah serbis, thermostat dah tukar baru..

Cek2 tgk water pump dah lunyai, tinggal bearing dia ajer, kipas2 sumer dah lebur..

oleh itu, water pump tukar la skali...Sbb waja tu punya air kotor gilak..

lagi kotor dari yg Abam Jepp tunjuk tu..

zambriey said...

mana lagi elok.. pasang fan controller atau tukar cap bawah radiator yang ada suis? sebab harga nak pasang dua benda ni hampir sama jer..

Anonymous said...

Bro..apa sebab sekiranya kreta berhenti lama air-cond jadi panas...?

jeff_tacra said...

ekon panas masa berhenti kemungkinan condenser fan tidak pusing sepenuhnya atau motor dah lemah, try cek dulu...

hilmi said...

saya pun pernah kena mcm tu jugak... pomen tu check, dio kata moto pusing x kuat... lepas tukar moto...semua settle...

Geng said...

Salam,
Cam na nak tahu yang moto fan condenser @ radiator kita ok atau dak.....maksud saya anging yang dihasilkan tu laju macam mana

jeff_tacra said...

wsalam, biasanya nak tahu kondisi fan ok atau tak, masa berhenti ekon terasa panas walalupun kipas berpusing, masa jalan sejuk

Geng said...

Abg jeff,
Saya nak tanya sikit,kereta saya bernadi kan 4G91 Vers Carb (kereta wira)

Problem nya.......baru2 ni saya telah mengupgrade condenser ekon (yang panjang macam dalm gambar di atas)

tapi radiator still maintain yang pendek.....

alkisah nya....bila time panas terik,dalam keadaan ekon terpasang (time running) temp akan naik..........

adakah disebabkan Fan @ kipas radiator tak cukup support.......(note:- Paip Leaking tiada,water pum ok,radiator ok,kipas radiator ok)

jeff_tacra said...

macam kipas radiator tak cukup kuat untuk menyejukkan radiator, try cek motor kipas. kalau nak best try cari kipas radiator evo, memang kuat angin sebab motor besar

Geng said...

Kalau pi kedai 1/2 cut camna na kita nak tau kipas radiator evo tu original atau tak,boleh tak kalau saya gunakan kipas lain contoh macam perdana @ wira 1.8

jeff_tacra said...

kena biasa tengok kipas evo macamana barulah dapat tahu ori atau tidak. kipas lain pun boleh pakai asalkan dari keluarga mitsu atau proton

Geng said...

Orait,tadi dah search dah dlm tnet,dah dikenal pasti rupa bentuk dang rega nya.....tima kasih abg jeff,hujung minggu ni nak pi cari

Anonymous said...

slm bro
tanya sikit kipas condenser evo
tu pasang dr depan boleh tak maksud bukak bumper..
condenser tak nak bukak boleh?? tq

jeff_tacra said...

kebanyakan yang saya pasang memang dari depan, kena buka bumper. buka condenser kat atas tu sebab owner nak tukar condenser lain

Anonymous said...

ok2 tq bro...

MAT said...

Salam abg Jeff..
Nak tnya tang wiring kipas evo ke wayar kipas asal. Kena potong apa2 tk?? atau leh terus smbung je soket dr kipas evo tu g soket asal wayar kipas?? Tima Kasih...

jeff_tacra said...

soket tak sama, kena cari soket 3 pin untuk condenser evo, atau boleh potong soket asal wira ganti soket evo, solder pada sambungan dan plug ini soket asal wira

MAT said...

ooo.. kena solder gak ek.. kalo lilit je tape hitam blh tk??? ke ada bahaya lain??
Nk cuba DIY sendiri sbnrnya... tima kasih...

jeff_tacra said...

tak nak solder pun takpe, solder nak bagi kemas sambungan je...

dD69 said...

bro nk tanye skit.
camne nk wiring kipas radiator?
yg asal 1.5 punye soket die ade 3 wire hitam, biru, hijau.
yg baru punye tu ade 2 wire je hitam dan biru.

Anonymous said...

bro... radiator sy dah jd direct lepas claim insuran... dulunye auto... sy pakai wira 1.6 auto... mcm mane nk jdkan normal balik bro?

jeff_tacra said...

sambung dengan wayar hitam dan biru sahaja kat wiring/soket asal. nak jadikan normal balik kena pakai ikut wiring asal

Anonymous said...

abg jep.... kete sy direct fan... kat radiator xde pun bende sensor tu... mcm mane nk buat jd auto blk? kat soket asal yg sambung kat kipas radiator ada 3 wayar... skrg dr kipas radiator ada 2 wayar je yg sambung pada soket tu? mcm mane nk buat?

dD69 said...

hahaha.
masalah kite terbalik lak.
saye dari 3 wire nk ke 2 wire pasal fan baru ni ade 2 je.
awak sebaliknye.

dD69 said...

abg jeff.
masalah saye skang kipas xhidup.
pasal wiring lame proton.
so socket datang 3 wire.
kipas baru ade 2 wire je.

yazid said...

abg jeff, x berapa paham nak buang gas ekon tuh...
x nampak jelas ler...
bukak cap ijau pastuh sumbat hose masukkan dalam botol..camtuh ker???

ais3682 said...

Askm bro. Tlg komen mngenai radiator jnama jasma utk viva. Wslm.

jeff_tacra said...

radiator aluminium jenama JASMA boleh pakai tapi bagi saya finishing agak kasar terutamanya pada weld dan kadang-kadang kat wira bracket untuk pasang radiator tu tak ngam, so terpulang pada individu

boy said...

saya nak pasang kipas condenser evo tu... nnt kipas condenser asal tu nak cabut ke atau biarkan je... jadi 3 kipas lak kang??

jeff_tacra said...

boleh buka condenser fan asal, ada kat situ pun dah tak function

Anonymous said...

Bro, nak tanya sikit, kenapa Waja 4G18 sy apabila suis on kunci je, 2 kipas terus pusing?

jeff_tacra said...

kena cek wiring ataupun relay fan berkenaan

ijan said...

bro klu tukar condenser aircond yg panjang tu pada wira 1.5 ada beza ker

Anonymous said...

jeff,

kalau nak upgrade ke radiator panjang kat wira 1.3,agak berapa ni??sebab saya nak upgrade..u boleh tolong and lokasi dekat mana?

jeff_tacra said...

saya ada satu radiator panjang single layer 4g91, kalau nak upgrade memang boleh, lokasi saya seberang takir, kuala terengganu

Anonymous said...

Salam abang jeff.
saya guna wira 1.5m, boleh ke tukar radiator aloy yang panjang, tanpa tukar kondenser aircond.
mohd_azrul@rocketmail.com

jeff_tacra said...

boleh je azrul... tapi condenser fan kena tukar yang 1.6 punya. yang asal tak boleh masuk kat radiator panjang

Anonymous said...

salam..bro
brp kos semua barang shj..
time kasih..

jeff_tacra said...

radiator double layer halfcut sekitar rm180. kipas condenser evo rm150

Anonymous said...

Klu pasang kipas radiotor evo blh pasang terus atau nak kena tambah relay baru ok.

jeff_tacra said...

kipas radiator evo boleh pasang terus tanpa menggunakan relay. kena ambik point dari wiring asal

Anonymous said...

abg jeff..sy xbpe faham utk keluarkan gas tu...hos mane yg kna buka?botol tu pula utk ape?

Anonymous said...

salam...sya pkai radiator standet utk wira1.3 dan cdg nk tukar radiator pnjang double layer. Tp org kate nnti kipas kene keje keras utk sjukkn radiator sbb air dah b'tmbah. So ade ape2 effect bruk ke? Atau lbih baik tukar kipas skali?

jeff_tacra said...

wira 1.3/1.5 boleh pakai radiator panjang single atau double layer. kipas radiator boleh pakai yang asal, tak ada masalah, cuma perlu tukar kipas condenser ekon sahaja sebab yang 1.3/1.5 tak boleh masuk pada radiator panjang, kena dapatkan kipas condenser 16/1.8 jugak

Anonymous said...

condenser boleh pakai yg asal atau perlu tukar yg panjang?

jeff_tacra said...

condenser ekon boleh pakai yang asal ,tak perlu tukar yang panjang takpe

Anonymous said...

sALAM .. NAK TAHULA.. BOLEH KE KITA GUNA KIPAS ASAL DAN DITAMBAH DENGAN KIPAS EVO.. SO ADA DUA KIPAS EKON RUNNING...

Suhaimi Mohamad said...

Abg Jef, kalau nak wiring condenser fan evo ke wira 1.3 a/b VDO... connector asal 2 wire. fan evo ni lak 3 wire ... nak ambik point hijau + hitam ke biru + hitam ? saya cuba test direct ngan bateri dua2 hidup fan tu.... cuma nak tau mana yg lbh sesuai...

idham said...

Salam bro2 semua,,

nak tanya kalau wira 1.5 nak upgred condenser evo panjang boleh plug and play sja atau kena welding kepala paip gas tu??brapa kos welding dan brapa kos pemasangan siap dgn vakum,minyak dan gas??newbiess

Anonymous said...

Salam bro jeff,
Nk tny ni sy pakai wira 1.5 standard vdo. Boleh ke PnP terus kipas evo pada radiator standart? Atau kena modi pape skit?

Anonymous said...

info brgune nie...trima ksih.

jeff_tacra said...

radiator fan evo boleh plug n play pada radiator 1.5 vdo

baim said...

salam brader jeff_tacra ,kenapa eyh satria 1.3 standard time kat traffic jam aircond jadi panas n tibe enjin mati..bile start enjin n nak gerak mati balik..then kene tunggu 1/2 jam baru bole start n jalan.. bole bantu x? pomen ckp distributor, tp die baru ganti distributor tu gak.. dia nak cari half cut, sbb aritu recon jer ganti..betul k salah distributor?

San said...

sy bru tkr radiator pjg 1 layer, blh ke msk cap 1.1 atau 1.3?

jeff_tacra said...

radiator standard paling tinggi pun boleh gunakan cap 1.1 bar sahaja. kalau pakai aloi bolehlah gunakan 1.3 bar

prohatch7 said...

salam abg jeff..

sy ada masalah sikit..
kereta sy satria 1.3 carb, radiator standard.
sblm ni mslh sy motor a/cond fan problem, kdg jln kdg xjln..kna ketuk baru psg.so dah tkr motor baru..a/cond dah ok.
baru2 ni sy tkr carb..problem lain plak timbul.
ms engine idle @ city driving (bergerak-bhenti) temperature naik & air radiator menggelegak kluar dr tangki air..tp klu engine bgerak laju tanpa henti mcm long distance kat hiway, temperature ok.
apa mslhnya abg jeff?mintak bantuan abg jeff..tq.

jeff_tacra said...

kemungkinan radiator fan motor tak cukup kuat, kereta bergerak dan dengan bantuan angin dapat merendah temp kereta anda

EndlessImprovement said...

Could you be so kind and share a link to other resources dedicated to this theme if you know some.

leman said...

salam,
abg jeff, Fan evo ini boleh masuk tak untuk body iswara...? saya perlu fan kuat .. sebab condensor dan radiator bertindih (radiator wira 1.5 panjang Auto). sejak saya pakai 4g91 dah 4 tahun tp aircon bertahan hanya 2tahun, dah 2tahun keta saya tak beraircon,huhu.. sebelum ni saya hanya pakai fan lama dan di terbalikan ,sebab ruang dalam dah terlalu sempit.Fan radiator pon masih pakai iawara yg lama..
kalau ada cadaangan harap boleh di kongsi bersama. tq.

Anonymous said...

salam abg jeff
compressor utk wira 1.5 n 1.3 ada beza ka? ka yg sama saja?

Anonymous said...

Salam...tumpang tanye ckit bang...klu kipas yg hi speed McM yg di jual di kedai accessories tu blh tahan lama ke bang..sesuai x utk yg Slalu long distance...tq

MuhsinMuaz MuhsinMusz said...

salam abg jef..nk tnya asl fan condensor sy ad 2 wayer da bli fan evo tp 3 wayer mnta bantuan wiring

jeff_tacra said...

condenser fan evo guna yang biru dan hitam, tap ke wire asal fan

MuhsinMuaz MuhsinMusz said...

wayer 1lg tu xd ape fungsi ke abg jef x direct ke

MuhsinMuaz MuhsinMusz said...

nak psg kipas tu ad kena wat mod ke abg jef

Mohd Firdaus said...

Abg jeff..condensor evo masuk wira piping kne modify x..nk modify cm ner..pless

jeff_tacra said...

kena tengok apa model sistem aircond sekarang. biasanya condenser evo jenis denso dan sekiranya sistem aircond sekarang juga dari jenis denso bermakna boleh plug n play sahaja. sekiranya berlainan pengubahsuaian pada piping hendaklah dilakukan

jeff_tacra said...

kena mod sikit untuk masukkan kipas condenser evo ni, terutamnya pada bahagian atas

Moderator said...

Abg Jeff Sepah, saya nak tanya harga condensor 1.6 dipasaran berapa skang? Sb ada workshop nak caj RM380 tak masuk pemasangan

ash phoenix said...

sayangnya sy xleh nak copy artikel di atas utk buat rujukan hehe

Muhd Naif said...

klu nak convert radiator asal viva ke radiator aluminium,nak kena cari size radiator kereta ape?

Khairul Din said...

Abg jeff tapak radiator panjang tu ngam ke dgn tapak radiator 1.3. kalau PNP je ingat hjg mggu ni nak diy sendiri je

jeff_tacra said...

boleh masuk tanpa apa-apa ubahsuai pada tapak, pnp sahaja

Khairul Din said...

Ok bereh abg jeff. Esok nk pasang hehe... keliru sikit nk psg sbb kalu yg radiator pnjg tapak bawah jarak jauh yg 1.3 dekat je

malin said...

abg jeff nak tanya..
aircond fan evo 3 ada 3 wayerkam
hitam-negatif
biru strip hitam- positif radiator fan
merah-positif aircorn condesnser fan

boleh tak kombine biru+merah sekali / ada beza tak..
kete (4g91 auto) saya running serentak utk fan tu psal dua wayer je.

Razif Rohizat said...

kipas akan jadi direct atau ikut original?

Seng said...

Jeff, saya punya radiator mahu tukar ke double layer punya tetapi tak mahu tukar condenser besar boleh punya tak ?

zaini mohd zainal said...

radiator dah bersihkan, motor, swith dan relay dah ganti. top ovehaul dah buat. ada masa kipas tak konsisten. meter temperature dah tukar. ada type engin jd panas, ram balik bolih jd sejuk. dok idling ada time bolih panas

zaini mohd zainal said...

radiator dah bersihkan, motor, swith dan relay dah ganti. top ovehaul dah buat. ada masa kipas tak konsisten. meter temperature dah tukar. ada type engin jd panas, ram balik bolih jd sejuk. dok idling ada time bolih panas