Evo Antenna For Saga

kali ini ditunjukkan bagaimana memasang power antenna evo kat body saga. kena minor mod sikit kat getah hujung antenna kerana body saga sedikit rata kalau nak dibandingkan dengan body wira atau waja. bukan boleh masuk secara plug n play tapi boleh buat punya. perlukan sedikit idea bagaimana mengubahsuai getah pada hujung antenna untuk dipadankan dengan permukaan yang rata pada saga ini


inilah kereta yang hendak dipasang antenna evo, owner merupakan ahli kelab SIC iaitu saga iswara club yang saya kira masih aktif sekarang, keahliannya ada di seluruh Malaysia ini. bukan tak ada antenna aftermarket yang universal dan boleh ngam untuk dipasangkan pada body saga tapi owner kereta ini sangat berkenan untuk memasang antenna lancer evo 3 pada keretanya. jadi peluang ini saya ambil untuk memansangkannya pada kereta beliau



antenna evo 5 steps yang bakal digunakan nanti, ada juga antenna ni yang mempunyai 7 steps tapi saya tak pasti adakah itu keluaran untuk evo 3 atau pun tidak. kalau 7 steps lebih tahan lama kerana ruas antenna pendek-pendek dah tidak mudah bengkok apabila ditiup angina terutamanya semasa memandu kereta dengan laju. kalau diperhatikan yang 5 steps ini pasti akan menjadi senget sedikit akibat kesan angin semasa memandu kereta


terlebih dahulu tebuk lubang dengan menggunakan drill yang sesuai dengan mengukur luas bulatan mengikut kepala antenna tersebut. bahagian dalam boot pula perlu pasang bracket custom dan inilah rupanya bila dah dipasang antenna dari luar. getah hitam terpaksa dipotong sedikit untuk disesuaikan dengan body saga yang rata ini. silikon hitam perlu digunakan untuk menutup ruang yang ada.



ini pula bahagian dalam tempat letak motor antenna. bracket besi digunakan untuk mengikat antenna berkenaan. terpulang kepada kreativiti masing-masing untuk memastikan motor antenna ini tidak longgar dan berada pada tempat yang sesuai.


lagi gambar dari luar antenna



lakukan proses wiring dan test antenna anda



dah siap... owner tersenyum riang, hehhe....


terima kasih
dan jumpa lagi...

Smoked Headlamp Wira

kali ini dipaparkan bagaimana cara untuk 'smoke' headlamp wira. kaedahnya sama sahaja dengan headlamp kereta lain tapi bagi kereta wira kena berhati-hati sebab headlamp tu kaca, kalau plastik susah pecah, kaca kalau silap step sikit boleh menyebabkan cermin tu crack dan mudah pecah. hal ini berlaku semasa mengumpil cermin tu untuk memisahkannya daripada housing headlamp. risiko adalah menjadi tanggungjawab sendiri. kalau di kedai memang ada dijual headlamp yang dah siap semoked iaitu headlamp proton wira SE sama ada keluaran original proton mahupun yang local, kalau ori dah tentu mahal, local murah sikit tapi lebih murah dan jimat sekiranya kita dapat diy sahaja, tak perlu bayaran yang tinggi cuma perlukan cat spray sahaja, kalau yang biasa berharga rm5 untuk 1 tin manakala kalau yang high temp berharga sekitar rm15.00 satu tin. saya cadangkan gunalah yang high temp memandangkan lampu kereta biasanya agak panas daripada haba bulb yang dikeluarkan, tambahan pula jika menggunakan bulb 100 watt, bertambahlah habanya dua kali ganda daripada bulb standard 55 watt



seperti biasa inilah peralatan yang digunakan iaitu hairdryer made in kedai maidin, harga cuma rm35 sahaja. nak mantap lagi boleh gunakan hot blower gun tapi harga gak mahal sedikit jika dibandingkan dengan hari dryer



panaskan keliling headlamp dengan menggunakan hairdryer sehingga betul-betul gam menjadi panas dan gam berkenaan mula mencair. perkara ini dilakukan untuk memudah kerja memisahkan cover depan dengan housing headlamp berkenaan. gambar menunjukkan kaca telah berjaya dipisahkan. masa panaskan dengan hairdryer gunakan skru driver leper cungkil perlahan-lahan untuk memisahkan kaca headlamp tersebut. jangan gopoh kerana kaca memang mudah pecah jika dibandingkan dengan headlamp plastik


gunakan masking tape untuk menghalang bahagian tengah reflektor dari terkena cat. sebelum spray cat saya tak gosok pun dengan kertas pasir, cat daapt melekat dengan baik walaupun tidak berbuat demikian. tapi ada setengah orang gosok dulu dengan kertas pasir 1000 grit untuk memudahkan cat melekat dengan baik pada permukaan reflektor


dah siap cat kat bahagian tepi reflektor dan dah jadi sama seperti headlamp wira SE. tunggu seketika sehingga cat menjadi kering dan sebaik sahaja kering iaitu tunggu lebih kurang 15 hingga ke 20 minit barulah boleh mula pasangkan kembali cermin pada housing headlamp. panaskan balik gam pada sekeliling headlamp agar gam menjadi lembik dan cair, kemudia lekapkan semula cermin pada housing sehingga betul-betul rapat. lepas tu bolehlah pasang semula klip headlamp antara kaca dengan bahagian belakang headlamp 


cek balik di sekelilingnya agar kelihatan cermin betul-betul rapat kerana kalau tidak rapat kemungkinan berlaku kebocoran dan mudah dimasukki air, dah jadi dua kali kerja pula untuk membuka dan letakkan gam baru. anda juga boleh menambah sedikit gam cermin iaitu windscreen sealant untuk memastikan cermin betul-betul kedap pada housingnya


inilah hasilnya setelah penat lelah yang kita lakukan. walaupun penat tapi kita boleh tersenyum lebar setelah melihat hasilnya yang cantik dan menarik. kepuasan terserlah pada diri kita sendiri



pasangkan balik pada kereta sebagaimana pada asalnya. saya tak buka pun bumper ketika proses mengeluarkan headlamp ini. hanya tarik sedikit bumper ke depan dan keluarkanlah headlamp, cara ini agak susah sedikit tapi sebenarnya boleh je keluarkan headlamp tanpa buka bumper

sincerely
jefftacra

Brake Bleeding Procedure

kali ni macam mana nak bleeding brake pula, iaitu untuk membuang udara dalam hose brek. kadang-kadang berlaku brek tak berapa mantap atau pun nak tukar minyak brek, jadi kena lah bleeding minyak brek supaya sistem braking akan bertambah mantap dan tidak rasa spongy pada pedal brake. untuk roses beleeding ini memerlukan orang kedua yang membantu kita untuk menekan pedal brek berulang kali, ajaklah isteri bagi yang dah berumahtangga atau pun adik beradik yang lain yang boleh membantu kita sekejap.

ada juga kit brake bleeding yang boleh dilakukan secara berseorangan tapi di negara kita ni susah nak dapat, kena order dari luar negara. kalau ada idea daripada pembaca sekelian bolehlah kemukakan untuk mereka peralatan ini, senanglah nak buat kerja seorang diri dan tak perlukan pembantu lagi



ini peralatan yang perlu ada iaitu flare nut. kalau guna spanar biasa tu boleh tetapi takut loose nut tembaga tu nanti. kalau guna flare nut ni memang selamat sebab takkan loose lagi bleed nut pada caliper. harga tak mahal sangat dalam belasan ringgit je pun. dapatkan saiz spanar ini iaitu 8mm dan 10mm kerana biasanya pada brek hadapan menggunakan bleed valve 10mm manakala pada bahagian belakang pula 8mm bagi yang menggunakan rear disc brake. drum brake wira juga menggunaka 10mm. di hardware banyak jual spanar jenis ni. kalau untuk fuel filter wira memerlukan spanar bersaiz 14mm



lagi gambar satu set flare nut. nak buat projek ni hanya beli satu pun dah memadai, tak perlu bazirkan duit untuk beli banyak-banyak seperti gambar di atas.


ni peralatan yang dibuat sendiri. botol air minuman yang ditebuk lubang pada bahagian tepinya dan dimasukkan hose putih kecik. boleh juga tebuk lubang pada penutup botol air mineral ini. tujuan hose ini digunakan ialah senang kita nak tengok aliran minyak brek yang keluar sama ada ada buih atau tidak. kalau keluar masih berbuih perlu ulang proses bleeding sehingga aliran minyak brake dalam hose ini tidak ada angin atau buih lagi


gambar cara memasang hose kat bleed valve. masukkan dulu spanar dan pasangkan pula hose transparent pada bleed valve, bolehlah kita mula jalankan proses bleeding yang akan diterangkan di bawah ini. tak perlu gunakan hose dan botol pun boleh tetapi kita tak dapat pantau minyak yang keluar sama ada sudah ok atau pun tidak. kalau kita perhatikan kerja pomen kat bengkel tak gunakan pun hose macam ni, hanya main pancut macam tu je tanpa kawalan yang sewajarnya


langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah:
1. masukkan flare nut kat bleed valve
2. masukkan hose kat muncung bleed valve
3. seorang rakan hendaklah menekan brek beberapa kali dan suruh hold brek pedal
4. buka bleed valve dan sebelum lepas pedal brek tutup nat ini
5. ulang beberapa kali sehingga aliran minyak dalam hose putih tu tak ada buih/udara
6. jangan lupa top up minyak brek, nanti semakin banya angin yang masuk dalam sistem brek

buatlah pada semua caliper dan proses ini sangat sesuai bagi yang hendak menukar minyak brek lama kepada minyak brek baru. lebih baik gunakan minyak DOT 4 kerana tahap boiling point ada lebih tinggi daripada minyak DOT 3


sincerely
jefftacra

Fog Lamp Installation

kali ni ditunjukkan bagaimana cara nak pasang fog lamp GTI kat bumper wira atau apa-apa fog lamp yang diminati memang boleh masuk kat mana-mana bumper tetapi haru diingat terpaksalah di'mod' sikit. maksimum saiz yang boleh masuk kat bumper wira ialah 3 inci sahaja, lebih daripada itu memang tak dapat masuk. foglamp gti yang boleh plug n play pada bumper gti sahaja dan sekiranya nak pasang pada bumper wira standard yang lain maka perlulah dijalankan pengubahsuaian tertentu supaya dapat masuk dengan rapi pada kedudukan lubang foglamp asal di bumper. bracket untuk memegang foglamp ini juga perlu dibuat dan dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan yang bersesuaian


ini merupakan fog lamp original GTI yang boleh didapati dengan harga sekitar rm180 - rm230 sepasang. kalau nak saya ada tempat untuk dapatkan barang tu, hehee... boleh hubungi saya melalui email pada ruang contact di atas. lampu boleh dikatakan agak tahan lama dan tidak muda rosak memandangkan material yang digunakan aga baik, kaca pun nampak tebal daripada foglamp yang erdapat di kedai aksesori. namun kalau dah nak rosak memang akan rosak juga, terkena batu semasa memandu pun boleh memecahkan kaca lampu tersebut, dah tak boleh buat apa. sama juga dengan windscreen, kalau terkena percikan batu dia atas jalan raya pun boleh retak seribu atau pun pada awalnya hanya crack kecil sahaja



pertamanya kena lah bukak bumper terlebih dahulu dan cara untuk buka bumper akan saya jelaskan kemudian... siap bergambar lagi. gambar atas tu ialah tapak fog lamp asal proton wira keluaran tahun 2001 yang perlu kita potong. sudah ada tempat yang sesuai utnuk dipotong dan mengikut acuan tempat tersebut. gunakan cutter yang tajam dan potonglah perlahan-lahan agar kesemuanya dapat ditanggalkan dengan sempurna


dah siap potong, hanya dengan menggunakan pisau pemotong biasa sahaja. ruang foglamp dah terbuak luas dan boleh dimasukkan foglamp GTI ini. tapi bukan secara plug n play dan tak boleh letak macam tu sahaja, kena mod bracket


masukkan fog lamp tersebut dan di belakang inilah tempat yang perlu di mod sikit iaitu dengan menggunakan bracket besi seperti dalam gambar. buatlah ikut kreativiti masing-masing sebab tidak ada bracket khusus untuk memasang foglamp ini. saya gunakan besi nipis yang bulat-bulat dan besi lain yang disesuaikan dengan bumper


dah pasang sebelah, walaupun lubang agak besar daripada lampu GTI tetapi ini bukanlah masalah besar, lampu boleh dipasang dengan baik. kalau pada waktu malam lampu ini agak terang sedikit jika dibandingkan dengan foglamp standard wira tahun 2001, tak ada gambar pulak nak tunjuk lampu asal kat bumper ni


dah siap keseluruhannya, gunakan wiring asal untuk sambung kat fog lamp ni. sebenarnya fog lamp GTI ini boleh diubahsuai sedikit untuk memasukkan bulb jenis HID, nanti keluaran akan datang saya paparkan bagaimana memasang HID kit pada lampu. ternyata penggunaan HID adalah menjadi satu kesalahan di negara kita dan boleh disaman oleh pihak berkuasa. saya kira pemasangan pada foglamp tak mendatangkan apa-apa masalah sebab bukannya setiap masa kita on foglamp ini, tambahan pula ada suis untuk off jika ada operasi pihak berkuasa. tujuan berbuat demikian hanyalah membantu lampu utama terutamanya pada waktu malam berkabus atau hujan lebat

sincerely
jefftacra

Disc & Caliper Conversion

kebanyakan orang lupa nak tingkat taraf sistem brek kereta kerana menjangkakan sistem brek yang sedia ada dah memadai untuk memberhentikan kereta. tukar enjin power boleh buat tapi brek kurang mencengkam, hal ini boleh membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. oleh itu sangat baik kalau sistem brek ditukar kepada yang lebih baik untuk menampung kuasa enjin yang ada. apa salahnya keluarkan belanja sedikit untuk menaik taraf sistem brek kereta. banyak juga kes kemalangan berlaku akibat kegagalan brek iaitu brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang untuk memberhentikan kereta terutamanya semasa memandu dengan kelajuan tinggi. tak rugi kita upgrade brek kereta kita tapi biarlah sesuai dengan keupayaan enjin masing-masing

saya berpeluang menaik taraf caliper brek sebuah wira sedan. disc di atas merupakan disc dan caliper brek 4G15 aka wira 1.5, jadi owner kereta ni bercadang nak menukar disc dan caliper 4G92 mivec walaupun masih mengekalkan enjin standard. diameter rotor disc mivec lebih besar lagi daripada rotor disc 4G15 tambahan pula caliper pun agak jauh beza saiznya, jadi jarak hentian kereta apabila menggunakan brek ini akan menjadi lebih pendek sedikit daripada brek standard tadi. sebenarnya ada lagi perkara yang boleh dilakukan untuk menaik taraf sistem brek seperti menukar servo dan master pump brek dengan yang double layer, menukar brake pad yang lebih baik dan mempunya brand yang reputasinya dah dikenali ramai, menukar hose brek standard kepada braided brake hose, menukar drum brek belakang kepada sistem disc dan caliper serta menggunakan minyak brek dot 4 daripada minyak asal yang kebanyakannya menggunakan dot 3 sahaja. banyak pilihan yang boleh dibuat bergantung kepada kemampuan dan kehendak owner kereta. jadi owner kereta wira sedan ini hanya hendak menukar caliper dan disc rotor sahaja dan ini pun dah membawa perubahan yang ketara pada kereta ini



langkah pertama kena bukak caliper asal dengan menggunakan spanar 17mm. ada dua nat di belakang caliper yang dipasang pada knuckle kereta. terlebih dahulu buka hose minyak brake dengan menggunaka spanar 14mm dan keluarkan disc brake. kalau sukar nak cabut disc rotor daripada hub, kita kena gunakan nat 12mm dan dimasukkan pada lubang yang telah tersedia pada disc rotor, pusing nat itu mengikut arah pusingan jam dan akhirnya disc akan mulai renggang dengan hub dan seterusnya dapat dicabut dengan mudah. gambar atas tu saya cuba memasukkan caliper mivec kat knuckle standard wira 1.5 dan ternyata memang masuk dengan cantik, tak perlu mod apa-apa pun. caliper twinpot evo pun boleh masuk kat knuckle wira 1.3 - 1.8 tanpa buat pengubahsuaian pada caliper atau knukle, cuma kalau nak guna disc evo pcd berbeza, hanya tebuh disc evo dengan pcd 100 terus dapat masuk ke knuckle asal wira

ini dia disc rotor 4G92 mivec standard dan ternyata disc ni tebal dari standard wira, diameter pun lebih besar lagi daripada wira. hanya plug n play je kat knuckle asal wira. dust cover di belakang tu pun yang mivec punya, saya perlu mod sedikit untuk dimasukkan pada knuckle wira tanpa memisahkan hub daripada knuckle


pasangkan dust cover dahulu diikuti dengan memasang disc dan kemudiannya barulah pasang caliper pada knuckle. memang mudah kerja ni sebab tak perlu mod apa-apa pun


pomen yang sedang buat kerja, saya lah tu hehehe... macam letih je. bukan letih pun sekadar memerhatikan peralatan yang dipasang pada kereta ini. nasib ada orang ambil gambar, jadi bolehlah dijadikan modal untuk blog saya. kalau saya seorang memang tak ada gambar jawabnya, maklumlah tangan dipenuhi kotoran dan minyak, sayang nak pegang kamera walaupun kamera mudah je


dust cover kat belakang tu boleh pakai yang asal tapi kalau nak pakai yang mivec pun boleh, kena mod sikit untuk masuk. kalau nak pakai yang asal kena umpil sedikit pada bahagian tepi cover tu sebab nanti kalau tak buat macam tu disc akan bergesel dengan cover tu. umpil perlahan-lahan menggunakan playar dah memadai agar cover tidak menyentuh disc


dah siap pasang dan jangan lupa lakukan proses bleeding minyak brek terlebih dahulu. proses bleeding dah ada dalam entri lain dalan blog saya ni, boleh search cara-cara nak bleeding minyak brek tujuannya supaya bubble trap tidak berkumpul di dalam hose minyak brek yang boleh mengakibatkan brek tidak dapat berfungsi dengan cemerlang. jangan lupa minyak brek juga perlu sediakan terlebih dahulu. selesai sudah tutorial pemasangan disc pada sebuah wira, anda boleh jalankan sendiri projek ini di rumah secara diy sahaja, ternyata pasti menjimatkan poket anda

sincerely
jefftacra





Roof Lamp

kali ini pulak cara nak pasang roof lamp kat kereta wira. biasa ramai yang guna roof lamp dari LANCER GSR tapi berbeza dengan roof lamp ni yang diambil dari model HONDA CRV... untuk nampak lain sikit tapi bentuk lebih kurang sama je. kat kereta wira sebenarnya dah ada lampu asal yang kat tengah-tengah bumbung tapi kali ini saya nak pasangkan kat depan pulak iaitu atas sikit daripada cermin pandang belakang, sama kedudukannya dengan kereta-kereta baru sekarang. jadi bolehlah kita on/off mengikut keperluan kita sendiri. fungsinya bukanlah secara auto iaitu tidak sama seperti yang kat tengah-tengah roof. banyak model lain yang boleh kita mod untuk dipasangkan pada kereta wira bergantung pada kreativiti masing-masing. jangan silap tebuk pulak nanti susah nak cover balik tempat tu. buatlah dengan hati-hati kerana kalau kita diy risikonya 100% atas kita sendiri



buat acuan terlebih dahulu pada kertas tebal. acuan tersebut perlu dibuat melalui belakang roof lamp supaya ngam dengan roof nanti. tekap betul-betul lakaran yang nak ditebuk tu supaya betul-betul fit dengan lampu. cuba dulu belakang lamp tu dengan kertas yang talah dibuat acuan ini kerana apa yang dibuat atas kertas itulah hasilnya nanti pada carpet bumbung kereta. cuba beberapa kali sehingga betul-betul sesuai barulah mula menebuk carpet bumbung kereta



buat garisan ikut acuan tadi dan potong dengan cutter dengan berhati-hati. lokasinya biarlah betul-betul center dan sesuai pada bumbung. kalau silap lokasi nanti terkena pada tempat yang dekat dengan besi bumbung kereta, dah tak dapat pasang, bumbung pun berlubang. melopong kita nanti


dah siap potong mengikut acuan yang dibuat tadi, roof kereta wira biasa dibuat daripada kertas tebal yang dilapik dengan fabrik kain seperti dalam gambar di atas. sebelum tu kena buka dahulu cermin pandang belakang serta penghadang silau kiri dan kanan kereta untuk memudahkan memasang roof lamp atau map lamp tadi. hal ini perlu dibuat kerana kita perlu membuat bracket custom pada bahagian belakang lamp supaya lekat dipasang pada roof kereta


masukkan roof lamp dan di belakangnya kena letak besi nipis, boleh gunakan bracket yang bulat-bulat tu yang boleh dibeli di kedai hardware atau boleh mod apa-apa bahan asalkan dapat diletakkan dengan kemas di belakang lampu. lepas pasang lampu hulurkan tangan melalui depan roof dan lipatkan besi atau bracket supaya lekat kat siling tersebut dengan kemas. jadi tak lah tertanggal nanti semasa membawa kereta


wiring ada dua je iaitu merah untuk constant 12V yang boleh diambil pada wire kunci color putih besar sikit daripada wire lain kat situ. manakala wire hitam untuk grounding dan boleh diletakkan kat mana-mana skru pada body kereta


dah siap... bolehlah mencuba on, harap boleh berfungsi dengan jayanya. dah nampak lain kan daripada kebanyakan kereta wira yang lain

sincerely
jefftacra

Rear Antiroll Bar Bush

kali ini diy yang agak mudah iaitu menukar bush antiroll belakang. kalau untuk mivec 1.6 (16mm), wira & waja (12mm) dan bagi yang menggunakan arb FTO (19mm). harga PU SUPER PRO BUSH ni sekitar rm60.



SUPER PRO BUSH untuk 4G92M - 15mm
sekali dengan gris putih


buka nat 12mm pada bracket dan keluarkan bush lama


baru & lama



sapukan gris putih pada bush dan bracket


pasang kat bracket


bush lama aka bush standard


PU SUPER PRO BUSH

Bush Sate

lower arm link bush lebih dikenali sebagai bush sate kerana kena cucuk macam sate kot untuk memasangnya, sehinggakan tokey kedai spare part pun menyebutnya sebagai bush sate. kalau kita sebut bush lower arm link susah sikit pekerjanya nak faham. sebenarnya kalau dah lama bush standard akan jadi kemek, penyek, pecah dan ini membuatkan kereta rasa tak stabil ataupun akan mengeluarkan bunyian yang kurang menyenangkan terutamanya semasa kita memandu kereta. jadi sudah sampai masanya untuk ditukarkan dengan yang baru. pilihlah bush yang berjenama sedikit dan jangan gunakan yang local atau cap ayam kerana tak sampai setahun penggunaannya pasti bush tersebut akan rosak disebabkan material yang digunakan tidak setanding dengan material bush standard pada kereta. kalau usia kereta dah mencecah 5 tahun lebih eloklah tukar dengan yang baru. lebih baik ambik yang original di pusat service proton

untuk menukar bush sate ni pertamanya kereta perlu di jack kiri dan kanan kerana kalau hanya gunakan satu jack dan buat sebelah-sebelah agak sukar akibat tekanan di sebelah satu lagi. jadi disarankan menggunakan dua jack serentak supaya anti roll bar tidak stress atau menekan sebelah yang satu lagi. lebih mudah untuk membuka dan memasang bush baru dengan menggunakan 2 buah jack iaitu kiri dan kanan kereta serentak


ini rupa bush sate dan saya memilih PU SUPER PRO BUSH yang boleh didapati di kedai menjual barangan performance kereta dan brand ini tidak terdapat di kedai spare part. ada sesetengah kedai kita bagitau nak brand ini dia pun tak tau jenis yang macamana. PU SUPER PRO berharga sekitar rm60 satu set (8 biji). boleh juga pakai bush kat spare part tapi tak tahan lama lah jawabnya. ori proton memang tahan. saya membeli bush super pro ini secara online melalui web www.pentagon.com.my



ada 8 bijik semuanya iaitu 4 kiri dan 4 kanan. ternyata bush ini sangat kuat dan tidak mudah ditekan dengan tangan. alternatif lain ialah menggunakan bush silikon dengan pelbagai pilihan warna yang dikeluarkan oleh pengilang. silikon lagi keras daripada standard dan juga tidak mudah pecah. harganya pun jauh lebih murah daripada bush brand super pro ini iaitu sekitar rm30.00 sahaja bagi satu set. kalau ada yang nak bush silikon boleh contact saya melalui email dan saya boleh poskan dengan menggunakan perkhidmatan poslaju ke tempat anda


ini rupa bush standard, kena buka nat 12mm kat hujung bush. kelihatannya memang kena cucuk kat batang besi tengah tu sebab tu dinamakan bus satey, rupa macam satey je


dah buka... lama dan baru. perhatikan bush lama dah nampak senget dan penyek sedikit tetapi masih lagi belum pecah. sebenarnya boleh pakai lagi tapi memandangkan saya hendak menukarnya dengan brand super pro saya tetap membuangnya begitu sahaja


cucuk satu persatu bush diselang-selikan dengan washer bush seperti yang tertera pada gambar di atas. apabila dah siap cucuk dan susun macam ni anda perlu pasangkan yang sebelah lagi. jangan terus ikat nat kerana apabila nak pasang yang sebelah lagi dah tak boleh kerana tekanan pada anti roll bar


ikat secukup rasa dan jangan terlalu ketat, jangan terlalu longgar. kalau ketat sangat bush akan menjadi penyek dan kemungkinan akan pecah pulak dan kalau terlalu longgar pemanduan akan tidak stabil dan kemungkinan akan mengeluarkan bunyi seperti besi berlaga yang tidak menyenangkan pendengaran kita. maklumlah, bagi kaki kereta kalau kereta ada bunyi sedikit dah tak senang duduk, mesti nak cari jugak bunyi apa dan dimanakah datangnya bunyi tersebut. selalgi tak jumpa selagi tu akan berasa gelisah tak menentu, betul tak?

sincerely
jefftacra