Viva Disc Brake & Teflon Intake Gasket

braking kereta viva boleh dikatakan kurang memberangsangkan, ini pendapat saya... kalau bawak laju sikit iaitu 100kmj ke atas aka terasa kekurangan sistem brake viva ni. jadi saya telah memilih set brake dari daihatsu passo untuk dipasangkan pada viva, just plug & play je


ini lah rupa sistem brake standard viva, kecik je kan...


sebelah kiri disc rotor viva dan kanan disc passo yang telah diskim. nampak diammeter pun dah beza. disc passo ni boleh jugak dipasang pada myvi dan sama besar je dengan myvi pun. saiz disc ni sama besar dengan disc wira 1.5



caliper passo dan disc plug & play kat knuckle standard viva, just pasang je. satu lagi kelebihan disc ni ialah ventilated disc dan tak sama dengan disc standard viva yang solid. vebtilated disc boleh mengurangkan haba disc berkenaan



memang ngam dengan knuckle viva, tak perlu ejas apa-apa pun





Teflon Intake Manifold for 4G9X


sedikit gambar pemasangan teflon intake manifold gasket kat kereta 4G92M. kelebihan teflon gasket ini boleh mengurang kepanasan kat intake berkenaan kerana teflon boleh menghalang haba dari enjin ke intake



keluarkan intake manifold terlebih dahulu


gasket standard intake manifold mivec


teflon intake manifold


dah siap pun, ehehhe...

selepas pasang teflon ni haba kat manifold semakin berkurang

Flywheel

walaupun bulan puasa diy tetap diteruskan, hehhe.. kali ini terpaksa turunkan gearbox lagi sebab flywheel dah tak sekata, kena skim semula permukaan flywheel tu. apakah penyebab flywheel jadi tak rata dan bercalar, dah nampak macam disc brake pulak kesannya. tapi sayangnya tak sempat ambik gambar sebab urgent pergi kedai machinery tadi


inilah rupa flywheel standard mivec, ada code 92V kat bahagian belakangnya


permukaan flywheel selepas di skim, nampak dah jadi sekata semula



hantar pukul 10 tadi dan ambik pukul 2. harap kali ni lagi sedap kot, hehhe...


ini rupa tuil gear kat gearbox. benda ni lah yang menekan clutch cover. bearing clutch kena pasang dulu kat hujung cabang tu


gearbox simpan dalam bilik dulu lagi


kod gearbox


lubang untuk masukkan driveshaft kat gearbox


set clutch yang dipakai


guna torque wrench untuk ikat nat. kalau nat flywheel gunakan 54ft.lbs manakala nat clutch cover 15ft.lbs


guna 3 jack untuk naikkan gearbox, maklumkan kerja seorang diri je

esok sambung sikit lagi. gearbox dah siap pasang, cuma esok nak pasang driveshaft, crossmember, masukkan minyak gearbox je

Magnetic Oil Sump Nut

kali ni bukan diy yang dilakukan tapi sekadar berkongsi dengan semua. pengalaman saya pakai nat magnetic oil sump ni brand NRG kat enjin 4G92M. bila bukak nat masa nak drain minyak hitam tengok macam sesuatu ada kat kepala nat tersebut, lihat gambar di bawah:


keladak minyak kat magnet nat tersebut


macam melekit je minyak kat situ



bila lap minyak berkenaan, didapati macam habuk besi melekat kat magnet. ini bermakna habuk besi dalam enjin akibat wear & tear part dalaman telah melekat kat nat ini


setelah habuk besi dibersihkan


macam berbaloi jugak lah pakai benda ni kot


ini oil filter yang saya guna kat enjin mitsu


brand MAZDA ori tapi tak lah semahal filter mitsu


plug & play kat enjin wira/mitsu

terima kasih
selamat berpuasa

Mivec Light Indicator Part 2

masih lagi menggunakan diagram seperti part 1. tapi kali ini dengan menggunakan indicator turbo untuk dijadikan mivec light. agak complicated sikit kerana kena ubah litar meter berkenaan

tanggalkan bulb meter


litar belakang meter mivec



dah masukkan turbo indicator untuk dijadikan mivec light


buka semua cluster meter


buka litar meter


sebenarnya meter lancer dah ada tersedia litar untuk turbo indicator


sambung litar untuk turbo ni sebab kalau kereta NA biasa litar ni tak bersambung


dah siap sambung dengan mengambil penyambung asal kat meter EVO


dah siap mod litar

dah hidup indicator tersebut


dah pun siap


video sambungan part 1

Mivec Light Indicator part 1

bagi pengguna mivec di sini ditunjukkan bagaimana hendak membuat mivec light indicator iaitu masa mivec on LED akan hidup.



video mivec light yang berjaya dibuat



diagram kat ECU mivec. pinout seperti di atas adalah merupakan wire signal mivec (brown stripe yellow)



ikut diagaram seperti ini. signal mivec bersifat negative. resistor perlu digunakan bagi yang menggunakan LED kecil daripada 12v dan kalau nak guna 12v resistor tidak perlu digunakan


solder LED pada wayar


test LED dah hidup


4 LED tapi guna 2 atau 1 sahaja


masukkan LED dalam meter


tebuk lubang untuk masukkan LED

LED dah siap masuk


test LED dah hidup kat panel meter
dah pun siap

selamat mencuba
terima kasih

Smoked Headlamp - Persona

headlamp persona sama dengan headlamp gen2, cara bukak pun sama antara keduanya. bahan yang perlu ialah tools untuk buka bumper dan headlamp, hairdryer, spray black flat


buka bumper dan keluarkan headlamp


panaskan tepi headlamp, hairdryer cap maidin je tu


keluarkan reflektor dengan menarik ke depan, tak ada skru pun


spray reflektor


dah jadi hitam


owner kereta sedang memerhati


kaum ibu pun ada menemani, kerja kat tepi longkang je, ekekke...


masuk balik dalam headlamp


dah siap


pasang kat kereta

selamat mencuba
terima kasih