Monday, 17 January 2011

Diagram - Relay For Starter

atas permintaan rakan facebook dan follower blog saya, sekali lagi saya tunjukkan bagaimana cara memasang relay pada starter. diagram versi terdahulu mungkin susah sedikit untuk melakukannya dan kali ini saya permudahkan pemasangan relay pada starter agar dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung blog saya ini. selalunya kalau masa crank kereta hanya bunyi 'ketak' 'ketak' walaupun bateri baru dah sampai masanya anda mencuba untuk memasangkan relay pada starter, mudah-mudahan mujarab kerana api yang cukup dapat disalurkan ke starter. tetapi ada juga walaupun kita sudah menambah relay, starter masih lagi gagal berfungsi. ini biasanya disebabkan oleh masalah starter itu sendiri, berkemungkinan carbon brush starter dah out

PERINGATAN:
SEBELUM MELAKUKAN KERJA-KERJA WIRING ANDA DIKEHENDAKI MEMBUKA TERMINAL NEGATIVE (-) BATERI



BOSCH relay sama ada 4 atau 5 kaki boleh digunakan dan jangan lupa dapatkan sekali socket starter untuk memudahkan kerja-kerja wiring nanti. terminal relay atau dalam bahasa yang mudah kita sebut 'kaki relay' ditandai dengan no. 30, 85, 86, 87 dan 87a. nombor yang tertera boleh dilihat pada bahagian kaki relay. 30 ialah power dari positif bateri, 85 ke ground (-), 87 biasa positif trigger dan 87 ialau output 12v yang baru


inilah wiring sebenar yang ada pada starter dalam keadaan standard. cable besar dengan nat 12mm merupakan cable yang disambungkan secara terus dengan terminal positif bateri yang membekalkan 12V manakala wire yang mempunya soket hitam kecil merupakan wire ignition yang bersambung terus ke kunci pada bahagian stereng


relay yang telah dipadankan dengan soketnya untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan wayar nanti. sekiranya tidak ada soket agak sukar nak menyambung wayar dari kaki relay ini. selain untuk memudahkan penyambungan, soket relay juga dapat menjadikan penyambungan lebih kemas dan tidak mudah longgar


tanda putih tersebut ialah tempat kita menyambungkan wire dari relay yang akan ditunjukkan di bawah ini


buka sokter hitam seperti pada gambar di atas. setiap starter terutamanya proton atau mitsubishi mempunyai satu wayar dari ignition yang bersambung dengan terminal selenoid starter ini


inilah diagram yang harus diikuti iaitu kaki relay:
30 - sambung ke nat 12mm (wayar + dari bateri)
85 - wayar ignition bersoket hitam
86 - ground (-)
87 - terminal selenoid (tempat soket hitam asal)


ini wayar kaki relay no 87 yang merupakan keluaran arus 12v baru dari relay. sambungkan ke terminal selenoid starter. hanya ada satu terminal sahaja pada selenoid starter. wire inilah yang datang dari kunci dan memberi supply pada selenoid untuk menghidupkan starter dan seterusnya menghidupkan enjin kereta


lagi gambar diagram untuk memudahkan pemahaman anda


wayar dari kaki relay 85 tap ke soket hitam yang dibuka dari selenoid starter tadi


pandangan dari belakang starter. ikut sahaja no yang tertera itu iaitu yang mewakili no pada kaki SPDT relay tadi


ilustrasi di atas dibuat untuk memudahkan anda memasang relay pada starter. kerja sebenar nanti hendaklah berpandukan pada diagram tersebut. pastikan anda kemaskan wayar atau pasang wayar dengan betul untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. lebih baik dapatkan terminal connector yang boleh didapati di kedai elektronik untuk mengemaskan lagi sambungan yang dibuat. sebarang risiko menjadi tanggungjawab anda sendiri

sekian, terima kasih
jumpa lagi

15 comments:

  1. kalau buat simple diagram leh....hehehe

    ReplyDelete
  2. bro jeff...ape gune pasng benda ni>???

    ReplyDelete
  3. pasang relay kat mana-mana komponen letrikal kereta seperti lampu, horn, starter dan lain-lain untuk meningkatkan kestabilan arus pada alat berkenaan. kalau starter nak bagi supply karen yang cukup ketika crank kereta

    ReplyDelete
  4. bang jeff kalau pakai volt stabilizer dah ok ke kalau nak stabilkan arus kat keta? x patah pakai sumer relay ni?

    ReplyDelete
  5. volt stabilizer bukannya 100% dapat stabilkan arus kereta, cuma membantu sikit je...

    ReplyDelete
  6. Pasang relay tu dia ambik direct karen dari bateri (supply karen kuat)

    Voltage Stabilizer di dalam ade capacitor, kita buleh umpamakan ia sebagai tangki untuk simpan karen.

    Selalu nye voltage ni jatuh (drop) bila bekalan karen mendadak di perlukan. Selalunye motor memerlukan starting karen lebih dari sekali ganda dari running/berpusing. Contoh paling senang bateri lemah tak buleh nak crank/start keta. Tapi lampu dan pebagai lain buleh pasang.

    Scenario dia macam ni. Kata kan time idle atau pusing steering low rpm waktu malam. Masa tu pasang lampu, wiper, ekon, fuel pump wabro dan ice. Tetiba lampu keta jadi malap seketika bila compressor ekon jalan (kipas ekon & radiator on). Dalam masa 1 ~ 2 saat dia ok balik. Selalunye voltage dia akan kurang dari 12V waktu benda ni jadi.

    Pada waktu itu karen tadi kebanyakkan nya telah di sedut pergi ke motor/kipas untuk menggerak kan nya. Alternator/bateri tak sempat nak cover. So kat sini la Voltage Stabilizer berfungsi. Capacitor dalam voltage stabilizer tu akan di lepas kan mengikut berapa banyak yang di perlukan ketika itu.

    Kalau ikut tak pakai pon tak pe. tapi dari pakai I-carge (atau lebih kurang) baik pasang voltage stabilizer. Masalah sekarang Voltage Stabilizer ori mahal dan sekrang banyak tiruan.

    Kat kilang pon ade Voltage Stabilizer tapi name dia Capacitor Bank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam .. nk tanya, kalo pakai Pivot V CAPA yang cucuk kat plug rokok 2.. function nya sama ke dgn voltage stabilizer?

      Delete
  7. salam tuan

    sy punya wira SE aritu mati enjin kat trafik lite, sbb ngv prob. tp bila dh masuk mode petrol, tetap tak leh start. sunyi tak de bunyi cranking langsung. (bateri baru) tp yg peliknya, bila cube start, central lock jadi unlock (mcm kita off kat kunci)... dekat sejam le try... tak leh start.. smpi dh fedup, biarkan kejap dlm setgh jam,,, cube start boleh lak. dulu ada mekanik kat specialist gearbox (masa tu service minyak gb) dia kata ada problem kat starter.. tak tau lak starter tu yg tmpt masuk kunci tu ke atau yg dlm gmbr kat atas tu? huhu...

    leh bg opinion tak? skrg keta dlm cold storage.. naik keta dgn adik g kerja. huhu

    ReplyDelete
  8. salam. khairul, try check balik wiring kereta dan carbon kat starter. dlu sy ketuk dgn spanar kat kepala starter tu....haha.

    ReplyDelete
  9. Atos saya problem starter, sudah tukar 3rd party dari kedai parts sbb starter original sangat mahal. Tapi masalahnya, baru 4 bulan guna starter tu tiba2 hari ni langsung tak boleh start kereta, bateri baru. Bunyi starter mcm 'click' banyak kali bila turn on kunci.

    ReplyDelete
  10. maybe bole cuba pasang Relay mcm abg jeff bwt ni le.. kes arus tak stabil le ni. TQ abg jeff. info yg amat2 berguna.


    -dewa-

    ReplyDelete
  11. salam..
    nak tanya.. relay starter boleh pasang kat semua kereta ke??

    tak kisah ke klu proton, mitsu,toyota,honda ...

    tq

    ReplyDelete
  12. bro,12v dr starter tu boleh tambah fuse 15A kan?

    ReplyDelete
  13. Salam abg jef...nk tanye rating current yg lalu kt cable ignition brape amp???

    ReplyDelete