Steering Rack Boot Replacement

selamat tahun baru 2011. kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar steering rack boot kat kereta wira, lebih kurang sama sahaja kaedahnya dengan kereta lain. sekiranya boot ini koyak sudah pasti habuk dan pasir akan masuk dan melekat pada rod steering dan lama kelamaan akan merosakkan keseluruhan steering rack. untuk menukar steering rack kalau yang 2nd hand di kedai halfcut harganya sekitar rm150 - rm250 satu set. kalau yang baru saya tak pasti berapa harganya kerana saya lebih suka membeli barang 2d yang ternyata original dan kalau bernasib baik dapat bertahan lama daripada yang dibeli baru di kedai spare part. kalau yang original keluaran proton sudah tentunya harganya berganda, mahal beb...


pertama sekali buka tayar, dan buka klip untuk membuka nat saiz 17mm. nat ini ialah nat tie rod end yang boleh kita lihat pada rack end yang bersambung dengan knuckle kereta. pada masa ini kita boleh juga perhatikan boot tie rod end dan sekiranya koyak boleh menyebabkan bunyian tertentu di sekitar tie rod end dan lama-kelamaan pengendalian kereta akan menjadi tidak mantap


longgarkan nat tie rod end dan jangan buka terus nat berkenaan. gunakan jaw puller untuk menanggalkan tie rod end dari knuckle. kalau tak nak guna tool ini boleh ketuk dengan tukul pada bahagian knuckle dan tie rod end akan tercabut dengan mudah


gunakan tape untuk menandakan kedudukan tie rod end, apabila pasang semula nanti pastikan sama dengan marking yang telah dibuat tadi. tujuan dilakukan begini agar kedudukannya tetap sama seperti masa sebelum kita buka tadi kerana sekiranya kalau lari sedikit atau tidak sama kemungkinan besar stereng kereta akan senget dan tidak center, terpaksalah buat allignment balik, makan modal lagi


gunakan spanar 14mm dan pusingkan nat lock tie rod end dan dengan mudah tie rod end dapat dikeluarkan daripada rack end seperti yang tertera pada gambar di atas


tie rod end yang telah dikeluarkan. kalau hendak beli baru di spare part anda boleh memilih jenama 555 (tiga lima) kerana jenama ini agak terkenal juga dan made in japan tertera pada kotaknya


ini steering boot yang rosak, dah putus rupanya. masalah ini berlaku disebabkan lama sudah berkhidmat pada sesebuah kereta dan akhirnya terpaksa ditukar dengan yang baru


boot baru dengan harga rm12.00 yang boleh diperoleh di kebanyakan kedai spare part. maca-maca jenama ada tapi pilihlah yang berkualiti sedikit agar dapat bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang


made in japan, sama je dengan mana-mana kereta proton. kesahihan made in japan itu tidak dipastikan sama ada benar-benar lahir di negara matahari terbit atau pun sekadar marking sahaja kat situ. kebanyakan part sekarang yang jadi rebutan ialah part dari japan sebab itulah pengeluar tempatan sendiri berbuat demikian, saya pun tak pasti sama ada betul atau tidak. hanya tokey spare part sahaja yang mengetahui


klip yang besar ialah untuk bahagian dalam boot dan yang kecik untuk bahagian luar. boleh menggunakan klip asal sekiranya tidak rosak dan kalau rosak boleh beli sekali klip di kedai spare part. kalau tak nak gunakan klip besi seperti ini bolehlah anda menggunakan cable tie je, carilah yang lebar lebih kurang macam lebar klip sebenar, tak ada masalah pun kalau gunakan cable tie


boot lama dan baru, harap yang baru dapat bertahan lama jugak


gambar setelah boot dikeluarkan. sebenarnya di dalam boot ini tidak ada minyak special pun, yang ada cuma hanyalah gris sahaja. jadi sebaiknya semasa hendak memasang boot baru ini tambahkan sedikit gris baru supaya pergerakannya menjadi lebih baik


inilah tempat kedudukan boot pada steering rack. pandangan dari kotak air filter. gigi itulah yang menggerakkan stereng dan tayar kek kiri atau ke kanan semasa kita memulas stereng. kalau ada pergerakan kasar dan bunyi tertentu atau terlalu banyak free play pada stereng atau stereng rack maknanya bersedialah untuk mendapatkan stereng rack yang lain


bersihkan tempat boot yang koyak tadi, letakkan sedikit minyak gris dan masukkan boot baru. hati-hati supaya jangan tanggalkan marking yang kita buat tadi dengan menggunaka tape hitam tu


steering boot yang baru telah pun siap dipasang. klipkan setiap hujung boot dengan kemas, dah pun selesai...

sekian, terima kasih
jumpa lagi

25 comments:

Anonymous said...

well done..mane nk crik boot made in japan ni?kdai sparepart de ke?kalo kt proton bpe hengget ye abg jeff?

jeff_tacra said...

cari kat mana-mana kedai spare part, biasa ada benda ni. kalau kat proton sc tak pasti berapa rm, harga sudah tentu tinggi dari kedai biasa

Nor said...

kedai2 tayar pernah offer tukar benda ni...sbb steering wira ade gegar skit...satu tu rm60..giler mahal...

jeff_tacra said...

rm60 ke untuk sebelah boot tu, mahal sungguh kalau macam tu

Geng said...

Memang mahal kalau tukar di kedai tayar,saya baru ja tukar benda ni tapi RM60 untuk dua belah

kroll said...

Salam ...

Abg Jeff, mana nak dapatkan / beli JAW PULLER yang abg Jeff guna tu ... benda tu multi purpose kan ...

jeff_tacra said...

cuba cari kat kedai hardware, kebiasaannya ada jual benda ni

Anonymous said...

SLAM BOHH..
TIE ROD END tuhh..nk ejas atas lantai bulih ko?
masud kawe..tayar pasang doh...sebab tayar kankang... lari sebelah...

jeff_tacra said...

nak ejas tie rod end supaya tayar tak lari, kena ejas rack end (batang besi yang sambung ke tie rod end) pusing besi tu dan test kereta

Anonymous said...

bereh bohh..berita faham...tq

Anonymous said...

bang jeff_tacra,
steering rack proton wira 1.3 boleh adjust kasi standart( ketat ) balik ke?
kalau boleh mcm mana nak buat
steering sya ada free fly sikit

car-loss

Anonymous said...

salam abg jeff sy Rozy dr Putrajaya...
nak tanya berkenaan steering rack...
saya pengguna Proton Persona...
kini mengalami steering rack leaking...
tanda awl yg sy nampak, minyak power steering berkurangan hingga ke tahap minima dahh....
sudah ke w.shop,pomen check, steering rack ada leaking...dan minyak steering bertakung dlm boot..
pomen suruh tukar steering rack-box seketul yang baru...so sy nak tanya boleh ka kalau tukar oil seal sahaja...ada kawan ckp kalau beri steering rack baru,silap2 masalah yang sama bakal berlaku...dia prefer suruh beli di halfcut...so untuk Proton Persona, apa model yg boleh masuk utk menggantikan steering rack yg problem tu,katanya harga lebih murah berbanding yang baru....harap abg jeff dpt membantu..terima kasih..

Anonymous said...

salam jeff,, saya org brunei, nak tanya.. apa lebih bagus aluminium radiator or plastik radiator?

Anonymous said...

hai bang jeff..berapa harga steering rack persona..di mana harganya lebih murah...di proton sc ataupun di luar?tq.

Anonymous said...

Aluminium radiator la yang terbaik..

Anonymous said...

salam abg sy nk tye kalu sy korner hbs sblh kiri rim sy bergesel dgn batang satay ape mslh nye ek?? tq

jeff_tacra said...

harga steering rack persona sekitar rm200 dan boleh didapati dihalfcut, kalau ori proton mahal sangat. rim bergesel sebab lebar sangat kot dan offset rim tak sesuai

Anonymous said...

abg jeff..kalau steering gegar pada 100-110km/j masalah apa pulak?

jeff_tacra said...

kemungkinan masalah balancing tayar, kena check

Ahmad Fauzi Harun said...

abg jeff, ,kalau kita buka tie rod end 2 kite dah marking masih kene gi aligntment ker??

mohd zabir said...

Abg jeff.masalah kereta waja saya berbunyi tak..tak kalau melalui jalan tak rata.sedangkan saya dah tukar absober link dan mounting absober.masih berbunyi juga.apa yg patut saya periksa lagi.

majie 186 said...

Assalam bro jeff .. Waja sy ada bunyi kat dpn bila pusing stereng & bila jln slow . . adakah itu problem stereng rack dh kong ..?
Tlg pencerahan bro ...

torceLL said...

Salam tuan.. Nk tny psl tie rod end ni.sy pkai iswara lmss, dan terniatbnk pkai vr4 discbreak. Mslh nya, tie rod end vr4 ni ikat dr bawah keatas(nat kat atas) berbanding stndrt original iswara yg mana ikat nat ke bawah. Org kata kna lay lubang knuckle vr4 tu utk ngan2 msuk dgn tie rid end iswara.. Ada cara lain x selain dari tu, mgkin blh pasang tie rod end vr4 ikat ke rod asal iswara. Mksd sy hujung yg nat tu.. Ngam x batang rod tu dgn tie rod end vr4.. Ungent, need answer a.s.a.p pls.. Mgkin tuan blh rply kat blog ni atau ke email sy, torcell2499@gmail.com.. Tq

Anonymous said...

Masalah tuan da settle blum?waja sy masalah cmtu gak

maaz laan said...

salam kereta wira saya ada masalah leak kat stering rak boot kat sebelah kanan..minyak dlm tank pon kurang tahap minimum..nak beli stering rak wira hrga brpa?atau boleh tukar seal mana2?skg ni topup2 minyak saja..