Steering Rack Boot Replacement

selamat tahun baru 2011. kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar steering rack boot kat kereta wira, lebih kurang sama sahaja kaedahnya dengan kereta lain. sekiranya boot ini koyak sudah pasti habuk dan pasir akan masuk dan melekat pada rod steering dan lama kelamaan akan merosakkan keseluruhan steering rack. untuk menukar steering rack kalau yang 2nd hand di kedai halfcut harganya sekitar rm150 - rm250 satu set. kalau yang baru saya tak pasti berapa harganya kerana saya lebih suka membeli barang 2d yang ternyata original dan kalau bernasib baik dapat bertahan lama daripada yang dibeli baru di kedai spare part. kalau yang original keluaran proton sudah tentunya harganya berganda, mahal beb...


pertama sekali buka tayar, dan buka klip untuk membuka nat saiz 17mm. nat ini ialah nat tie rod end yang boleh kita lihat pada rack end yang bersambung dengan knuckle kereta. pada masa ini kita boleh juga perhatikan boot tie rod end dan sekiranya koyak boleh menyebabkan bunyian tertentu di sekitar tie rod end dan lama-kelamaan pengendalian kereta akan menjadi tidak mantap


longgarkan nat tie rod end dan jangan buka terus nat berkenaan. gunakan jaw puller untuk menanggalkan tie rod end dari knuckle. kalau tak nak guna tool ini boleh ketuk dengan tukul pada bahagian knuckle dan tie rod end akan tercabut dengan mudah


gunakan tape untuk menandakan kedudukan tie rod end, apabila pasang semula nanti pastikan sama dengan marking yang telah dibuat tadi. tujuan dilakukan begini agar kedudukannya tetap sama seperti masa sebelum kita buka tadi kerana sekiranya kalau lari sedikit atau tidak sama kemungkinan besar stereng kereta akan senget dan tidak center, terpaksalah buat allignment balik, makan modal lagi


gunakan spanar 14mm dan pusingkan nat lock tie rod end dan dengan mudah tie rod end dapat dikeluarkan daripada rack end seperti yang tertera pada gambar di atas


tie rod end yang telah dikeluarkan. kalau hendak beli baru di spare part anda boleh memilih jenama 555 (tiga lima) kerana jenama ini agak terkenal juga dan made in japan tertera pada kotaknya


ini steering boot yang rosak, dah putus rupanya. masalah ini berlaku disebabkan lama sudah berkhidmat pada sesebuah kereta dan akhirnya terpaksa ditukar dengan yang baru


boot baru dengan harga rm12.00 yang boleh diperoleh di kebanyakan kedai spare part. maca-maca jenama ada tapi pilihlah yang berkualiti sedikit agar dapat bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun akan datang


made in japan, sama je dengan mana-mana kereta proton. kesahihan made in japan itu tidak dipastikan sama ada benar-benar lahir di negara matahari terbit atau pun sekadar marking sahaja kat situ. kebanyakan part sekarang yang jadi rebutan ialah part dari japan sebab itulah pengeluar tempatan sendiri berbuat demikian, saya pun tak pasti sama ada betul atau tidak. hanya tokey spare part sahaja yang mengetahui


klip yang besar ialah untuk bahagian dalam boot dan yang kecik untuk bahagian luar. boleh menggunakan klip asal sekiranya tidak rosak dan kalau rosak boleh beli sekali klip di kedai spare part. kalau tak nak gunakan klip besi seperti ini bolehlah anda menggunakan cable tie je, carilah yang lebar lebih kurang macam lebar klip sebenar, tak ada masalah pun kalau gunakan cable tie


boot lama dan baru, harap yang baru dapat bertahan lama jugak


gambar setelah boot dikeluarkan. sebenarnya di dalam boot ini tidak ada minyak special pun, yang ada cuma hanyalah gris sahaja. jadi sebaiknya semasa hendak memasang boot baru ini tambahkan sedikit gris baru supaya pergerakannya menjadi lebih baik


inilah tempat kedudukan boot pada steering rack. pandangan dari kotak air filter. gigi itulah yang menggerakkan stereng dan tayar kek kiri atau ke kanan semasa kita memulas stereng. kalau ada pergerakan kasar dan bunyi tertentu atau terlalu banyak free play pada stereng atau stereng rack maknanya bersedialah untuk mendapatkan stereng rack yang lain


bersihkan tempat boot yang koyak tadi, letakkan sedikit minyak gris dan masukkan boot baru. hati-hati supaya jangan tanggalkan marking yang kita buat tadi dengan menggunaka tape hitam tu


steering boot yang baru telah pun siap dipasang. klipkan setiap hujung boot dengan kemas, dah pun selesai...

sekian, terima kasih
jumpa lagi