T10 Bulb - Front Signal Lamp

bersua kembali... saya tunjukkan diy untuk memasang bulb T10 kat side signal wira dan yang sama dengannya. tujuan untuk mendapatkan kesan lampu pada signal tanpa menjejaskan signal kereta, bermakna bulb kecik ini tidak mengganggu semasa signal beroperasi, signal masih jelas kelihatan cahayanya. tujuannya bukan apa hanyalah untuk menambahkan seri cahaya apabila kita membuka lampu pada waktu malam tambahan pula bulb t10 ini bukanlah mengeluarkan cahaya yang terang benderang. ada yang menyambung terus pada bulb lampu signal dengan melakukan proses wiring tertentu, ini boleh mengganggu kerlipan lampu signal nanti


peralatan yang digunakan yang paling penting ialah hand drill dengan bit yang paling besar, saya tak pasti berapa saiz bit drill tersebut tapi yang nyata nanti ialah lubang yang ditebuk itu dapat dimasukki dengan soket bulb t10


drill lubang seperti pada posisi signal yang ditunjukkan, bahagian belakang atas daripada bulb signal yang asal, hati-hati kerana bit drill boleh tertusuk ke dalam dan boleh mencederakan cover signal. agak mudah nak drill bahan berasaskan plastik ini dan kemugkinan akan terlajak ke dalam boleh berlaku dan boleh mencederakan cover lampu signal ini, so hati-hati semasa melakukan kerja ini


gunakan bit seperti ini untuk membesarkan dan melicinkan lubang yang dibuat tadi sekiranya saiz lubang yang ditebuk tidak sepadang dengan soket bulb nanti. bit ini boleh didapati di mana-mana hardware dengan harga yang agak berpatutan


proses membesarkan lubang mengikut saiz soket bulb T10


lubang yang telah siap dibuat, jangan terlalu besar nanti soket bulb T10 akan longgar dan ini menyukarkan kita untuk meletakkan soket kat situ


gunakan vacuum untuk menyedut sisa-sisa ketika proses drill tadi atau apa-apa sahaja kaedah yang difikirkan sesuai untuk mengeluarkan cebisan bahan plastik yang kita drill tadi. kalau guna vacuum ini proses mengeluarkan sisa tadi menjadi lebih mudah dan cepat


bulb T10 berserta soket, boleh ambik pada meter atau pada lampu kecil headlamp atau mana-mana soket yang tidak digunakan lagi


masukkan ke dalam lubang yang dibuat tadi, pastikan lubang tidak terlalu besar agar soket ngam masuk kat situ

gunakan silikon atau windscreen sealant untuk menutupi pada bahagian tepi soket supaya tidak dimasukki air


test bulb tadi dengan menggunakan kuasa 12v sahaja dan kelihatan hasil bulb tadi nampak kekuningan akibat tindak balas dengan housing lampu signal


pasangkan soket seperti gambar di atas dan tap kat lampu kecil yang terdapat pada belakang headlamp


keadaan cahaya apabila lampu kecil dibuka, siang hari tak nampak sangat cahayanya


rupa apabila malam, lampu kecil dipasang dah nampak bertambah cahaya pada bahagian sisi lampu signal tersebut


ini juga semasa lampu kecil dibuka atau lampu senja, nampak menarik bukan?


dah siap sepenuhnya... bulb ini tidak menjejaskan lampu signal kenderaan yang sedia ada

sekian, terima kasih
jumpa lagi

16 comments:

Al-Mamak Kutty said...

pergh.. smart la bang..

tp kalu saye la yg drill sure pecah lampu signal tu.. org kate tgn x bedung hehe..

9W2KNH said...

kenapa bang jeff tak guna LED ye sbb LED lagi jimat tenaga dan kurang haba...atau bang jeff ada reason sendiri gunakan bulb???

jeff_tacra said...

tq al-mamak, takde masalah... drill buat lubang je. saya tak guna LED sebab putih sangat cahaya, saya lebih suka cahaya bulb yang sedikit kekuningan...

kroll said...

Salam ..

Abg Jeff ... kat kuala terengganu nie mana nak dapatkan / beli windscreen sealant & spray anti rust (entri bracket-rear motor wiper EVO)

TQ

jeff_tacra said...

windscreen sealant boleh beli kat mana-mana kedai spare part seperti teong lean, KS kat jalan pulau kambing. anti rust spray boleh beli kat ke cat JOTUN jalan bukit kecil

kroll said...

Thanx 4 u r info Abg Jeff ...

Izham said...

Abg Jeff,
Macam mana nak buat signal kereta wira saya kembali pada keadaan asal,maksud saya masa saya beli kereta dulu signal diorang dah buat siap2 dah,ON ja lampu signal akan menyala......

so,kalau saya nak back to original balik,wire apa yang perlu nak diperbetulkan semula

TurboBee said...

Apa rasional abam Jeff tambah bulb tu?

Ke kosmetik jer abam Jeff?

Anonymous said...

saye dh wat kat kete saye semlm mmg cun..tq abg jeff bg idea..modal li soket ngan mentol 8 ringgit je..

jeff_tacra said...

saje letak nak bagi lampu tu hidup jai, nampak kelainan sikit, hehe... tahniah kerana berjaya melakukan

Usup said...

Abe jeff,
macam best sangat Diy ni,tp kereta saya pun jadi macam keta izham,cam na nak Diy semula wiring yg ada pada keta saya,ingat nak buat macam abe jeff buat ni,harap bagi tips sikit

jeff_tacra said...

usup> cek wayar kat signal fender, mesti ada wayar yang dipotong dan disambung dengan lampu kecik. bukak balik wayar tu dan sambung balik dengan wayar yang dipotong tadi, cari betul2 pada bahagian fender, ada wayar signal kat situ

Usup said...

Ok abg jeff,dah selesai.........memang best DIY yang abg Jeff tunjuk,terbaik punya...........tima kasih

Proton said...

sesiape yg dh buat modifikasi abg Jeff ni sila letak link gambo korang di sini ek tengkiu!

jeff_tacra said...

ok jugak cadangan tu, dapat tengok gambar hasil yang dah buat

wiragaban said...

aku pun dah berjaya Diy kat kete.semakin smart kete pd wktu malam.ln dari yg ln.TQ jeff.Modal RM0.00"HAPPY"