Brake Pad Replacement - Myvi

entri kali ini memaparkan bagaimana cara menukar brake pad myvi. aras kesukaran ialah 3/10 tetapi peralatan kena mencukupi seperti jack dan spanar berkaitan. ikuti bagaimana proses berkenaan boleh dilakukan secara DIY kerana ada sesetengah pomen mengenakan RM30 bagi penukaran brake pad


owner myvi ini telah memilih brand BENDIX dengan harga sekitar RM75 di kedai spare part, khususnya di kuala terengganu


bendix general untuk PERODUA MYVI


BENDIX general type


setelah tayar dikeluarkan dengan menggunakan spanar 14mm buka sebiji nat pada bahagian bawah caliper, gambar menunjukkan caliper sebelah driver


keluarkan nat 14mm pada caliper berkenaan


jongket ke atas caliper seperti gambar ini, bulat itu ialah piston caliper yang menolak brake pad semasa kita membrek


dengan menggunakan flat screw driver tuil pad lama


keluarkan pad lama


pad lama yang telah haus, dah sampai masa untuk dibuang


keadaan setelah pad dibuka


piston caliper


masukkan pad baru dan harus diingat pad yang ada marking besi putih adalah untuk bahagian dalam disc iaitu di belakang disc, besi ini merupakan marking jika pad habis dan akan bergesel dengan disc hingga mengeluarkan bunyi bergesel dan ini bermakna sudah sampai masa kena tukar pad baru


oleh sebab pad baru yang tebal, caliper tidak dapat dimasukkan kerana piston telah terkeluar dari caliper. jadi kita kena tolak balik piston ke dalam caliper dengan menggunakan tool seperti di atas, ataupun boleh menggunakan screw driver dengan menolak piston ke dalam


turunkan caliper dan pasang nat 14mm tadi


dah pun siap - peringatan: pada masa ini pad masih lagi tidak grip pada disc, jadi hati-hati ketika membrek kerana kereta akan meluncur jugak walaupun brek ditekan, ambil masa seminggu untuk pad benar-benar mencengkam pada disc

sekian, terima kasih
jumpa lagi