Driveshaft Boot

selamat tahun baru cina... bersua lagi. entri kali ini menunjukkan bagaimana proses menukar driveshaft inner boot yang telah koyak. harga boot sekitar rm7.00 hingga berbelas-belas ringgit, bergantung kepada jenama


pertamanya buka nat absorber yang dipasang pada knuckle


buka juga tie rod end


barulah dapat keluarkan driveshaft. saya tidak mengeluarkan keseluruhan driveshaft sebab tak nak buka minyak gear, jadi kepala driveshaft masih melekat kat gearbox


sengetkan knuckle semasa hendak mengeluarkan driveshaft


driveshaft boot yang koyak


kena keluarkan dulu bearing sebelum boot dapat dimasukkan, ada klip pada bahagian luaran sebelum bearing dapat dikeluarkan


masukkan gris ke dalam boot yang baru


masukkan juga gris pada kepala driveshaft bahagian dalam


pasang driveshaft


masukkan juga driveshaft kat lubang pada bahagian knuckle


pasang boot clip


proses memasang klip pada boot sebelah dalam


pasang balik skru absorber


boot yang telah siap dipasang


kemaskan segala nat, pasang balik tie rod end... dah pun siap

sekian, terima kasih
bertemu lagi

15 comments:

TurboBee said...

Kalo buat nih kena buat alignment balik la pasal knuckle dah dismatle dari absorber punya kaki....

jeff_tacra said...

dia tak pakai nat ejas chamber, so tak perlu allignment

TurboBee said...

Uiksss, itu mcm pon ada aaa?

Nati kalo nak buat alignment cemana?

Anonymous said...

BRO JEFF_TACRA
drive shaft sya yg panjang tu boot bhg dalam koyak (wira 2001) boleh buat cam ni jga ke.
mcm mana nak buka pin/klip ball joint tu?
senang ke nak buka benda tu?
peralatan pakai apa?
ingat nak DIY jga kat rumah benda ni
TOOLS mcm mana?
( Tau2 je la klu nak repair kat sabah ni,kos mahal sangat kena sembelin dek Kaum C, )

jeff_tacra said...

kena guna playar untuk buka klip, yang muncung tajam tu. kaedahnya sama seperti di atas

Anonymous said...

TQ bro,
nak buka skrew drive shaft tu saiz brapa? ala yg kat tengah disk tu.

apa2 hal pun Trima Kasih dan selamat menyambut Prophet muhammad birthday on 15 depan semoga maju jaya hendaknya...

jeff_tacra said...

kalau tak silap guna box nut saiz 32mm

Anonymous said...

salam bro, ape effect klu x tukar benda yg koyak tu? thx

jeff_tacra said...

ada effect iaitu lama kelamaan gris akan bercampur dengan pasir dan menyebabkan hayat rack end tak lama

Anonymous said...

salam..naper bro tacra tak pakai gris cv joint?gris biasa blh pakai ker?

jeff_tacra said...

memang guna gris untuk driveshaft, ada jual kat sparepart dalam bekas plastik

Sharol 4G92 said...

Bang,wira 1.6 pakai nat ejas chamber tak? Atau pun ianya sama mcm cara yang di atas ?

siti nur shahidah shek ahmad said...

klu ade pillow ball bru x pakai nat chamber

solehan dq said...

salam bro jeff.kalau nk buka driveshatf skru hub tgh2 disbrake tu,xyah pakai air drill pun boleh kan? guna tool hand je ke?driveshaft kereta atos sy bahagian driver dh koyak,kalau buka driveshaft gear box ada kesan kerosakan x kt sistem gearbox auto? harap bro jeff bantu...t.kasih.

solehan dq said...

salam bro jeff.kalau nk buka driveshatf skru hub tgh2 disbrake tu,xyah pakai air drill pun boleh kan? guna tool hand je ke?driveshaft kereta atos sy bahagian driver dh koyak,kalau buka driveshaft gear box ada kesan kerosakan x kt sistem gearbox auto? harap bro jeff bantu...t.kasih.