Rear Caliper Service

kebiasaannya kalau semasa kita drive kereta dan terasa berat daripada biasa kemungkinan piston brake mana-mana caliper telah jem, tidak dapat keluar masuk dengan sempurna. sudah sampai masanya untuk diservis caliper khususnya pada bahagian piston yang bermasalah disebabkan oleh dust cover yang rosak atau sebagainya. brake repair kit ada dijual di spare part dengan harga yang tidak terlalu mahal


brake parts cleaner yang digunakan untuk mencuci sistem brek dengan lebih berkesan


setelah caliper dikeluarkan dari kereta keluar piston dengan cara memusing lawan jam sehingga keluar sepenuhnya. sepatutnya pusingan piston ini begitu mudah sekali dan kalau ketat bermakna kekotoran bahagian tepi piston telah berlaku. nampak berkilat kat atas tu sebab telah dicuci


rupa piston dari arah depan yang dimasukkan ke dalam caliper


belakang piston yang menekan caliper semasa kita membrek


getah caliper yang masih elok, kalau dah koyak boleh didapati di spare part dengan kit dalamannya sekali. saya tak tukar getah kerana masih elok lagi


piston kecik untuk menggerakkan caliper semasa membrek


ruang dalaman tempat masuknya piston


telah siap dicuci


piston yang telah siap dicuci sepenuhnya


sapu dengan gris


masukkan ke tempat asal


sapukan juga gris di sekitar permukaan getah dust cover untuk memudahkan anda memasukkan piston nanti


masukkan piston dan pusing dengan menggunakan playar tirus mengkut arah jam


telah siap sepenuhnya dan pasang semula kat bracket caliper dan proses bleeding hendaklah dibuat untuk memenuhi dalaman piston dengan minyak brek

sekian, terima kasih
jumpa lagi