Air Filter Heatshield

bagi pengguna air filter open pod untuk mengelakkan udara panas dari engine bay disedut masuk maka langkah membuat heatshield sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi proses berkenaan. ditambah pula dengan pemasangan cold air intake dapat menambahkan lagi angin dari luar masuk ke dalam enjin. berikut langkah membuat heatshiel bagi pengguna air filter open pod seperti, apexi, k & n, simota, blitz dan lain-lain lagi


insulflex digunakan untuk menutupi permukaan perspek


gam dunlop juga perlu digunakan


terlebih dahulu ukur kepingan perspek mengikut ukuran yang dikehendaki bersesuaian dengan saiz air filter open pod anda


gunakan cutter untuk memotong kepingan perspek


buat lakaran atau ukuran tempat yang hendak ditebuk mengikut ukuran adapter air filter


bracket dan nat perlu digunakan untuk mencantuk kepingan perspek yang dipotong tadi. bracket ini boleh diperolehi di kedai hardware dengan harga rm0.30 satu


gunakan drill untuk menebuk mengikut lakaran tadi, berhati-hati dengan penggunaan drill kerana kesilapan kecil boleh memecahkan kepingan perspek anda


cantum kepingan perspek tadi mengikut bentuk seperti di atas


uji dahulu di kereta


tampal insulflex pada bahagian luar heatshield


proses menampal insulflex sedang dilakukan. insulflex boleh diperolehi di kedai repair seat kereta dengan harga rm28.00 semeter, tapi yang diperlukan hanya beberapa kaki sahaja


dah siap tampal insulflex pada bahagian luar heatshield


pasangkan adapter air filter dan air flow sensor


proses pemasangan di kereta sedang dilakukan oleh 'pomen'


heatshield yang sudah siap dipasang, kemaskan bahagian tepi dengan menebuk lubang kecil pada perspek untuk diikat dengan cable tie supaya tidak bergoyang dan tetap kedudukannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

20 comments:

Anonymous said...

Mantop encik jeff, heat shield yg paling simple dan kemas....

jeff_tacra said...

buat simple je, bahan dari perspek atau papan plet kereta

sapik said...

bleh bagi ukuran tak bro jepp?hehe

wiragaban said...

mana nak dapatkan insulflex area K.Trg?

jeff_tacra said...

area kuala terengganu insulflex boleh didapati di kedai repair seat berhadapan dengan SK gong kapas, kedai tu bersebelahan dengan kedai cat

Anonymous said...

memang nampak kemas buatan... engine bay pun nampak kekemasan sekali... lawa-lawa... secara tidak langsung disamping melawakan engine bay.. dapat memberikan udara yang cool kepada kereta anda... kerja yang kemas

Anonymous said...

jeff bro nk tanya perspek aka acrylic tu mana boleh dapat?

jeff_tacra said...

boleh beli kat kedai buat plate kereta/motor

Anonymous said...

bro jeff...brape meter dah cukup untuk kete wira???

Anonymous said...

dalam 2 kaki cukup dah rasanya...

myadiar said...

beli kat kedai mane insulflex ni kat kuala terengganu?

jeff_tacra said...

dah jawab kat atas tu, scroll up balik

Anonymous said...

aku bro tanyer. kalo kite tampal insulflex kat roof pakai CA glue, ade efek x? cam jd karat ke

jeff_tacra said...

setakat pakai ni selama 7 tahun takde masalah lagi

Anonymous said...

Salam bro jeff..
sy cuma nak tawu ape kepentingannye insulflex ney sbnrnye.??
sekadar nak bg nmpk cntik ke atau ianye mampu menangkis haba drpd injin.??
trima kasih..

jeff_tacra said...

nak mengurangkan haba panas yang disedut oleh air filter. bahagian bawah box tu ada hose 3 inci untuk kemasukan angin dari depan kereta, jadi air filter dapat menyedut udara sejuk dari luar kereta

Anonymous said...

owhh..
trima kasih yee di ataz penjelasan..
cadangnye nak try bwt heat shield ney dgn CAI tu skali nanti ble ade mse lapang..

Anonymous said...

kenapa ekon kereta kdg2 ak bnyi mcm tersedu-sedu
pastu time jd tu ekon xsejuk
kereta perodua kenari

Anonymous said...

bro xbuat heat shield ni utk open pod viva

Anonymous said...

Ada fakta cakap bypass kan heater kat throttle body.. Macam mana nak bypass kan heater tu? teknologi tu untuk negara beriklim sejuk je sesuai. Negara kita panas sepanjang tahun..