Air Filter Heatshield

bagi pengguna air filter open pod untuk mengelakkan udara panas dari engine bay disedut masuk maka langkah membuat heatshield sedikit sebanyak dapat mengurangkan lagi proses berkenaan. ditambah pula dengan pemasangan cold air intake dapat menambahkan lagi angin dari luar masuk ke dalam enjin. berikut langkah membuat heatshiel bagi pengguna air filter open pod seperti, apexi, k & n, simota, blitz dan lain-lain lagi


insulflex digunakan untuk menutupi permukaan perspek


gam dunlop juga perlu digunakan


terlebih dahulu ukur kepingan perspek mengikut ukuran yang dikehendaki bersesuaian dengan saiz air filter open pod anda


gunakan cutter untuk memotong kepingan perspek


buat lakaran atau ukuran tempat yang hendak ditebuk mengikut ukuran adapter air filter


bracket dan nat perlu digunakan untuk mencantuk kepingan perspek yang dipotong tadi. bracket ini boleh diperolehi di kedai hardware dengan harga rm0.30 satu


gunakan drill untuk menebuk mengikut lakaran tadi, berhati-hati dengan penggunaan drill kerana kesilapan kecil boleh memecahkan kepingan perspek anda


cantum kepingan perspek tadi mengikut bentuk seperti di atas


uji dahulu di kereta


tampal insulflex pada bahagian luar heatshield


proses menampal insulflex sedang dilakukan. insulflex boleh diperolehi di kedai repair seat kereta dengan harga rm28.00 semeter, tapi yang diperlukan hanya beberapa kaki sahaja


dah siap tampal insulflex pada bahagian luar heatshield


pasangkan adapter air filter dan air flow sensor


proses pemasangan di kereta sedang dilakukan oleh 'pomen'


heatshield yang sudah siap dipasang, kemaskan bahagian tepi dengan menebuk lubang kecil pada perspek untuk diikat dengan cable tie supaya tidak bergoyang dan tetap kedudukannya

sekian, terima kasih
jumpa lagi