Engine Oil

bersua kembali... kali ini ialah proses penukaran minyak enjin dan oil filter yang sudah biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik kereta. penukaran ini dilakukan pada enjin mitsubishi 4G91


terlebih dahulu jack kereta seperti yang ditunjukkan, boleh juga jack kat crossmember bahagian hadapan bawah enjin


buka nat oil sump/oil pan bersaiz 17mm dan tadah minyak tersebut dengan bekas yang sesuai


buka penutup minyak enjin


gunak oil filter cup untuk membuka oil filter


ini kedudukan oil filter 4G91 yang tersorok pada bahagian tepi extractor berhampiran dengan motor power steering. kalau guna tool biasa agak sukar sedikit untuk membuka oil filter ini


oil filter yang dikeluarkan


minyak yang digunakan oleh owner kereta ini iaitu ENEOS 15W/40 dengan harga rm50 lebih


saya cadangkan owner kereta ini memasukkan engine treatment memandangkan enjinnya agak lama. penggunaan treatment ini amat baik sekali dan saya sendiri telah menggunakan engine treatment ini semenjak mula convert enjin dulu. penggunaan treatment ini bagi setiap 50k mileage dengan harga rm90 sebotol. bagi sesiapa yang memerlukannya saya boleh mendapatkan minyak ini dan pos dengan kadar rm5 sebotol. harus diingat ini bukannya oil treatment tapi ini merupakan ENGINE TREATMENT iaitu ia menyaluti lapisan metal supaya pergerakan jadi lebih berkesan


sebelum memasang oil filter letakkan sedikit minyak enjin pada bahagian getah hitam berkenaan


pasang oil filter dan ketatkan secukup rasa


masukkan engine treatment


masukkan minyak enjin dan start kereta, biarkan beberapa ketika dan off kereta. cek minyak enjin pada dipstick dan pastikan minyak enjin berada pada paras low dan high pada dipstick, iaitu pada bahagian tengah-tengah antara keduanya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

35 comments:

Anonymous said...

kena tunggu esok guane performance selepas pakai engine treatment ni... bunyi senyap ke dop

Anonymous said...

engine treatment ni wat enjin mkin senyap kn?tp wat makan mnyak sket,sbb wat minyak jd mkin pkat,xgitu?

jeff_tacra said...

so far pakai ok je, sebab ni bukan oil treatment tapi ini engine treatment. ada beza antara keduanya ni

wiragaban said...

Kalau jenis STP (mcm dalam tin minuman bergas),harga belas2 RM je....tu enjin treatment ke atau oil treatment...

jeff_tacra said...

kena cek dulu, biasa ada tulis kat bekas dia sama ada oil atau engine treatment

Anonymous said...

salam bro.. sya pakai 4g91..
camne nak ilangkan bunyi hydrulic tepet 91 ni.. 1. siap dah cuci lash tu.. dari keras.. jadi lembut..
2. dah pakai ENEOS 15/40.. tapi x + engin treat.
ni dah buntu dah ni.. rasa nak humban je keta tu..
ade ke ape2 lagi nak kena adjust...
ade pomen citer adjust tenstioner belting.. tah aku pun x tau lah.. amendenye tu.. sbb sya tanye dlm hp je..
tolonglah klu ade cadangan..

jeff_tacra said...

memang karektor enjin 4G9x macam tu, ada bunyi lifter, susah nak hilang melainkan kena tukar keseluruhan lifter tu

khairul anuar said...

saya dulu pun ada masalah lifter ni... Hanya dua kaedah yang dapat bantu selesaikan yakni;

1. Service betul2 lifter tu. Special tools(vibrate) tuk cuci dirt kat besi + rendaman petrol selama 3 ari. Berkesan. Special tools yang saya tengok tu, boleh buatkan besi yang kotor sgt boleh nampak cam baru.

2. Beli lifter baru.

Terima Kasih.

0143380339 - Khairul KL

Ahmad Ikmal Rosli said...

salam bro. berape liter minyak hitam yang sepatutnya kene tuang dalam enjin?

jeff_tacra said...

tak sampai pun 4 liter, 3 liter lebih je. tengok ukuran kat dipstick

Anonymous said...

salam bro angkat mane 15w40 tu? agak murah tu...bleh bgtau mana dpt tak? thank u

Anonymous said...

salam bang.. klu kite pkai 20/40 ape bezanya dgn 15/40?

jeff_tacra said...

wsalam... lagi besar no di depan lagi likat minyak, so 15/40 minyak cair sikit daripada 20/50 dan kereta rasa lagi ringan kalau pakai 15/40

FAHMI2204 said...

BTUL TU...MURAH SGT NI...KAWE BELI PUN 68YA 15/40

Anonymous said...

trima kasih bang atas info berkenaan perbezaan 20/40 dgn 15/40..

Anonymous said...

abg jeff...boleh tak saya nak mntak tolong abg jeff belikan engine treatment tu??...camne cara ye??..

jeff_tacra said...

emailkan pada saya dan saya bagi no hp, harga rm115-120 siap poslaju

Anonymous said...

bang leh terangkan perbezaan minyak fully / semi sintetik ni?mane ok untuk enjin wira?kalo gune mineral ape kesan dia?tq

Anonymous said...

abg jeff...sy da emailkan kat email ni...tacramivec@yahoo.com

Anonymous said...

Bro, tu engine oil treatment okay tak kalau pakai kat enjin..?

Anonymous said...

sory bro, i mean engine oil treatment TUFOIL.. bagus tak kalau guna kat enjin..?

jeff_tacra said...

Brand tufoil ok jugak dan boleh pakai

budin said...

salam abg jeff, maaf bertanya,simpang tajuk.. boleh ke nak buat flush minyak enjin guna prestone engine flush? apa pro n kontra nya buat engine flush ni? member saya kata nnt bleh rosakkan dalaman enjin. mintyak tlg bg pendapat sket. tima kasih

initiald86 said...

salam....ada tak oil filter 4g91 original dari mitsubishi

jeff_tacra said...

oil filter brand mitsubishi memang ada jual kat spare part, ketulinan part tersebut tidak pasti

initiald86 said...

lagi 1 nak tanya....2 minggu lepas kereta saya baru siap top overhaul, lepas tu baru2 ni saya nampak ada kesan minyak hitam kat bawah gearbox tu, tapi bila check balik dekat nut untuk masuk dengan nut untuk keluar minyak gearbox tak bocor. tapi bila tengok dari atas permukaan gearbox ada berminyak sikit. boleh bagi tau apa masaala dia, kemungkinan 0-ring dekat distributor bocor? atau sebaliknya?

harap boleh bagi review sikit sebab saya mentah lagi dalam bidang mekanik ni hehehe.
terima kasih.

jeff_tacra said...

sekiranya o-ring distributor bocor boleh nampak kesan minyak di sekitar bahagian bawah distributor tersebut. kalau nampak kesan minyak pada bahagian bawah gearbox terutamanya antara gearbox dengan blok enjin, ini merupakan kebocoran oil seal flywheel, so kalau confirm masalah ni, kena turunkan gearbox bagi menggantikan oil seal tersebut

wan4130 said...

As salam.. ade kesan negatif tak tuang oil treatment then enjin treatment time tukar minyak itam?

initiald86 said...

ok. terima kasih

MOHD RIZAL said...

assalamualaikum....minyak enjin 10/40 sesuai untuk enjin 4g91

MOHD RIZAL said...

maksud saya sesuai atau tidak dengan enjin 4g91

MOHD RIZAL said...

maksud saya sesuai atau tidak dengan enjin 4g91

MOHD RIZAL said...

assalamualaikum....minyak enjin 10/40 sesuai untuk enjin 4g91

emelda Wana said...

D manakah sukatan level gearbox auto wira

Fakri Rosli said...

sy nk order engine treatment tu..mcmnana ye bos?