bersua kembali... kali ini ialah proses penukaran minyak enjin dan oil filter yang sudah biasa dilakukan oleh kebanyakan pemilik kereta. penukaran ini dilakukan pada enjin mitsubishi 4G91
terlebih dahulu jack kereta seperti yang ditunjukkan, boleh juga jack kat crossmember bahagian hadapan bawah enjin
buka nat oil sump/oil pan bersaiz 17mm dan tadah minyak tersebut dengan bekas yang sesuai
buka penutup minyak enjin
gunak oil filter cup untuk membuka oil filter
ini kedudukan oil filter 4G91 yang tersorok pada bahagian tepi extractor berhampiran dengan motor power steering. kalau guna tool biasa agak sukar sedikit untuk membuka oil filter ini
ini kedudukan oil filter 4G91 yang tersorok pada bahagian tepi extractor berhampiran dengan motor power steering. kalau guna tool biasa agak sukar sedikit untuk membuka oil filter ini
oil filter yang dikeluarkan
saya cadangkan owner kereta ini memasukkan engine treatment memandangkan enjinnya agak lama. penggunaan treatment ini amat baik sekali dan saya sendiri telah menggunakan engine treatment ini semenjak mula convert enjin dulu. penggunaan treatment ini bagi setiap 50k mileage dengan harga rm90 sebotol. bagi sesiapa yang memerlukannya saya boleh mendapatkan minyak ini dan pos dengan kadar rm5 sebotol. harus diingat ini bukannya oil treatment tapi ini merupakan ENGINE TREATMENT iaitu ia menyaluti lapisan metal supaya pergerakan jadi lebih berkesan
pasang oil filter dan ketatkan secukup rasa
masukkan engine treatment