Wira Rear Wheel Bearing

entri kali ini menunjukkan bagaimana cara menukar rear wheel bearing/hub bagi kereta wira atau lebih kurang sama bagi sesiapa yang menggunakan set disc brake mitsubishi. bearing kalau dah lama akan rosak dan tanda awal boleh dikesan apabila kita mendengar bunyi dengung pada bahaian bearing berkenaan dan lama-kelamaan beraring akan rosak terus dan boleh mengakibatkan kerosakan komponen yang lain


rear wheel bearing/hub original wira brand NSK dengan harga rm120 satu. sebenarnya ada beberapa pilihan lain di kedai spare part dengan harga sekitar rm60 - rm80 setiap satu, pilihan di tangan anda


terlebih dahulu pusing arah lawan jam nat pada parking brake untuk memudahkan kita membuka cable handbrake pada caliper nanti. pusing nat 10mm ini tapi jangan sampai tercabut


buka klip dan buka cable handbrake seperti ini


jongket caliper dengan membuka nat 12mm terlebih dahulu


keluarkan pad dan buka 2 biji nat 14mm untuk membuka keseluruhan caliper


apabila caliper dibuka barulah kita boleh menanggalkan rotor disc, tarik keluar sahaja disc berkenaan


umpil penutup hub untuk membuka nat berkenaan


gunakan box bersaiz 30mm untuk membuka nat hub


keluar kan bearing/hub


bearing telah ditarik keluar


bearing/hub yang baru


baru brand NSK dan lama brand KOYO, semuanya made in japan


yang lama di sebelah kanan tu dah mengeluarkan bunyi, bermakna dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru


masukkan bering/hub baru dan pasang kembali seperti mana asal. pasang caliper, cable handbrake, disc, penutup hub dan lain-lain yang berkaitan


siap sepenuhnya dan jangan lupa ketatkan kembali nat 10mm pada handbrake kat konsol tengah tadi

sekian, terima kasih
jumpa lagi

21 comments:

Anonymous said...

slmm..boh..
kalu hok pakai drum pulok lagu mano tuhh..
...

jeff_tacra said...

drum pun pakai hub ni jugak, plug & play je

nieerz said...

bro pernah x bt diy dashboard ck masuk satria kalu leh x pos.. nk pasang la bro..

landak said...

Salam alaik. Jika pakai disk brake gsr 114.3 bagaimana pula? Ada jual ke bearing/hub yang baru? Terima kasih atas makluman.

Anonymous said...

salam,,,bro kalu bunyi mcm "kruk3" kt area blkg tu pn msalh bearing jgk ya?

jeff_tacra said...

bukan masalah bearing, ni macam masalah lower arm

Anonymous said...

Salam Bro jeff..1st sy nk ucapkan trima kasih kerana melalui blog bro sy berjaya DIY tukar bearing belakang.. Sya guna brand KOYO Rm100 sebiji tukar kiri kanan... tp nk tanya klu ketatkan nut size 30 tu terlalu ketat x per ker? Coz masa buka mcm x ketat sgt.....

http://www.azriblogspot.com said...

Tukor tu wape ya?

Anonymous said...

salam brader jeff,
nape kereta kita bawa laju lebih dari 70 di highgway ada bunyi macam kipas berpusing?makin laju kita bawa makin kuat bunyinya..tapi yg pasti bukan bunyi bearing...(mengikut cerita forum2)
harap dpt bantu saya selesaikan maslah kereta saya ini.TQ

bobo mivec said...

salm bro jef

saya nampak ada 2 post untuk ni..wira rear wheel bearing dengan rear wheel hub punya post benda yg sama ke?..kereta saya bila bawak 100km/h keatas nanti akan bunyi berdengung..adakah disebab kan bearing? lebih baik tukar yg rosak atau tukar dua2?

jeff_tacra said...

Sama je. Le kalau dah bunyi berdengung bermakna bearing dah rosak, so boleh tukar yang rosak tu je dulu

Anonymous said...

Masa pasang bearing tue, (yang baru.) Perlu di sapu minyak gris? Ke pakai je terus x payah letak gris.

jeff_tacra said...

tak perlu letak apa-apa gris, just pasang dengan yang baru. bearing baru biasanya dah ada lubricant

Anonymous said...

Terima kasih.. Projek Esok Pagi.. Tunggu Jawapan dari sifu

Anonymous said...

Baru berani buat.. heheh

man sal said...

assalam bang jeff,kalau tukar bearing yang pakai 4wd blakang sma juga ke dgn yg bkn 4wd?

fadlhi khalid said...

klau drum pnye bearing mcm mne.

jeff_tacra said...

drum belakang wira pun guna bearing jenis ni, sama je bering antara drum atau yang guna disc belakang. berlainan dengan yang menggunakan 4wd seperti evo punya, bearing jenis press seperti bearing depan

khairul said...

Bro.sy pkai wira 1.6.kete wira blh masuk waja pnye wheel bearing x?igt nk tkar pcd.tggl tebuk luband disc je t.jimat kos.

ad mad said...

Assalam bro Jeff. Kalo saya nak tukar bearing hub 114.3 ke 100 boleh ke?? disc belakang stock 114.3

adie78 said...

Salam bro jeff....

Tiga bulan lalu, saya telah menukar bearing hub wira sy di bahagian kanan. Baru-baru ni saya dapati bearing tersebut telah rosak semula di bahagian yang sama. Menurut pandangan bro, apakah punca kerosakan tersebut?