Wira Rear Wheel Bearing

entri kali ini menunjukkan bagaimana cara menukar rear wheel bearing/hub bagi kereta wira atau lebih kurang sama bagi sesiapa yang menggunakan set disc brake mitsubishi. bearing kalau dah lama akan rosak dan tanda awal boleh dikesan apabila kita mendengar bunyi dengung pada bahaian bearing berkenaan dan lama-kelamaan beraring akan rosak terus dan boleh mengakibatkan kerosakan komponen yang lain


rear wheel bearing/hub original wira brand NSK dengan harga rm120 satu. sebenarnya ada beberapa pilihan lain di kedai spare part dengan harga sekitar rm60 - rm80 setiap satu, pilihan di tangan anda


terlebih dahulu pusing arah lawan jam nat pada parking brake untuk memudahkan kita membuka cable handbrake pada caliper nanti. pusing nat 10mm ini tapi jangan sampai tercabut


buka klip dan buka cable handbrake seperti ini


jongket caliper dengan membuka nat 12mm terlebih dahulu


keluarkan pad dan buka 2 biji nat 14mm untuk membuka keseluruhan caliper


apabila caliper dibuka barulah kita boleh menanggalkan rotor disc, tarik keluar sahaja disc berkenaan


umpil penutup hub untuk membuka nat berkenaan


gunakan box bersaiz 30mm untuk membuka nat hub


keluar kan bearing/hub


bearing telah ditarik keluar


bearing/hub yang baru


baru brand NSK dan lama brand KOYO, semuanya made in japan


yang lama di sebelah kanan tu dah mengeluarkan bunyi, bermakna dah sampai masa untuk ditukar dengan yang baru


masukkan bering/hub baru dan pasang kembali seperti mana asal. pasang caliper, cable handbrake, disc, penutup hub dan lain-lain yang berkaitan


siap sepenuhnya dan jangan lupa ketatkan kembali nat 10mm pada handbrake kat konsol tengah tadi

sekian, terima kasih
jumpa lagi