2nd Car (Updated)

Bersua kembali, kali ini saya update sikit kereta ke-2 (viva 1.0 litre auto). agak lama tak terdapat beberapa penambahan sedikit untuk memantapkan lagi pengendalian kereta ini dan sedikit sebanyak ada lah perubahan daripada standard


perodua viva 1st batch 1000cc auto ivory white, dah 3 tahun lebih pakai, not bad, praktikal sangat terutamanya di bandar dan semasa jem


rim 14" je pakai


brand bridgestone 14" x 6jj offset 38 made in japan, beli rm400 satu set dan respray balik menggunakan cat spray tin je


set brake myvi (passo) iaitu disc rotor dan caliper, plug & play kat viva. tak perlu mod apa-apa


spring CUS (comfort uncle spring) made in malaysia, best spring ni sebab tak rendah dan tak tinggi sangat, naik 3 orang kat belakang pun tak mendap lagi. asal spring ni putih tapi sebelum pasang spray dulu color merah


headlamp yang telah digelapkan, dah 3 tahun pakai masih cemerlang


ATF oil cooler toyota dan kipas untuk condenser


pedal LEVOC beli kat halfcat


nardi torino steering pun beli kat halfcut RM250


head unit pioneer yang berusia hampir sepuluh tahun, sebelum ni pasang kat wira


speaker bantal ECLIPSE 3 way


VIPER alarm


lagi pandangan speaker ECLIPSE lampu biru tapi lampu tak sambung pun


ultra racing strut bar


lastly rear anti roll bar, recommended bagi pemilik viva

sekian, terima kasih
jumpa lagi