bersua kembali... entri blog kali ini dipaparkan bagaimana memasang atf cooler bagi gearbox auto. pemasangan oil cooler ini sangat berguna kerana ia membantu menyejukkan minyak gear auto dengan berkesan. standard cooler minyak auto ini ialah pada bahagian bawah radiator kereta
saya mendapatkan atf cooler dari TOYOTA, tak pasti kereta jenis apa dengan harga rm150 serta dengan hose sekali. jangan gunakan oil cooler yang besar kerana pusingan minya auto menjadi agak lambat. saya dapatkan cuma yang 5 row sahaja
pastikan semasa memilih oil cooler ambik yang condition cantik lagi, fin rosak tak apa asalkan janga rosak row kerana kemungkinan akan berlaku kebocoran
saya cuma gunakan cable tie yang besar sahaja kerana tak nak tebuk lubang kat frame kereta
selepas siap pasang, terlebih dahulu cek level minyak gear auto dan tambah minyak gear mengikut sukatan yang sepatutnya. start kereta dan biarkan idling beberapa ketika sambil cek pada sambungan yang telah dibuat tadi untuk mengesan kebocoran. matikan kereta dan cek level minyak gear sekali lagi
sekian, terima kasih jumpa lagi