Auto Transmission Oil Cooler

bersua kembali... entri blog kali ini dipaparkan bagaimana memasang atf cooler bagi gearbox auto. pemasangan oil cooler ini sangat berguna kerana ia membantu menyejukkan minyak gear auto dengan berkesan. standard cooler minyak auto ini ialah pada bahagian bawah radiator kereta


saya mendapatkan atf cooler dari TOYOTA, tak pasti kereta jenis apa dengan harga rm150 serta dengan hose sekali. jangan gunakan oil cooler yang besar kerana pusingan minya auto menjadi agak lambat. saya dapatkan cuma yang 5 row sahaja


pastikan semasa memilih oil cooler ambik yang condition cantik lagi, fin rosak tak apa asalkan janga rosak row kerana kemungkinan akan berlaku kebocoran


setelah dibasuh dan dispray hitam


potong pipe asal dengan pipe cutter


dah siap potong


sambung dengan hose tambahan


hose tambahan siap dipasang untuk disambungkan pada hose asal kat kereta


saya cuma gunakan cable tie yang besar sahaja kerana tak nak tebuk lubang kat frame kereta


diagram yang saya gunakan ketika memasang oil cooler


kemaskan pemasangan supaya tidak bergerak atau bergegar


sambungan pada hose gearbox, pastikan klip dipasang


sambungan hose pada bahagia radiator iaitu cooler asal


kedudukan pada kereta viva auto


pasang bumper, kedudukan oil cooler pada bahagian depan condenser

selepas siap pasang, terlebih dahulu cek level minyak gear auto dan tambah minyak gear mengikut sukatan yang sepatutnya. start kereta dan biarkan idling beberapa ketika sambil cek pada sambungan yang telah dibuat tadi untuk mengesan kebocoran. matikan kereta dan cek level minyak gear sekali lagi
sekian, terima kasih jumpa lagi