paparan kali ini ialah bagaimana cara hendak menukar boot driveshaft yang telah koyak. kereta berenjinkan 4G91 ini telah menampakkan gris pada ruang enjin iaitu sekitar bawah servo brake dan bila di periksa didapati boot driveshaft pendek (bahagian gearbox) telah putus. sudah menjadi perkara biasa apabila boot ini mengalami kerosakan
setelah driveshaft dikeluarkan memang ternyata boot ini telah putus dua
apabila ditarik kepala driveshaft dengan mudah dapat dikeluarkan
buka klip yang mengikat boot driveshaft
keluarkan boot lama pada kepala driveshaft
ini ialah bahagian batang driveshaft, jadi kena keluarkan dulu bearing berkenaan untuk mengeluarkan boot tersebut
gunakan playar seperti di atas untuk menanggalkan klip bearing
gunakan puller seperti ini apabila sukar hendak mengeluarkan bearing
tarik boot keluar dan sudah sedia dimasukkan dengan boot yang baru. harga boot kat spare part sekitar rm10 - rm15
apabila boot baru dipasang, terlebih dahulu masukkan gris sebelum memasang bearing
pasangkan bearing driveshaft
akhirnya masukkan kepala driveshaft
pasang klip boot, saya gunakan klip asal sebab masih lagi boleh dipakai
dah siap, sedia untuk dipasang pada kereta
sekian, terima kasih
jumpa lagi