4G9X power steering & Comp Belt

entri kali ni ialah mengenai bagaimana hendak menukar power steering dan compressor belt bagi enjin 4G9X. untuk makluman enjin 4G9X hanya memerlukan satu belt sahaja untuk power steering dan compressor. kod bagi putra/wira 1.8/mivec ialah 5PK1120 atau boleh jugak pakai 5PK1125

belt cap BANDO 5PK1125

terlebih dahulu buka tayar dan anda akan nampak cover plastic seperti ini yang menutupi bahagian tepi enjin sebelah kiri. buka 2 biji nat 12mm untuk membuka cover tersebut

apabila cover dibuka nampaklah tensioner bearing untuk belt power steering dan compressor, disebelah kanan pula ialah crank pulley dan kiri pulley compressor

sebelum belt dapat dikeluarkan, longgarkan nat power steering pump pada bahagian tepi bawah sebelah kiri pump, nat bersaiz 12mm
longgarkan pula nat 14mm iaitu nat adjuster power steering pump

buka nat 14mm kat tensioner bearing dan nat 12mm untuk adjuster bearing kat bahagian atas

masa ni bolehlah keluarkan belt berkenaan

keluarkan belt dari bawah kereta


belt dah sedia untuk dikeluarkan


belt lama dan baru

masukkan belt dari ataskemaskan balik nat mengikut urutan tadi. check ketegangan belt mengikut kesesuaian, jangan terlalu longgar dan jangan pula terlalu ketat. start kereta dan check mana-mana bahagian yang berkenaan

sekian, terima kasih
jumpa lagi