Air Fuel Ratio For VDO ECU

kepada pemilik wira/satria yang mempunyai ecu VDO dan jika anda ingin mengetahui bacaan air fuel ratio atau o2 sensor pada apexi auto timer pen type maka saya paparkan bagaimana cara membuat penyambungan wayar dari timer ke ecu. terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. untuk pemasangan timer bolehlah rujuk kepada entri sebelum ini yang menunjukkan paparan khusus kaedah pemasangannya


inilah apexi auto timer pen type yang mempunyai reading untuk air fuel ratio dan o2 sensor. kali ini saya telah memasangnya pada wira 4g13 vdo dan segalanya berfungsi dengan cemerlang. pastikan timer yang anda beli itu betul-betul original apexi kerana function ini tidak ada pada timer cap ayam. maksudnya reading o2 dan afr pada timer cap ayam hanyalah statik dan tidak berubah


selak karpet pada bahagian co-pilot seperti dalam gambar dan pada bahagian tepi dinding itulah letaknya ecu kereta wira atau mitsu. gunakan spanar 10mm untuk mengeluarkan ecu


keluarkan ECU dengan menariknya ke bahagian bawah


inilah rupa ECU VDO wira 4G13/15


lagi gambar ECU


inilah wire yang perlu di 'tap' pada wire ecu nanti iaitu wire output dari timer, putih akan di'tap' ke o2 sensor wire pada ecu manakala hitam akan di'tap' pada ground ecu


untuk mengenal pasti wayar pada ecu iaitu - bagi wayar o2 sensor, dapatkan wayar warna putih yang kedudukannya sekali dengan wayar hitam + kuning. ini bermakna wayar o2 ini digabungkan sekali dengan wayar hitam + kuning (dibalut dengan tape hitam). manakala wayar ground untuk ecu pula sila dapatkan wayar hitam yang paling besar pada ecu


tapkan wayar dari timer tadi (wayar hitam dan putih)


ini wayar o2 sensor, anda boleh lihat kedudukannya sekali dengan wayar hitam + kuning


ini wayar ground ecu (wayar paling besar)


dah siap di sambung


close-up sambungan o2 sensor wire, sory gambar blur sikit


close-up sambungan ground


bila dah siap, tape dengan kemas


sekarang sambungkan semula terminal negatif bateri dan hidupkan kereta anda. anda perlu berjalan dulu sekitar 1km atau 1.5km barulah bacaan air fuel ratio dan bacaan o2 keluar pada paparan timer

selamat mencuba
terima kasih

41 comments:

azlan said...

bro tacra, ada pinout ecu mmc x?saya cari x jmpa..

lg 1, kalo ecu mmc sama jgk ke warna wire?

mcm mana nk cari wire ecu..contohnya mcm wire o2 ngan rpm..boleh tap guna voltmeter ke?

tq..

jeff_tacra said...

nak tau o2 wire kat ecu mmc dah ada dalam entri blog saya sebelum ni, try cari. kena ada diagram jugak untuk mengetahui kedudukan wire, kalau guna multimeter pun boleh tapi payah sikit

Anonymous said...

bro jeff, kalau tap ke wiring 02 sensor di bahagian enjin pun boleh jugak kan?...

Anonymous said...

bro tacra apa fungsibenda ni macamana bacaannya..

jeff_tacra said...

betul... boleh dapatkan signal o2 dari wayar sensor dalan ruang enjin

jeff_tacra said...

air fuel ratio ialah bacaan campuran pembakaran minyak dengan angin di dalam enjin, bacaan yang paling ideal ialah 14.7

yozz said...

salam bro, kalo bacaan paling ideal utk o2 sensor?

jeff_tacra said...

dah jawab kat atas tu...

Mimiswarsha said...

maaf bertanya abg jeff,lau 4g13 carb ada ecu tak?
masih newbie lagi..eheeh.sya ada pasang timer,just
bacaan bateri ngn timer je yg function,bila select a/f keluar no apa tah..tk gerak..

jeff_tacra said...

enjin carb tak ada ECU... bacaan a/f tak gerak sebab pakai timer apexi imitation kot

Anonymous said...

salam, bang wayar smua dh tapkn. tp kt sensor o2 yg kt enjin. bacaan tak bergerak pn....indictor asik berkelip je merah ngan hijau

jeff_tacra said...

timer ori atau fake punya. kereta apa ni

Anonymous said...

salam bro tacra.compius la.afr 14.7 tu masa idling @ masa kete tgh bergerak?

jeff_tacra said...

masa idling biasa set sekita 14.7 - 15.0
tengah cruising - 14.6 - 14.8
masa tarik - 13.5 - 14.00
masa WOT - 12.5 - 13.0
ni untuk enjin NA

Mohd Azrul said...

Macam mana nak tau ori atau tak ori?

jeff_tacra said...

kalau ori bisanya setiap wayar ada calitan, kira macam color tak solid

tom said...

salam bang jeff,first time bertanya..dh bc bynk entri abg..sempoi betul..nk tanya pasal alza,saya dh pasang timer apexi pen type tp waktu dlm timer tk boleh on alarm...mcm mana nk settlekan hal nie ya?terima kasih bnyk2 sbb kongsi

tom said...

salam bang jeff,tumpang tanya.saya pasang timer apexi pen type kt alza saya tp waktu timer saya tk boleh on alarm,mcmana nk settle kn hal ni ya?terima kasih bnyk2 sbb kongsi

jeff_tacra said...

kunci pada posisi on, cari wire alarm yang supply 12v masa on kunci, bukan yang constant 12v. dah jumpa potong wayar tu dan wayar dari modul alarm tu tap ke wayar acc kat suis... selesai

Anonymous said...

salam.. saya pakai iswara 1.3 bolt uprade injection 1.5 mmc wiring. banyak soket tiada penyambungan. cuma menggunakan power utk menghidupkan engine sahaja. ekzos sensor tiada,radiator sensor pun tiada. rpm dan lain2 semua guna wiring asal pada kereta.jd skrg sy pakai 2 wiring pada kereta. adakah akan berlaku apa2 effect pada kereta sy?

Unknown said...

masa idling biasa set sekita 14.7 - 15.0
tengah cruising - 14.6 - 14.8
masa tarik - 13.5 - 14.00
masa WOT - 12.5 - 13.0
ni untuk enjin NA

utk enjin turbo contoh gsr mcm mane plak bang? ingin bljr

Anonymous said...

abg jef..nk tnya sy pakai wira vdo dan sudah tukar meter lancer,tp rpm nya x berfungsiyang lain berfungsi,knpa yek.apek kedai ckp wira vdo memg mcm tu,btl ke.

Wan said...

Bro Jefff,
wayar putih kat ecu tadi sesuai jugak ke kalau untuk pasang airfuel gauge?

Wan said...

ada sapa sapa tahu? apa beza ecu vdo 0654 ngan 0655?
kalau keta 1.3 aku tukar pakai vdo 0655 boleh ke?

Anonymous said...

salam bro jeff...
nak tanya skit klau bcaan AF 14.x-15.0 semasa begerak, brapa plak bcaan 02?...bcaan AF dan O2 tidak samakan?....

jeff_tacra said...

dah kira ok kalau bacaan macam tu. bacaan af ratio dengan o2 memang beza iaitu af ratio bacaan nisbah campuran antara minyak dengan angin manakala o2 pula dalam bentuk voltage yang diambilkira oleh ecu untuk supply minyak ke enjin

Anonymous said...

Abg Jeff......Kereta saya wira auto 1.5,original ecu saya kod 0655,akibat sudah rosak saya tukar ke kod 0654.Ada apa2 masalah di kemudian hari tak akibat pkai kod tak sama dgn yg asal.Dan apa beza diantara kedua-dua kod tu..

Che Hayati said...

askum abg jeff_tacra..kwn nk tny,,ape kaler wire tok rpm(ecu vdo 1.5 auto)??

Ikhwan Zulkifli said...

askum bro. kalau myvi boleh pasang x utk a/f dgn o2?

Rafiq said...

salam abg tacra, kalu saya nk buat sambungan timer ni , connect incoming supply,ground dgn o2 sensor tanpa connect ECU boleh ke? cadang nk set kat motor (carb).. harga ori utk yg ni brapa?

jeff_tacra said...

boleh buat tanpa gunakan function 02 tu, wiring macam biasa

GKWong said...

Hi bro jeff I punya Wira tahun 2002, I tak dpt cari ECU itu. Ia ada kat sebelah tepi tempat passenger?

jeff_tacra said...

kedudukan ecu kereta proton seperti wira/satria/putra sama sahaja iaitu bahagian tepi dinding kiri dalam dashboard seperti gambar yang ditunjukkan di atas

mohd ruzairi mohd razali said...

askm sy ingin bertanya, waja 1.6 auto tahun 2002 kedudukan ecu nya di bahagian mana?

Khairul Din said...

abg Jeff. keter saya wira 1.5 manual tp saya pakai ecu 1.5 auto. Ada effect mender2 dok. mcm minyak kuat ke. Nak beli xmampu pkai yg irg jela huhu...

Anonymous said...

salam...mybe post ni active lg x? saya Mie... nak tny sikit, saya ada pasang timer ni, mslhnya timer dia jadi sekali je, lepas tu bila sy switch off, meter timer jalan, tp enjin mati.. ekon + acc sume jalan.. kira current masih berjalan selagi xhbs countdown.. harap bro dpt tlg...

Hafiq Haikal said...

Kete sy pon pnh jd cmtu mse sy pki hks turbo timer clone..tuka yg ori xde mslh lg..bnde tu jd sb transformer yg local xckup kuat nk supply api mse kite of kinci..cube of by step..ataupon tuka pd yg ori

Hafiq Haikal said...

Kete sy pon pnh jd cmtu mse sy pki hks turbo timer clone..tuka yg ori xde mslh lg..bnde tu jd sb transformer yg local xckup kuat nk supply api mse kite of kinci..cube of by step..ataupon tuka pd yg ori

ugesan sabitra said...

Berape harga ECU BARU Dan second-hand? Wira 1.3

akmal said...

wira 15 kabrater nk msuk wiring vdo ada kh wiring yg dlm desboard nk kena tukar skali msuk atau ada cara lain ke

Mohd Azuan said...

bos..dgn bos ad x wiring wira 1.5 mmc..