EVO Map lamp / roof lamp

bertemu lagi... entri blog kali ini ialah mengenai pemasangan map lamp atau roof lamp mitsubishi evolution di roof perodua viva. aga mudah juga diy ini kerana tidak memerlukan kerja-kerja teknikal yang sukar, cuma tebuk roof dan wiring positif dan negatif sahaja. ikuti lang-langkah di bawah bagaimana cara pemasangan yang dilakukan


inilah rupa map lamp evo, saya tak pasti dari evo berapa, kemungkinan evo3. ceraikan permukaan hadapan dengan housing belakang untuk membuat lakaran atas kertas tebal bentuk acuan yang akan dipotong pada roof nanti


ini ialah lakaran yang dibuat berpandukan permukaan hadapan map lamp tersebut. lakaran ini hendaklah dikecilkan sedikit daripada permukaan lamp itu supaya apabila pemasangan dilakukan nanti akan kemas dan tidak longgar pada roof viva


tebuk kertas tebal dan dapatlah bentu atau acuan yang dikehendaki


masukkan map lamp untuk menguji sama ada longgar atau ketat ataupun tak dapat masuk, kalau berlaku masalah sedemikian kena trim sedikit bahagian tepi acuan tersebut


pasangkan kembali cover hadapan map lamp


tibalah masanya untuk membuat lakaran dengan pensil pada permukaan roof kereta. buat acuan dengan tepat dengan mengambil kira kedudukan yang diperlukan. jangan terlalu ke hadapan kerana bahagian bawah dalam roof ada besi bumbung, takut nanti tak dapat masuk dengan sempurna pada tempatnya


potong dengan berhati-hati agar betul-betul mengikut lakaran yang dibuat. kelihatan bahagian dalam terdapat besi bumbung, sebab itulah kalau terlalu ke hadapan sudah pasti map lamp tidak dapat dipasang dengan sempurna



masukkan housing map lamp


masukkan cover hadapan


dah siap pasang map lamp kat roof, sebelum itu pastikan wire positif dan negatif disambung pada map lamp dan hulurkan melalui lubang yang ditebuk tadi dan keluarkan wiring pada bahagian hadapan roof seperti gambar di atas


masukkan wiring ke bahagian dalam roof pada bahagian windscreen


buka pillar hadapan untuk laluan wiring sehingga ke bahagian dashboard


ini bahagian dalaman dashboard, tap wiring 12v ke wire direct 12v HU atau radio dan ground wayar negatif ke mana-mana bahagian besi chasis kereta


test map lamp anda, seharusnya dapat berfungsi dengan baik seperti ini


dah siap sepenuhnya, bergaya dengan map lamp evo

sekian, terima kasih
jumpa lagi

SAFC2 Installation (4G9X)

bersua kembali... kali ini saya paparkan mengenai bagaimana memasang SAFC2 (super air flow converter) pada enjin yang berkod 4G9x, ini bermakna pemasangan ini boleh dilakukan pada enjin 4g91 (1.5 dohc), 4g92 (1.6 dohc atau sohc) serta 4G93 (1.8). ikutilah bagaimana cara memasang, kerja-kerja wiring dan sedikit setup pada alat berkenaan


sebelum memasang pada kereta ketika anda membeli safc ini terutamnya bagi yang membeli barangan terpakai terlebih dahulu hendaklah mencubanya sama ada berfungsi atau tidak, boleh on atau sebaliknya. ini boleh dilakukan dengan menyambung wayar 12v (merah) dan wayar ground atau negatif (hitam dan cokelat). kalau hidup bermakna alat ini ok dan kalau tak hidup kemungkinan alat ini ada kerosakan. kalau nak beli dan didapati wire kontot sahaja, faham-faham je lah kan...


ini ialah diagram ecu (ecu pinout) bagi kebanyakan enjin 4G9x iaitu ada 3 socket utama. socket 1 mempunyai 26 pin, socket 2 ada 16 pin dan socket 3 ada 22 pin. bulatan merah gambar dia atas ialah tempat penyambungan wayar dari safc ke ecu


ini pula ialah color code dan ke mana wayar berkenaan perlu di'tapping' pada wayar yang terdapat pada socket ecu sebagaimana yang dilabel pada wayar di atas. cuma wayar air flow sensor perlu dipotong dan warna oren wayar disambung ke wayar ecu ke enjin dan wayar pink ke wayar ecu, (rujuk gamabar di atas). kalau enjin mivec wayar orange dan pink ini tidak digunakan tetapi gunakan wayar white dan yellow sebab mivec menggunkan jenis pressure sensor (map sensor) manakala kalau 4G91, 92 dan 93 yang lain menggunaka air flow sensor (karman type)


sebelum kerja-kerja penyambungan wayar dilakukan terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri bagi mengelakkan linta pintas berlaku pada ecu anda ataupun kemungkinan lain yang berlaku tanpa kita sedari


buka panel atau cover blower bahagian bawah glove box, ada 3 klip kat situ


inilah rupa SAFC2 yang bakal dipasang nanti, beli 2nd dengan harga rm700 dan ada yang menjualnya sehingga rm850


pomen sedang mengeluarkan socket dari ecu (4G91)


socket kuning dari ecu


wayar mestilah dibuka penebatnya sedikit bagi membolehkan wayar dari safc di tap pada wayar tertentu sahaja


setelah selesai pastikan sambungan wayar kemas dan kemudiannya balutlah dengan tape hitam untuk elektrikal dan kalau boleh gunakan tape yang bermutu supaya tidak terkeluar atau tercabut dalam jangka masa yang lama, saya menggunakan black tape 3M yang terbukti mutunya tapi pastikan beli yang original


pomen sedang melakukan kerja-kerja mengemaskan kembali wayar pada ecu


apabila dah siap lakukan setting berikut, jangan terus start kereta tetapi kunci pada kedudukan ON sahaja. initial setup ini untuk enjin 4G91 atau mana-mana enjin mitsu yang menggunakan air flow sensor (karman type)

1. masuk ke menu "etc."
2. masuk ke "sensor type"
3. select "karman"
4. masuk "car select"
5. amik 4 cyl dengan anak panah mengarah ke atas

pegi menu balik
1. masuk ke "th-point"
2. yang ni untuk menentukan kat mana kita anggap low throttle dan kat mana kita anggap high throttle..., tak kesah la letak je dulu low - 30%, hi - 50%
3. masuk pulak ke "Ne point" - SAFC2 ada 12 correction points, so pilih 800, 1000, 1800, 2200, 3000, 3500, 4000, 4500, 5000, 5500, 6000, 6500

setelah segala initial setup ni selesai pastikan correction point kesemuanya dalam nilai 0, start kereta dan carilah tuner untuk tuning wideband dan sebagainya

selamat mencuba
terima kasih

Spark Plug Conditions

Keadaan spark plug kereta boleh menggambarkan kondisi sesbuah enjin. kita dapat tahu masalah enjin berdasarkan rupa spark plug sama ada enjin berkeadaan baik ataupun tidak. saya kongsikan keadaan spark plug ini untuk rujukan bersama-sama semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan untuk semua. (hanya cut and paste dari web)


common spark plug conditions (klik gambar untuk resize)


setelah hampir sebulan projek hybrid dijalankan, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. kali ini saya hendak melihat kondisi spark plug sama ada berkeadaan baik atau tidak. tool yang diperlukan untuk membuka spark plug mivec, untuk makluman tool ini sama dengan tool yang digunakan untuk membuka spark plug waja 1st batch


terlebih dahulu buka penutup atau cover plastik plug


cover plug dah dibuka


buka cable plug satu persatu


inilah plug yang saya gunakan


dah pakai lebih kurang 3 tahun tapi masih cemerlang


plug iridium


iridium iriway 7 yang sekarang masih boleh diperolehi dengan harga rm200 lebih


cylinder piston no 1


cylinder piston no 2


cylinder piston no 3


cylinder piston no 4

keseluruhannya amat memuaskan kerana rod kepala plug tidak terlalu hitam dan tidak terlalu putih. kelihatan lebih keperangan menunjukkan pembakaran di dalam cylinder berada pada tahap yang terbaik. kalau rod berkeadaan terlalu putih menunjukkan minyak kurang dan kalau rod berkeadaan hitam minyak terlalu banyak, rujuk pada jadual di atas sekali

sekian, terima kasih
jumpa lagi

Timing Belt Upper Cover

kepada pengguna mivec yang dihybridkan ke 1.8 sudah pasti cover timing belt bahagian atas ada gap antara cover bawah. keadaan ini boleh menyebabkan kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti jika termasuk batu dan sebagainya ke dalam ruang timing belt dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar juga. oleh itu di bawah ini ditunjukkan bagaimana cara menambah kepingan besi pada cover atas supaya menutupi keseluruhan timing belt sama seperti asal


potong shape bawah cover dengan kertas berukuran 1 inci lebar seperti di atas


buat lakaran shape tadi atas kepingan zink atau aluminium


potong kepingan zink mengikut shape yang telah dibuat


drill lubang untuk dipadankan dengan cover nanti


drill juga lubang pada bahagian bawah cover


spray hitam high temp


jemur dan biarkan kering seketika


pasang shape tadi kat cover pada bahagian bawah


gunakan hand rivet


dah siap


siap sedia untuk dipasang pada kereta


bahagian yang dirivet


siap sepenuhnya


pasang pada kereta dan check mana-mana bahagian supaya tertutup dengan rapat


tiada lagi gap antara cover atas dan bawah

sekian, terima kasih
jumpa lagi