Rear Anti Roll Bar

entri kali ini mengenai bagaimana pemasangan rear anti roll bar pada satria 4g13. untuk makluman kereta proton 1.3/1.5 tidak dipasang dengan rear anti roll bar, hanya kereta proton yang cc 1.6 ke atas sahaja ada arb ini. fungsi arb ialah untuk menstabilkan kereta terutama semasa kita mengambil selekoh kerana berat kiri dan kanan kereta akan distabilkan oleh arb ini dengan mengenakan tekanan yang hampir sama antara kiri dan kanan kereta. hasilnya kereta akan menjadi lebih mantap dan kurang body roll semasa memandu

kalau nak dapat set anti roll bar pastikan peralatannya cukup iaiatu, sepasang arm kiri dan kanan yang ada bracket stabilizer link, sepasang bracket untuk pemasangan bar pada chasis, sepasang drop link, sepasang bush & bracket dan bar tu sendiri


terlebih dahulu buka tayar dan buka nat 17mm (3 biji semuanya) untuk mengeluarkan arm lama dan bakal digantikan dengan arm baru


untuk memudahkan kerja, lapik jack di bahagian bawah arm kerana biasanya absorber akan menekan ke bawah dan ini agak menyukarkan apabila kita hendak mengeluarkan nat absorber


keluarkan arm lama dan gantikan dengan yang baru


arm kiri dah siap dipasang, masukkan juga bar dan pasang bracket serta drop link untuk bar berkenaan


perbezaan antara arm yang tiada arb ialah perhatikan arm yang baru itu terdapat satu bracket pada bahagian atas. bracket ini untuk menyambungkan hujung bar ke arm dengan menggunakan drop link


pasangkan pula arm sebelah kanan, sama dengan kerja-kerja yang dilakukan pada sebelah kiri tadi


ini rpa drop link yang dipasang antara bar dengan arm


ketatkan nat 17mm drop link secukupnya


pasangkan pula bracket untuk memegang bar dengan chasis kereta


ketatkan nat 12mm pada bracket


keadaan bar yang belum disambungkan dengan chasis


pasangkan bracket pada chasis


kedudukan bar dan bracket pada chasis kanan


dah siap sepenuhnya dan test kereta anda, tentu ada kelainan ketika memandu terutamanya semasa mengambil selekoh

sekian, terima kasih
jumpa lagi