SAFC2 Installation (4G9X)

bersua kembali... kali ini saya paparkan mengenai bagaimana memasang SAFC2 (super air flow converter) pada enjin yang berkod 4G9x, ini bermakna pemasangan ini boleh dilakukan pada enjin 4g91 (1.5 dohc), 4g92 (1.6 dohc atau sohc) serta 4G93 (1.8). ikutilah bagaimana cara memasang, kerja-kerja wiring dan sedikit setup pada alat berkenaan


sebelum memasang pada kereta ketika anda membeli safc ini terutamnya bagi yang membeli barangan terpakai terlebih dahulu hendaklah mencubanya sama ada berfungsi atau tidak, boleh on atau sebaliknya. ini boleh dilakukan dengan menyambung wayar 12v (merah) dan wayar ground atau negatif (hitam dan cokelat). kalau hidup bermakna alat ini ok dan kalau tak hidup kemungkinan alat ini ada kerosakan. kalau nak beli dan didapati wire kontot sahaja, faham-faham je lah kan...


ini ialah diagram ecu (ecu pinout) bagi kebanyakan enjin 4G9x iaitu ada 3 socket utama. socket 1 mempunyai 26 pin, socket 2 ada 16 pin dan socket 3 ada 22 pin. bulatan merah gambar dia atas ialah tempat penyambungan wayar dari safc ke ecu


ini pula ialah color code dan ke mana wayar berkenaan perlu di'tapping' pada wayar yang terdapat pada socket ecu sebagaimana yang dilabel pada wayar di atas. cuma wayar air flow sensor perlu dipotong dan warna oren wayar disambung ke wayar ecu ke enjin dan wayar pink ke wayar ecu, (rujuk gamabar di atas). kalau enjin mivec wayar orange dan pink ini tidak digunakan tetapi gunakan wayar white dan yellow sebab mivec menggunkan jenis pressure sensor (map sensor) manakala kalau 4G91, 92 dan 93 yang lain menggunaka air flow sensor (karman type)


sebelum kerja-kerja penyambungan wayar dilakukan terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri bagi mengelakkan linta pintas berlaku pada ecu anda ataupun kemungkinan lain yang berlaku tanpa kita sedari


buka panel atau cover blower bahagian bawah glove box, ada 3 klip kat situ


inilah rupa SAFC2 yang bakal dipasang nanti, beli 2nd dengan harga rm700 dan ada yang menjualnya sehingga rm850


pomen sedang mengeluarkan socket dari ecu (4G91)


socket kuning dari ecu


wayar mestilah dibuka penebatnya sedikit bagi membolehkan wayar dari safc di tap pada wayar tertentu sahaja


setelah selesai pastikan sambungan wayar kemas dan kemudiannya balutlah dengan tape hitam untuk elektrikal dan kalau boleh gunakan tape yang bermutu supaya tidak terkeluar atau tercabut dalam jangka masa yang lama, saya menggunakan black tape 3M yang terbukti mutunya tapi pastikan beli yang original


pomen sedang melakukan kerja-kerja mengemaskan kembali wayar pada ecu


apabila dah siap lakukan setting berikut, jangan terus start kereta tetapi kunci pada kedudukan ON sahaja. initial setup ini untuk enjin 4G91 atau mana-mana enjin mitsu yang menggunakan air flow sensor (karman type)

1. masuk ke menu "etc."
2. masuk ke "sensor type"
3. select "karman"
4. masuk "car select"
5. amik 4 cyl dengan anak panah mengarah ke atas

pegi menu balik
1. masuk ke "th-point"
2. yang ni untuk menentukan kat mana kita anggap low throttle dan kat mana kita anggap high throttle..., tak kesah la letak je dulu low - 30%, hi - 50%
3. masuk pulak ke "Ne point" - SAFC2 ada 12 correction points, so pilih 800, 1000, 1800, 2200, 3000, 3500, 4000, 4500, 5000, 5500, 6000, 6500

setelah segala initial setup ni selesai pastikan correction point kesemuanya dalam nilai 0, start kereta dan carilah tuner untuk tuning wideband dan sebagainya

selamat mencuba
terima kasih

71 comments:

Anonymous said...

pemasangan dah complete... tunggu masuk stage2 lok..

Anonymous said...

stage2 tu aper plak? tuning wideband ker? kebiasaan nyer tuner caj berapa rm untuk wiring safc @ e-manage + tuning wideband?

yentz said...

salam bro tacra....
sy nk pasang safc ni kt mivec...so sy kene gunakan wayar white @ yellow tu kn?...soalannya, sy nk taw wayar yg mana satu untuk disambung ke ecu dan yg mane satu ke enjin setelah kita potong wayar air flow sensor tu?

Anonymous said...

Salam,

Boleh upload DIY untuk basic service aircond tuk kancil 850? Contoh nak cuci filter & sewaktu dgnya?

Anonymous said...

stage 2 tu tuning wideband... tunggu hujung minggu depan... pomen bz minggu nih... sekarang masih belum setting... just sambung dan setting 0%

jeff_tacra said...

tuning wideband bergantung pada tuner, berapa charge yang dia kenakan tak pasti. kalau untuk mivec kena gunakan wayat white dan yellow. white sambung ke enjin (keluar dar iecu) dan yellow sambung ke ecu.

TurboBee said...

Biasa2 dlm 150 ke 200...

Anonymous said...

pas pasang benda ni performance kereta mmg meningkat ker?
kepada yg dah pasang leh kasi info sikit..

mangoax said...

kalo pasang kat ViVa ok tak SAFC2 nih??? agak2 brapa harge??

jeff_tacra said...

pasang kat mana-mana kereta injection ok, tapi kena tuning bagi betul

Anonymous said...

Salam,ecu satria 1.3 sama dgn 1.5 tak bro?kalo tukar piston 1.5 tp still guna ecu sama, dari segi fuelmap,timing,performance ade gangguan?

jeff_tacra said...

ecu 1.3 lebih kurang sama dengan 1.5 tapi maping dah lain sebab cc berbeza. masuk piston 1.5 boleh tapi kena ada engine management untuk tuning dengan lebih cantik lagi

ieman5332 said...

sy nk tanya...sy guna enjin 4g63 NA je...tp asyik jerk je klu rpm rendah mcm misfire...abis sume sensor dh tukar.. terbaru...pomen ckp airflow sensor rosak.... ...emmm klu guna AFC nie boleh ke bg menggantikan afc yg rosak?? selesai tak masalah sy?? sbb nk beli airflow sensor baru bukan murah beb.... mohon pencerahan...tq

jeff_tacra said...

air flow sensor tak sama sengan air flow converter. kena dapatkan air slow sensor jugak kalau benda tu rosak

ieman5332 said...

terima khasih ats pencerahan yg diberikan.....
jd klu dh masuk airflow meter yg baru,boleh le pkai SAFC nie yea.... klu enjin NA boleh ke?? apa kelebihannya....satu lagi,sy punya airflow meter part susah sgt nk dpt... kod 503 utk enjin 4g63...2.0..boleh ke modf guna Flow meter perdana ke,mivec yg 2.0 ....sbb sy tgok cuma saiz soket je lain...tapi bilangan wayar sama...... sbb sy ade dgr,ada org kata boleh convert guna flowmeter yg lain...
mohon pencerahan drp otai...

jeff_tacra said...

boleh pakai mana-mana airflow sensor asalkan dari keluarga mitsubishi. safc ni ialah super air flow converter iaitu nak menipu ecu dengan jumlah mana campuran minyak dan angin yang diperlukan oleh enjin, kiranya kita boleh menambah atau mengurangkan penggunaan minyak dengan mengubah kedudukan pada safc pada setiap rpm yang dikehendaki

din said...

salam bro..saya baru je beli safc 1....soalan saya sekarang ialah..boleh x bro jeff tolong ajar cara nak setting safc nie..sbb sy dapat manual betulisan jepun....x paham langsung..harap dapat tunjur ajar dari bro jeff

jeff_tacra said...

saya ada manual untuk saf1 dalam bahasa inggeris bentuk PDF, bagi email

din said...

tq bro..nie email saya din_010485@yahoo.com.my

din said...

bro sy ada kemuskilan sedikit tentang safc 5 button....saya nak pasng pada enjin 4g92 soch (wira 1.6)..masalah sekarang bila saya pasang lampu check enjin menyala n enjin terus mati....apakah penyebab masalah ini...adakah setting pada belakang safc 5 button tu salah...saya telah mengikut spec yg diberikan dalam manual..blh beri tunjuk ajar..

jeff_tacra said...

kemungkinan masalah ni berlaku akiba tapping wiring pad aecu tak betul. check semula wiring dan kena pastikan air flow wire tu tepat, kalau salah memang akan keluar check engine dan boleh mati

Anonymous said...

salam. bang leh tunjuk x diagram tuk wiring nak pasang volt meter

jeff_tacra said...

volt meter ada dua wire je untu bacaan volt. selebihnya mungkin wiring lampu. biasa volt wire hitam tap kat body kereta dan wire 12v tap kat wire acc kunci

Anonymous said...

bro saya belum lg menerima email dari bro untuk manual safc 1 blue screen..tq

din_010485@yahoo.com.my

Anonymous said...

salam..bro tmpg tnya ckit..sy pkai enjin 1.5 mmc..bleh x kalo saya nk msuk safc 5 button..sthu sy enjin jenis ni pkai sensor map n 5 button hnya ad wring utk air flow je kn..kalo x bley apkh engne mngmnt yg ssuai utk enjin sy..tlg jlskn ckit bro..??

jeff_tacra said...

1.5 mmc confirm boleh masuk safc, mivec pun guna map sensor

Anonymous said...

Salam bro.....Saya nak tanye bro tau x mcm mana nak pasang RSM pada viva 850.......Klu bro leh tunjuk cara.......plsss brooo,,,,,, Badscary@yahoo.com

Anonymous said...

Slm..mo tanya klu pasang pivot speed meter v cam na ya..coz ada sy tgk dia potong wayar dkat sensor trottle body....wayar hijau putih klu x clap..enjin (4g93)...balik2 tanya p dia ckp btul..tolong ya cinematech06@yahoo.com

man said...

diagram 4g91,92,93 nie sama x dgn 4g63 evo turbo...

Anonymous said...

salam..bro..sy nak cari diagram ecu perdana sei manual..nak pasang emanage blue..tapi ecu pin out x de..kalau boleh bro tunjuk cara ok jgk..10q isoptiplex@yahoo.com

Anonymous said...

bro, SAFC 1 and SAFC 2 sama ke wiring nye...

jeff_tacra said...

safc1 dan safc 2 wiring sama

Anonymous said...

Salam Jeff,
Saya dah pasang Apexi Neo utk 4G92, dan cuma nak tanya perlu atau tidak utk tambahan relay di ECU, ini kerana foreman yg pasang tu kata utk respon ketika Mivec buka, adakah betul dengan teori ini

jeff_tacra said...

tak perlu tambah relay

Anonymous said...

SALAM ABG JEFF......DEKAT MANA SAYA BOLEH DAPAT SOKET ECU TU....SBB TANPE SOKET TU XLEH NAK TUNING KMPUTER BOX........POMEN KATE NAME SOKET TU "DYNO SOKET"

sarol said...

salam abg jeff..
nak tanya untuk enjin mivec mana lagi sedap pakai safc atau vafc..

jeff_tacra said...

Pakai safc pun dah ok, vafc nak setting untu mivec agak sukar sebab vafc sebenarnya untuk vtec, wiring lain sikit

Anonymous said...

salam bang jeff.. kalau dah guna safc 5 buton pastu nak tukar ke safc 1 @ 2 nak kena buat wideban balik ke?

jeff_tacra said...

wssalam - kena buat wideband semula unutk setting safc tu

Anonymous said...

salam bro.. nak tanya... apa perbezaan antara super afc dan super itc...

jeff_tacra said...

afc untuk adjust air flow converter manakala itc untuk adjus ignition timing controller

papa mama said...

salam...abg jeff bleh setting safc2 x?basic setting dh buat cuma nk fine tuning gne wideband je...

jeff_tacra said...

saya tak buat pada kereta orang sebab wideband saya tu pasang kekal kat kereta saya

Anonymous said...

salam abg jeff nak tanya skit...
white wire kat afc tu nk sambung kat wayar ape kat ecu mivec..(kat soket 22p tu ke yg ada tulis airflow signal/presure signal)

Najib Zakaria said...

1.5 vdo wira bleh pasang x afc neo.ade org ckp xleh pasang.ssb utk ignition nye xleh nk tap

Izat Zin said...

salam bang jeff.... pin out ecu L2 same x dengan L5 ? saya nak pasang safc kat L5 . terime kasih

Izat Zin said...

ape kelebihan afc neo berbanding dengan safc2 ?
cadangan bang jeff plak yang mana 1 yang terbaik ?

Izat Zin said...

boleb bang terangkan serba sikit kebaikan safc2 dan afc neo?

venom gsr said...

salam tuan tanah, blh x wat thread diy utk e-manage plk... thanx..

jeff_tacra said...

afc neo correction point 16 manakala safc2 hanya ada 12 point sahaja. neo ada function tambahan untuk vtec

Zamani Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Anuar said...

salam cikgu...
safc2 pin out utk 4g61t ade x?

mohd hasrul hafizi mohd nasir said...

salam bro..ecu satria neo 1.6 blh pakai ke kat neo 1.3..

Kal John said...

as salam...sy ada safc 1..tp masalah nya button tak function...blh repair ke tidak ye???

jeff_tacra said...

wssalam, boleh repair, hantar kepada yang pakar

Kal John said...

owh...nk kata yg pakar mcm mn tu bro??dh byk kwn tny..tp xblh repair...tlg bro...

Mohd Azuandy Wandy said...

Salam bang. Sy pakai safc 1 kt l2s. Rpm jd gila. Kt meter rpm 1k tp kt safc dh 2k. Nape ye bang.

Mohd Azuandy Wandy said...
This comment has been removed by the author.
Kiong Sia said...

Bro 4g13p whr safc2 ecu wiring??thr...

Kiong Sia said...

Bro 4g13p whr safc2 ecu wiring??thr...

Juliey Meekariku said...

salam..nk tanya...safc2 saya ,bila masuk menu dec.air, x boleh back semula.hang disitu.hanya bleh tekan atas bawah je.mtk tolong nak buat macam mane?

Emie Akira said...

salam..
kalau wiring untuk 4g13, APM ecu camne bang.?
skali dgn setting dia.?

Rah za said...

Salam...bagaimana cara utk install afc neo pada suzuki swift sport bos?

Hidayatullah Ali said...

Salam abg jeff knpe safc rpm xturun2?th point boleh seting tp untuk high throltle xleh sseting sebb rpm xturun...adakah sambungan soket tu bermasalah atu safc tu yg rosak

Awok 25 said...

asalammualaikum abg....saya nak bertanya...

saya pakai mivec 1.6 dan mempunyai masalah pada map sensor....

boleh ker saya pakai map sensor 1.8 dan wireing tersebut mungkin akan berubah...

adakah boleh dan kalu boleh pakai map 1.8...
mintak abg berikan tunjuk ajar especialy dia punya wirering

alam boy5073 said...

salam bang..sy nk tnya lah..safc1 sy dia menyala..tapi dkt screen gelap..xklua pape..ttbe2 je...nsib baik sblom tu dh tuning cun2...tpi kt mne blh repair ye..sy ddok ipoh

alam boy5073 said...

salam bang..sy nk tnya lah..safc1 sy dia menyala..tapi dkt screen gelap..xklua pape..ttbe2 je...nsib baik sblom tu dh tuning cun2...tpi kt mne blh repair ye..sy ddok ipoh

Anonymous said...

salam bro jeff.wire oren afc neo tu sambung kat mana utk engine 4g18?

Unknown said...

Soket kete sy 1.6 sohc pin utk rpm tu kosong je kalau ikut dlm diagram,
Ke cucuk je wayar rpm kat situ

Unknown said...

Soket kete sy 1.6 sohc pin utk rpm tu kosong je kalau ikut dlm diagram,
Ke cucuk je wayar rpm kat situ

Anonymous said...

Salam sifu...untuk 4g15 mmc sambungan wayar sama macam mivec ke map sensor?? Oren dan pink tak guna??