SAFC2 Installation (4G9X)

bersua kembali... kali ini saya paparkan mengenai bagaimana memasang SAFC2 (super air flow converter) pada enjin yang berkod 4G9x, ini bermakna pemasangan ini boleh dilakukan pada enjin 4g91 (1.5 dohc), 4g92 (1.6 dohc atau sohc) serta 4G93 (1.8). ikutilah bagaimana cara memasang, kerja-kerja wiring dan sedikit setup pada alat berkenaan


sebelum memasang pada kereta ketika anda membeli safc ini terutamnya bagi yang membeli barangan terpakai terlebih dahulu hendaklah mencubanya sama ada berfungsi atau tidak, boleh on atau sebaliknya. ini boleh dilakukan dengan menyambung wayar 12v (merah) dan wayar ground atau negatif (hitam dan cokelat). kalau hidup bermakna alat ini ok dan kalau tak hidup kemungkinan alat ini ada kerosakan. kalau nak beli dan didapati wire kontot sahaja, faham-faham je lah kan...


ini ialah diagram ecu (ecu pinout) bagi kebanyakan enjin 4G9x iaitu ada 3 socket utama. socket 1 mempunyai 26 pin, socket 2 ada 16 pin dan socket 3 ada 22 pin. bulatan merah gambar dia atas ialah tempat penyambungan wayar dari safc ke ecu


ini pula ialah color code dan ke mana wayar berkenaan perlu di'tapping' pada wayar yang terdapat pada socket ecu sebagaimana yang dilabel pada wayar di atas. cuma wayar air flow sensor perlu dipotong dan warna oren wayar disambung ke wayar ecu ke enjin dan wayar pink ke wayar ecu, (rujuk gamabar di atas). kalau enjin mivec wayar orange dan pink ini tidak digunakan tetapi gunakan wayar white dan yellow sebab mivec menggunkan jenis pressure sensor (map sensor) manakala kalau 4G91, 92 dan 93 yang lain menggunaka air flow sensor (karman type)


sebelum kerja-kerja penyambungan wayar dilakukan terlebih dahulu tanggalkan terminal negatif bateri bagi mengelakkan linta pintas berlaku pada ecu anda ataupun kemungkinan lain yang berlaku tanpa kita sedari


buka panel atau cover blower bahagian bawah glove box, ada 3 klip kat situ


inilah rupa SAFC2 yang bakal dipasang nanti, beli 2nd dengan harga rm700 dan ada yang menjualnya sehingga rm850


pomen sedang mengeluarkan socket dari ecu (4G91)


socket kuning dari ecu


wayar mestilah dibuka penebatnya sedikit bagi membolehkan wayar dari safc di tap pada wayar tertentu sahaja


setelah selesai pastikan sambungan wayar kemas dan kemudiannya balutlah dengan tape hitam untuk elektrikal dan kalau boleh gunakan tape yang bermutu supaya tidak terkeluar atau tercabut dalam jangka masa yang lama, saya menggunakan black tape 3M yang terbukti mutunya tapi pastikan beli yang original


pomen sedang melakukan kerja-kerja mengemaskan kembali wayar pada ecu


apabila dah siap lakukan setting berikut, jangan terus start kereta tetapi kunci pada kedudukan ON sahaja. initial setup ini untuk enjin 4G91 atau mana-mana enjin mitsu yang menggunakan air flow sensor (karman type)

1. masuk ke menu "etc."
2. masuk ke "sensor type"
3. select "karman"
4. masuk "car select"
5. amik 4 cyl dengan anak panah mengarah ke atas

pegi menu balik
1. masuk ke "th-point"
2. yang ni untuk menentukan kat mana kita anggap low throttle dan kat mana kita anggap high throttle..., tak kesah la letak je dulu low - 30%, hi - 50%
3. masuk pulak ke "Ne point" - SAFC2 ada 12 correction points, so pilih 800, 1000, 1800, 2200, 3000, 3500, 4000, 4500, 5000, 5500, 6000, 6500

setelah segala initial setup ni selesai pastikan correction point kesemuanya dalam nilai 0, start kereta dan carilah tuner untuk tuning wideband dan sebagainya

selamat mencuba
terima kasih