Fender Side Signal Blink

ada dalam kalangan kita yang berminat untuk menjadikan fender side signal ikut on apabila lampu kereta dihidupkan. ini bermakna lampu signal kat fender turun hidup sebaik sahaja switch lampu dibuka, apabila lampu signal di on, signal berkenaan ikut berkelip seperti biasa tanpa apa-apa masalah. di bawah ini saya tunjukkan diagram yang tak seberapa yang saya buat, maklumlah... tak pandai lukis dengan menggunakan komputer tetapi sekadar boleh dijadikan panduan untuk semua


ini fender side signal mitsu sebab permukaannya rata, kalau wira ada keluar sikit


signal fender perodua viva


lampu kecil perodua viva yang perlu di'tap' dengan wire dari signal nanti


ini gambar socket lampu kecil perodua viva



ini lah diagram ringkas untuk panduan bagi menjalankan projek ini. pertamanya kenal pasti wire negative dan positive lampu signal, kebiasaannya bagi wira wayar negative berwarna hitam. wayar negative inilah yang perlu dipotong dan wayar yang dari bateri atau enjin kereta hendaklah dibalut dengan tape hitam. yang nak digunakan nanti ialah wayar negative dari signal itu sendiri



apabila dipotong, wayar negative dari signal hendaklah disambung ke wayar positive lampu kecil. kenal pasti dulu color untuk wayar positif lampu kecil dengan menggunakan multimeter atau test lamp. apabila dah jumpa, tap wayar negative dari signal kat situ dan kemaskan wire. dah selesai dan bolehlah test dengan membuka lampu dan on signal kereta anda


ni cara nak buka fender signal wira, gunakan skru driver yang dijolok melalui pintu kereta untuk membuka lock fender signal berkenaan


keluarkan signal


wayar hitam aka negative yang perlu dipotong


tap wayar yang dipotong tadi ke sini


kenalpasti wayar negative dan positive. tap wayar positive dari signal yang dipotong tadi


siap sepenuhnya, dah berjaya on semasa buka switch lampu dan berkelip bila bagi signal

sekian, terima kasih
selamat berpuasa