Driveshaft - Inner CV Joint

Entri kali ini saya ingin berkongsi satu problem yang biasa berlaku pada driveshaft dalam iaitu cv joint bahagian yang bersambung dengan gearbox. masalahnya kalau semasa kita drive terutamanya ketika kita floor pedal/tarik kereta akan bergegar bukan sahaja enjin bergegar malahan kita akan rasakan bahagian hadapan kereta kita bergegar, maka simpton ini berkait rapat dengan bearing dalam cv joint tu dah rosak. kemungkinan dah tercabut sama satu atau dua. kalau tercabut 3 sekaligus kereta tak dapat gerak langsung. tambahan pula semasa kereta nak mula jalan ada satu macam bunyi terhantuk kat area enjin


inilah inner cv joint driveshaft yang bersambung dengan gearbox. setelah bahagian knuckle dibuka perlulah dikeluarkan terus driveshaft ini untuk memudahkan kerja-kerja nanti. untuk keluarkan driveshaft dari gearbox, kat bahagian kepala driveshaft tu (celah kepala dengan gearbox) kita letak skru driver besar dan umpil dengan hentakan barulah clip dalam gearbox tercabut dan dengan ini driveshaft dapat dikeluarkan dengan mudah. tak boleh tarik batang driveshaft nanti akan tercabut batang tu sahaja


ni rupa yang dah terpisah dari gearbox


terlebih dahulu buka klip boot driveshaft dan tarik boot sehingga terpisah dari cv joint ini. apabila boot dikeluarkan tarik cv joint dari batang driveshaft dan akan nampaklah seperti dalam gambar di atas


kelihatan salah satu daripada 3 bearing driveshaft ni telah tercabut, hanya tinggal besi sahaja


sebab itu lah kita akan berasa gegaran yang kuat semasa memcut sebab kerosakan benda inilah yang menjadi penyebabnya. dah sampai masa tukar dengan yang lain


dah tercabut terus, bebola besinya pun dah lekat dan termasuk dalam boot driveshaft bersama dengan grease


gunakan jaw puller untuk mengeluarkan bearing ini


spare part dah dapat, cuma saya ambik dari driveshaft lama yang tidak digunakan lagi. benda ni tidak ada jual kat spare part kena beli sebatang driveshaft


pasang balik seperti asal dan kemaskan klip boot driveshaft supaya tidak berlaku kebocoran minyak grease. pasang pada kereta dan test kereta anda, tiada lagi gegaran semasa memandu

sekian, terima kasih
jumpa lagi