Lower Link (Tulang Anjing)

lower link atau lebih dikenali sebagai 'tulang anjing' dalam kalangan pomen atau kita sendiri menyebutnya dengan nama yang sedemikian. tulang anjing ini apabila dah rosak akan menyebabkan keluar bunyian yang tidak menyenangkan pada bahagian belakang kereta dan kita akan dengar seolah-olah bunyi dari bahagian seat belakang tepi dekat pintu apabila kereta bergerak. salah satu cara mengesan kerosakan ini ialah apabila boot kereta dihenjut dan semasa turun atau naik tu, ada bunyi sekitar bawah kereta. sudah sampai masanya untuk menukar dengan yang baru


sepasang tulang anjing mitsubishi dengan harga sekitar rm45.00 sebelah


wira atau waja sama sahaja, boleh pakai keduanya


kedudukan tulang anjin bawah pada kereta




buka 2 nat 14mm yang bersambung dengan trailing arm dan satu nat 17mm kat body kereta


prose membuka nat


tulang anjing telah dikeluarkan


ini rupa lower link aka tulang anjing


yang baru dan lama


perhatikan kedudukan lubang pada bush, dah senget




inilah yang menyebabkan keluarnya bunyi tertentu, bush dah rosak menyebabkan rod tengah bergesel dengan tepi




perbandingan dengan yang baru, lihat kedudukan lubang antara keduanya yang jelas nampak perbezaan disebabkan kerosakan. kereta ni dah 7 tahun kot tak tukar benda ni


nat 17mm untuk ejas chamber belakang, sama ada - atau +


proses pemasangan tulang anjing baru


ketatkan nat 17mm


apabila dah siap sepenuhnya, lebih baik buat allignment semula kerana dikhuatiri akan 'lari' dan tidak sama seperti kedudukan asal

sekian, terima kasih
jumpa lagi

61 comments:

Polis Karma said...

info yg brguna. TQ.

Anonymous said...

pakai yang adjustable ok x tulang anjing ni??

jeff_tacra said...

apa tujuan pakai yang adjustable. yang standard pun dapat ejas jugak

mr.q said...

nk bagi tayar senget terkangkang gaknyer,cam drift tu..hehe

Anonymous said...

salam jeff, biasa abg beli kt ane spare part kerete.. area k.terengganu

jeff_tacra said...

kedai sparepart di kuala terengganu, teong lean dekat shell, KS depan wisma guru. kedai tu area jalan pulau kambing

Anonymous said...

salam bro jeff
smlm sya tukar benda ni kat rumah
benda ni sebenarna ada banyak jenis kan.
salah satu ialah lubang tulang anjing yg nak masuk nat 17mm ada yang boleh gerak / blh adjust sendiri dan ada yg tak leh adjust (biasa kita pakai) betul tak. nak tanya apa fungsi klu jenis mcm tu. ada apa2 effec ke?
carlos

jeff_tacra said...

wsalam, biasa kalau barang ori proton atau aftermarket kat spare part lubang tu tak boleh gerak. yang ori mitsu boleh gerak, lebih baik pakai yang boleh gerak sebab benda tu akan turut gerak ikut pergerakan turun naik body kereta

mr.q said...

mitsu pon de due jniskn?cam evo pnyer rupe sbjik cam tulang anjing..katenyr lg tahan,btol ke?kt area s.alam de jual rm45,rm55 sbjik tuk pndek n pnjang..btol ke harge tu?tkut brang recond je

jeff_tacra said...

tak pernah jumpa lagi tulang anjing evo yang baru. biasa beli yang 2nd je, harga sekitar rm150 satu set (4 batang)

mr.q said...

ooo..oke2..de plak workshop offer tuka bush aje,xpayah tuka baru,ganti getah tu je..ok ke cmtu abg.jeff?tahan ke?

jeff_tacra said...

ada jugak pomwen yang tukar bush tu saje, biasanya masuk bush brand baik seperti R3 dan sebagainya

mr.q said...

abg.jeff..bush r3 tu de jual lg ke?kt mne?abg.jeff tau mne nk crik bush yg baik dri yg stendet ni?

jeff_tacra said...

boleh cuba bush super pro, kalau kat KL selalu ada jual, try survey

mr.q said...

bang jeff,baru je tuka set tulang anjing pnjang pndek brand mitsu..rm170 sume,kne upah pasang rm80,sebla(pnjang pndek rm40)oke ke harge?tp msih bbunyi lg la.agak2 bush mne plak kene tuka ek?depan blakang de bunyi..huhu

jeff_tacra said...

kadang-kadang bunyi kat bahagian absorber, rod atau strut pun boleh menyebabkan bunyi apabila bergesel dengan absorber, ini bagi sesetengah absorber lah, bukan semua

mr.q said...

bushing pe lgi yg ade kt bhgian suspension belakang abg jeff?yg bole dtuka slain tulang anjings ni?

jeff_tacra said...

bushing lower arm belakang dan trailing arm

Anonymous said...

kerosakan tulang anjing adakah akan menyebabkab kereta sedikti oleng kiri kanan apabila memnadu dlm kelajuan 10-20 kmj? terasa berbuai sikit.

matnors said...

abg jeff..
apa beza tulang anjing evo compare wira/satria?
yg dalam gambar tu MMC punya kan? sama dengan evo punya ker?

jeff_tacra said...

tulang anjin wira/satria macam gambar atas tu, kalau evo besi solid bulat, lagi mantap. gambar atas tu MMC punya

Sound-Checkerz said...

salam abg jeff...untuk tulang anjing ni,kalau modified letak gam silikon di sekeliling bushing tu boleh ke???ataupun akan menjahanamkan benda ni atau parts yg laen???

jeff_tacra said...

rasanya kalau letak silikon pun takkan tahan bushing tu, pressure kat bushing tu kuat

Sound-Checkerz said...

tq abg jeff..jd dicadangkan tukar benda ni kepada yg baru atau pakai evo 3 punya???

Anonymous said...

assalam abg jeff bleh tak abg jeff kasi tau nama2 bushing yg ade pada kete waja terutama bahagian tayar depan tq

jeff_tacra said...

bahagian depan kereta yang berkaitan dengan suspension system ni ialah bushing, lower arm, drop link, absorber mounting, tie rod end, bush stereng rack, ball joint bush

Anonymous said...

kalau beli tulang anjing ni memamg jual 1 set panjang dengan pendek ke? ke jual asing asing?

jeff_tacra said...

boleh beli asing-asing, pilih je yang mana nak

Anonymous said...

klau keta bunyi mcm tikus ape puncanya...

jeff_tacra said...

bunyi pada kereta ni banyak punca, antaranya bush lower arm rosak, abosorber, spring absorber, bush sate

Anonymous said...

bro, kedudukan klu da psng kat keta mcm mna?, belakang tulang anjing yg kosong tu menghala ke dua2 ke?
carlos

Anonymous said...

belakang ke?

Anonymous said...

sy ada beli tulan anjing evo...getahnya sebelah bush tu mmg bleh gerak2 ke? tkut x bleh pkai plak

Anonymous said...

salam abg jeff. ank murid nk tumpang tanya. tulang anjing ni kena tukar kiri&kanan sekali ke atau boleh tukar sblh pun blh? kalau nk tukar bush sahaja apa tools yg diperlukn?

jeff_tacra said...

tulang anjing evo bush memang boleh gerak-gerak, tak ada masalah, boleh pakai. boleh tukar sebelah-sebelah dan tidak semestinya tuka dua2 sekaligus, bergantung kepada yang mana rosak. nak keluarkan bush kena gunakan mesin press

Anonymous said...

nak tnye... lau masa drive kat tmpt tak rata ada bunyi2 bahagian dpn n tk berapa smooth kat jln sbb apa ek??? sbb nak g kedai nak repair die tnye masalah pa kt kete sy.. sy mmg tk tau apa2 tentang kereta sbb baru2 je ada kete...

Anonymous said...

n nyatakan skali budget utk ganti alat yg rosak tu.. :) tqvm

man said...

salam bang

kalau nak beli kat shah alam barng mmc kat mana?

Anonymous said...

baru saja tukar tulang anjing ngan lower belakang mmc punya,tapi masalahnya ialah tulang anjing itu berbunyi jugak,macam bergisel dengan sesuatu.sila bagi cadangan tq.

Anonymous said...

bunyina nyik nyin nyik,dah tukar tulang anjing panjang dan pendek serta lower arm belakang,sila bagi cadangan tq.

Anonymous said...

abang jeff kalau udah tukar mmc punya,rear lower arm,tulang anjing panjang pendek buyinya nyik nyik ,adakah kena add washer ke modifier ?sebab formen kata mmc it ori arm problem.tapi pendapat saya takan semua yang i beli itu problem,dia tunjuk kat saya kesemua tulang anjing berbunyi semacam bila dah siap pasang.aduhhh kesian saya,mintak tolong pendapat korang

Anonymous said...

abg jeff,tak tukar tak berbunyi nyik nyik,dah tukar berbunyi nyik nyik,apahal tu ?tulang anjing yang baru dah kong ke atau formen pasang tak tul?apa pendapat abg jeff ?

Anonymous said...

salam...bila dh lepas tuko lower link tuh kena wat allignment skali..sbb 1st tyme ak tuko benda tuh x wat allignment mmg dtg bunyi nyik nyik nyik balik...

jeff_tacra said...

lebih baik buat allignment

Fahmie Md Zin said...

Akum. Saya dh tukar tulang anjing kiri kanan 2 tahun lepas. Setahun lepas dia bunyi lagi,tukar plak sebelah. Ni baru semlm, yg sebelah plak bunyi. Takkan tiap2 tahun nk kena tukar dia jek. Takde ke brand yg tahan & bagus utk waja model 2004. Thanks..

Anonymous said...

bro..minta bantuan..sy beli kereta persona 2nd..time mule2 amek 2 xde bunyi yg ketara(bnyi cencorot).bile da jd cm2 g r bengkel tok tgk pe yg probs n pomen 2 ckp arm bunyi.so dengan niat yg murni sy tkar r keempat arm(panjang & pendek) tok ilangkan bnyi concorot 2 tp mslahnye skarang bnyi 2 still ad wlaupun da tkar..rse2nye knape ye??ad cadangan laen x????

jeff_tacra said...

absorber dan spring pun boleh menyebabkan bunyi tertentu berlaku

Anonymous said...

tulang anjing yang panjang tu ape pulak fungsi nyer?? boleh berbunyi jugak ke kalau da lama?

Anonymous said...

baru tukar tadi kat kedai tayar....mahal gila. sebatang tulang anjing ni rm90 sekali upah pasang. ni aku malas nk gi kedai tayar..lain yg nak buat, lain pula yg effect.

Mohamad Ali said...
This comment has been removed by the author.
jeff_tacra said...

Saya biasa beli kat teong lean dan kalau tak ada kat situ baru pergi kat KS. Harga dua kedai tu kira ok lah, boleh beli barang kat situ.

Anonymous said...

owh..i see..thanx abg jef..

xpenting89 said...

Salam... Kena letak gris tak kt lubang tulang anjing tu nanti?

zul zack said...

Salam bro jeff. Tadi sy baru tukar tulang anjing panjang n pendek, lower arm sepasang n btg besi yg mcm satay spsg (xkenal amende nih tp utk putra la). siap psg trus p kedai tyar, tukar tayar 4 biji + alignment n balancing. kuar je kedai tayar terus je bunyik nyot nyit nyot nyit kt belakang. boleh bg pandangan apakah permasalahan sy ini.. :)

raja said...

tolong saya sesiapa leh selesai...
kereta saya rendah sebelah driver..
senang cerita napak senget..
tolong saya...

siti sarah ismail said...

A.kum..saudara Jeff_tacra..sya nak mnta tlng skit..mnta pndngan..sya bru he tukar tulang anjing kete waja sya bhgian blakang krna Ade bnyi yg x bpe senang..sya tukar sndri kat rumah..lgi satu,sya Ade ltak gris pda lubang at as skru pnjng x pe ke.dh siap sy Cuba test bwa KT hgway..knpa sya time corner jlan dlam kdaan mendap atau lngagr jlan turap trsa bhgian blkang blah kanan mcam nak membuang..adkah dsbbkan sya x buat alignment me..lgi satu tyr blakang sya Bunga De yg botak..so lau nak buat alignment perlu tukar tyr baru 4 ke...mnta pndangan Jeff..trima ksh..

Adeq said...

Salam..
Adakah Bush Tulang evo boleh gerak dan di senget?

Sy baru beli nak pkai takut sama plak

mohd ismahaidil bin ismaIL said...

Salm, bro jeff,antra yv pendek dgn yg pnjg kn,yg mne biasa nye yg rosak smpai kuar bunyi tu.......

Anonymous said...

Tumpang lalu sekadar nak sharing...
Baru tukar tulang anjing panjang dan pendek kat wira..
Dah hampir 6 bulan bunyi tikus kat tayar belakang pastuh tayar nampak senget..
Pegi kedai tayar Pakistan dan suh dia buat allignment...
Apa yang dibuat adalah tambah washer kiri kanan dan buat setting chamber dan allignment...
Alhamdulillah hilang sakit kepala dek bising tikus.
Dah selesai masalah..
Kos washer 4 keping + allignment + chamber = RM80...
Takpelah janji bunyi tikus telah berjaya dikeluarkan....

Unknown said...

Assalamualaikom...masalah sy sy da tukar tulang anjing tuu 4 batang..masih tetap berbunyi kenaoa ea?? Sudah alighment bpuluh kali masih berbunyi dan tidak selesa pade pemanduan...sy rase geram

Zikrul Hakim said...

Assalamualaikom...masalah sy sy da tukar tulang anjing tuu 4 batang..masih tetap berbunyi kenaoa ea?? Sudah alighment bpuluh kali masih berbunyi dan tidak selesa pade pemanduan...sy rase geram