Perodua Viva Spark Plugs

agak lama jugak blog ini tak diupdate, bulan puasa DIY off terus, tidak kerja-kerja diy dilakukan, dapat berehat sakan. masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. entri blog kali ini hanyalah diy yang simple iaitu bagaimana menukar spark plug perdua viva. ikuti langkah-langkah di bawah


antara peralatan yang perlu digunakan iaitu spanar box atau biasa bersaiz 10mm, spanar plug panjang bersaiz 16mm dan satu set iaitu 3 biji plug viva


saya telah memilih spark plug platinum NGK BKR6EGP. oleh kerana dijual satu set 4 biji terpaksalah membelinya juga dengan harga RM48.00


pertamanya buka penutup air filter dengan terlebih dahulu membuka 4 klip pada bahagian berkenaan dan angakt penutup ini ke atas dan keluarkan. jangan lupa untuk unplug soket sensor pada bahagian belakang penutup ini


keluarkan pula air filter dan dalam gambar ini filter yang digunakan buka filter standard viva tetapi saya telah menukarnya dengan filter aftermarket brand WORKS


penutup air filter yang telah dikeluarkan


WORKS drop in air filter untuk viva 1.0


rupa di bawah air filter iaitu terdapat 4 coil plug yang perlu dibuka


gunakan spanar 10mm untuk membuka coil plug


keluarkan coil plug


3 coil plug menggambarkan enjin ini hanya 3 silinder sahaja


sedia untuk mengeluarkan plug lama


gunakan spanar box plug bersaiz 16mm untuk mengeluarkan plug


plug dah dikeluarkan


plug lama dan baru


tip plug platinum lebih halus dari tip plug standard. setelah memasang kembali plug seperti mana asal pasang semula peralatan yang dibuka tadi dengan sempurna. start kereta dan biarkan idling beberapa ketika

sekian, terima kasih
jumpa lagi

13 comments:

Farious said...

abg jeff,apa pendapat abg ttg plug BKR6EGP ni?sbb sy pun pakai gak kt enjin 4g91..agak susah gak nk carik plug ni.

jeff_tacra said...

baru pakai plug code ni kat viva, so far takde masalah, ok je. kalau kat kuala terengganu ni kebanyakan kedai spare part ada jual plug ni

dkiki said...

bro bukak plug viva bkn pakai box 16 ke? kalo savvy pakai 14 kan?

jeff_tacra said...

opps... sory, memang viva guna box 16, confirm

Anonymous said...

b.jeff,plug ni boleh pakai kat wira 1.5 injec?biasa p sparepart cakap plug wira inject dia bagi NGK kaler merah harga dalam RM20 kebawah jer. nak pakai yang power2 orang kata tak elok coz ada effect kat enjin

jeff_tacra said...

sama je dengan wira injection. boleh cuba ngk platinum seperti gambar di atas

Anonymous said...

spanar box tu dapat kat kedai sparepart ke atau hardware bos?

jeff_tacra said...

kat spare part ada jual, sama dengan spanar plug waja dan mivec

Anonymous said...

Berapa lama plug GPower kena tukar yg baru pula?

jeff_tacra said...

20k kena tukar baru kot

Anonymous said...

salam ..berapa harga plag tersebut?saya berminta air fitler works.berapa harga?area mana?

eddy ipoh said...

Salam... Saya baru tukar air filter...works.. Tp saya rasa minyak lagi kuat. Boleh tahu apa masalahnya... Email hasmardy@hotmail

Pesa Vivac said...

1)filter asal = xbrapa lawas & kurang pikap & jaga enjin = minyak bapak jimat
2)drop in work = lawas & pikap ada & tapis habuk half2 = minyak kuat skit
3)open pod = trlampau lawas & pikap cun & habuk bapak banyak sedut = minyak mak aihhh..kuat!