Perodua Viva Spark Plugs

agak lama jugak blog ini tak diupdate, bulan puasa DIY off terus, tidak kerja-kerja diy dilakukan, dapat berehat sakan. masih belum terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. entri blog kali ini hanyalah diy yang simple iaitu bagaimana menukar spark plug perdua viva. ikuti langkah-langkah di bawah


antara peralatan yang perlu digunakan iaitu spanar box atau biasa bersaiz 10mm, spanar plug panjang bersaiz 16mm dan satu set iaitu 3 biji plug viva


saya telah memilih spark plug platinum NGK BKR6EGP. oleh kerana dijual satu set 4 biji terpaksalah membelinya juga dengan harga RM48.00


pertamanya buka penutup air filter dengan terlebih dahulu membuka 4 klip pada bahagian berkenaan dan angakt penutup ini ke atas dan keluarkan. jangan lupa untuk unplug soket sensor pada bahagian belakang penutup ini


keluarkan pula air filter dan dalam gambar ini filter yang digunakan buka filter standard viva tetapi saya telah menukarnya dengan filter aftermarket brand WORKS


penutup air filter yang telah dikeluarkan


WORKS drop in air filter untuk viva 1.0


rupa di bawah air filter iaitu terdapat 4 coil plug yang perlu dibuka


gunakan spanar 10mm untuk membuka coil plug


keluarkan coil plug


3 coil plug menggambarkan enjin ini hanya 3 silinder sahaja


sedia untuk mengeluarkan plug lama


gunakan spanar box plug bersaiz 16mm untuk mengeluarkan plug


plug dah dikeluarkan


plug lama dan baru


tip plug platinum lebih halus dari tip plug standard. setelah memasang kembali plug seperti mana asal pasang semula peralatan yang dibuka tadi dengan sempurna. start kereta dan biarkan idling beberapa ketika

sekian, terima kasih
jumpa lagi