S90 70mm Throttle Body

entri kali ni ialah proses pemasangan throttle body (tb) S90 ke intake standard mivec yang telah di'rebore' menjadi 70mm. proses rebore intake tidak ditunjukkan. S90 tb ini boleh didapati di mana-mana kedai performance dengan harga sekitar rm420 - rm600 bergantung pada jenis kereta yang dikehendaki


brand new in box throttle body S90 70mm for evo123, gsr, mivec dan 4g9x


tb mivec yang telah direbore 62mm yang telah dibuka dari intake


terlebih dahulu buka stepper motor (kiri) dan throttle position sensor (kanan). gasket kena dapatkan yang baru tapi perlulah dibesarkan lubang mengikut ukuran tb s90 iaitu 70mm


bahagian bawah tb yang perlu dipisahkan untuk dipasang pada tb s90


dengan menggunaka skru diver buka 5 nat untuk mencabutnya


bahagian bawah tb telah dibuka


inilah rupa bahagian bawah tb yang telah dipisahkan


pastikan gasket atau seal seperti di atas tidak koyak kerana perlu untuk dipadankan pada tb s90 nanti


s90 tidak disertai sekali dengan bahagian bawah tb, jadi perlulah dipakai yang asal. bahagian bawah tb ni ialah untuk stepper motor (ISC) dan laluan coolant ke tb


gambar prose pemasangan tidak ditunjukkan, tidak ada pembantu untuk mengambil gambar


tb s90 yang siap terpasang pada intake standard mivec 93


telitikan nat allen dan anda akan nampak satu bracket besi putih dan dihujungnya saya telah mod throttle switch untuk dipadankan dengan tb s90. throttle switch ini sangat penting bagi tb mivec untuk menjaga idling kereta supaya stabil dan rpm tidak naik turun semasa idling


kedudukan pada intake


pasang peralatan lain seperti asal iaitu hose inlet dan outlet coolant ke tb, throttle cable, stepper motor, tps (perlu di laras semula dengan voltage 0.45v - 0.50v)


sudah siap sepenuhnya, start kereta dan tunggu sehingga mencapai normal temp dan set semula idling kereta antara 800 - 850 rpm. untuk mengelakkan dari bunyi berdesing kat tb s90 ini iaitu laraskan nat ejas butterfly supaya tertutup rapat sedikit dan pusing BISS skru untuk menaikkan sedikit idling

sekian, terima kasih
jumpa lagi