Apexi Super ITC

bersua kembali... paparan entri blog kali ini ialah mengenai bagaimana cara pemasangan apexi super itc atau pun super ignition timing converter. kebiasaannya bagi pemilik kereta yang mementingkan performance selalu menitikberatkan gajet seperti ini untuk memantapkan prestasi enjin masing-masing. selalunya super itc ini digandingkan dengan safc bagi melengkapkan penalaan enjin dengan lebih efiesien


apexi super itc nampak sama dengan apexi safc 5 button. ignition timing akan dapat dilaras sama ada kita hendak retard atau advance mengikut keperluan enjin masing-masing


pastikan semasa membeli super itc ni anda dapat sekali wiring harness bagi memudahkan pemasangan nanti. hati-hatidengan wayar pendek kerana kemungkinan wayar tu dipotong atau barang tu barang 'panas'


harness super itc, wayar panjang


buka plate bawah untuk memudahkan kerja mengeluarkan soket ecu nanti


soket ecu mitsu berwarna kuning, ada 3 soket semuanya. pastikan sebelum unplug soket ini terlebih dahulu disconect terminal negative bateri untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingi berlaku


3 soket utama ecu


dalam kota bertanda merah inilah yang perlu digunakan untuk menyambung wire sitc ini nanti iaitu wire camshaft position sensor dan crank angle sensor


kedudukan soket ecu mitsu iaitu bermula dari kiri 26 pin, tengah 16 pin dan kiri 22 pin. yang perlu disambung ialah soket ke-3 iaitu kiri sekali seperti yang bertanda merah di atas


diagram penyambungan, rujuk gambar atas


dah siap mount kat kereta


kedudukan pada bahagian bawah dashboard


guna cable tie sahaja untuk memasangnya


masa on kunci sebelum start. apabila siap kena laras semula cam angle sensor pada kedudukan standard iaitu 10' BTDC dan bolehlah setting sitc ini sama ada hendak retard atau advace pada rpm tertentu, rujuk pada tuner masing-masing


semasa idling, hijau ialah bacaan rpm semasa

sekian, terima kasih
jumpa lagi

17 comments:

Anonymous said...

Salam.bang..maap ya kalo tanya..kalo major service untuk wira 4g91 ni brape RM?ape yg bese pomen tu akan tukar?

jeff_tacra said...

major service kebiasaanya selain penukaran minyak hitam dan minyak gear, segala fluid kat enjin juga ditukar seperti power steering fluid, clutch fluid, brake fluid. spark plug pun ditukar. kos sekitar rm300

Anonymous said...

salam abg tacra untuk itc nie kalau kete modification ringan2 blh pakai x?apa kesan nya kalau pakai benda ni.xbrp faham fungsi dia.t.kasih

jeff_tacra said...

itc ni ialah untuk mengubah ignition timing sama ada nak retard atau advance, kebiasaannya bagi yang mod kereta kena pakai benda ni, nak ejas timing ignition bagi retard sedikit, macam yang tukar blok pada mivec ke 1.8. kalau dalam keadaan standard knocking boleh berlaku, untuk mengelakkanya boleh pakai itc ataupun adjust terus pada crank

Anonymous said...

salam bang blh tolong tunjukan wiring diagram greddy e-manage yg biru & ultimate serta fungsinya sekali

jeff_tacra said...

wiring diagram emanage banyak dalam internet, guna google je untuk mendapatkannya

Anonymous said...

bang nanti tunjukan wiring apexi RSM bleh

jeff_tacra said...

ok, akan diusahakan

wajatsunami said...

assalamualaikum bro...boleh ke ICT NI E DI PASANG PADA PROTON WAJA (MMC)...sbb proton waja mmc x pakai distributor...so boleh x kalau saya pasang ict nie untuk up kan lagi dia punya ignition untuk koil atau plug..sekian terima kasih..

Amy Mazlan said...

Salam bro...tumpang tanye skit...biase nye blok 1.8 di kawinkan dgn head mivec...kali nie kalau blok mivec kawin dgn gti.....pe komen bro...

jeff_tacra said...

block mivec masuk head gti jadi 4g92 non mivec, tak sekuat mivec dan gti

dee said...

sitc boleh masok waja yang tak ada distributor tak? bengkel trg ket maner?

jeff_tacra said...

kena tengok dulu kat pinout ecu ada tak pin untuk cam position sensor dan pin untuk crank position sensor, kalau ada 2 benda ni baru dapat masuk kat waja

amirul fuad said...

proton preve pkai x bang...?

WAJATSUNAMI said...

salam bang boleh tau dak apa code warna wayer utk cam position sensor n crank position sensor....sbb sy nk mode masuk sensor nie pada proton waja..

Patrick Qamalyda said...

bos untuk wiring l2 ade x diagram nk pasang 5 btton nih...

Unknown said...

Untuk kelisa dengan itc blh tunjuk cara bagaimana nak pasang & tuned