Apexi Super ITC

bersua kembali... paparan entri blog kali ini ialah mengenai bagaimana cara pemasangan apexi super itc atau pun super ignition timing converter. kebiasaannya bagi pemilik kereta yang mementingkan performance selalu menitikberatkan gajet seperti ini untuk memantapkan prestasi enjin masing-masing. selalunya super itc ini digandingkan dengan safc bagi melengkapkan penalaan enjin dengan lebih efiesien


apexi super itc nampak sama dengan apexi safc 5 button. ignition timing akan dapat dilaras sama ada kita hendak retard atau advance mengikut keperluan enjin masing-masing


pastikan semasa membeli super itc ni anda dapat sekali wiring harness bagi memudahkan pemasangan nanti. hati-hatidengan wayar pendek kerana kemungkinan wayar tu dipotong atau barang tu barang 'panas'


harness super itc, wayar panjang


buka plate bawah untuk memudahkan kerja mengeluarkan soket ecu nanti


soket ecu mitsu berwarna kuning, ada 3 soket semuanya. pastikan sebelum unplug soket ini terlebih dahulu disconect terminal negative bateri untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingi berlaku


3 soket utama ecu


dalam kota bertanda merah inilah yang perlu digunakan untuk menyambung wire sitc ini nanti iaitu wire camshaft position sensor dan crank angle sensor


kedudukan soket ecu mitsu iaitu bermula dari kiri 26 pin, tengah 16 pin dan kiri 22 pin. yang perlu disambung ialah soket ke-3 iaitu kiri sekali seperti yang bertanda merah di atas


diagram penyambungan, rujuk gambar atas


dah siap mount kat kereta


kedudukan pada bahagian bawah dashboard


guna cable tie sahaja untuk memasangnya


masa on kunci sebelum start. apabila siap kena laras semula cam angle sensor pada kedudukan standard iaitu 10' BTDC dan bolehlah setting sitc ini sama ada hendak retard atau advace pada rpm tertentu, rujuk pada tuner masing-masing


semasa idling, hijau ialah bacaan rpm semasa

sekian, terima kasih
jumpa lagi