Blower Motor Resistor

bertemu lagi... paparan entri kali ini ialah mengenai satu masalah yang kebiasaan berlaku pada sistem air cond kereta kita khususnya bagi pemilik wira. seringkali berlaku ketika kita on air cond compressor berfungsi seperti biasa tetapi angin tidak keluar, laras ke no. 3 atau 4 baru keluar angin. jika keadaan ini berlaku bermakna blower motor resistor kereta anda telah rosak dan terpaksalah ditukar dengan yang baru. kalau bagi kereta wira harga resistor ini sekitar rm45-rm50 sahaja. proses diy penukaran resistor ini boleh dikatakan agak mudah...


inilah actual pic bagi blower motor resistor sistem air cond manual mitsubishi. owner kereta ini telah memberitahu saya bahawa semasa on air cond angin tidak keluar, bila laras ke no.3 barulah angin keluar. bila cek resistor ini memang coil dah putus sebab itu tidak dapat berfungsi seperti biasa


blower resistor motor mitsubishi


jika keadaan ini berlaku maka perlu ditukar dengan yang baru. resistor proton boleh diguna pada kebanyakan kereta berenjin mitsubishi. gambar atas ialah resistor proton yang boleh diperoleh di mana-mana kedai servis air cond dengan harga seperti yang dinyatakan di atas. bentuk berlainan dengan resistor mitsu tapi fungsi sama, boleh pakai untuk enjin mitsu


inilah rupa coil dalam resistor motor tersebut iaitu untuk rintangan dan mengawal kelajuan pusingan blower mengikut urutan no. tertentu


lokasi blower motor resister pada dashboar mitsu ini sama juga dengan kedudukan pada dashboard wira. terlebih dahulu anda perlulah membuka tray bahagian bawah blower dan nampaklah soket resistor ini


kedudukan bawah glove box dan dipasang pada blower box tengah. ada dua nat sahaja untuk membukanya


kedudukan resistor pada sistem air cond


soket resistor...


wiring ke blower motor resistor


ini ialah blower motor resistor bagi sistem air cond mitsu digital


resistor digital


lagi pandangan blower motor resistor digital mitsu, jarang rosak ni


wiring, soket dan resistor digital


blower motor proton atau mitsu

sekian, terima kasih
jumpa lagi