Fuel Pump Evo

entri blog hari ini ialah mengenai bagaimana memasang internal fuel pump ke dalam tangki wira. fuel pump yang hendak dipasang ini diambil dari mitsubishi evo 3 jadi rate dan pressure minyak sudah tentu berbeza dengan standard fuel pump wira. ikuti step seterusnya di bawah ini



gambar ini ialah fuel pump di luar tangki minyak yang kenali juga sebagai external fuel pump.


ini pula ialah gambar fuel pump yang terletak di dalam tangki minyak atau dikenali sebagai in-tank fuel pump. kebayakan enjin mitsu yang berkod 4G9x menggunakan brand DENSO dan proton wira menggunakan fuel pump jenis VDO


salah satu wrench penting untuk membuka fuel line di bahagian tepi tank nanti iaitu flare wrench supaya nat tidak loose. kalau menggunakan open wrench pun boleh tapi berhati-hati


langkah pertama ialah unplug socket ke tangki minyak yang berada di bawah carpet bahagian seat belakang penumpang sebelah kiri, perlu buka seat penumpang


hulurkan soket ini keluar dari body kereta supaya semasa mengeluarkan tank nanti tidak tersangkut dengan wiring ini


seterusnya tanggalkan klip hose tempat kemasukan minyak di belakang sebelah kiri bahagian bawah kereta. di sini ada dua hose iaitu hose utama kemasukan minyak dengan membuka klip nat 10mm manakala hose breather di bahagian tepinya dengan menanggalkan klip sahaja.

apabila hose ini dah dibuka, tibalah masanya anda melihat bahagian bawah berhampiran tepi tank di bahagian kanan. di sini terdapat 3 hose yang perlu dibuka iaitu hose utama dari tank ke enjin dengan menggunakan flare wrench bersaiz 14mm. manakala 2 lagi hose yang menggunakan klip iaitu return fuel hose dan hose canister, hanya buka klip dan cabut hose berkenaan.

barulah buka 4 biji nat 14mm untuk mount tank yang berada di keliling tank. lapik tank dengan plywood dan disokong dengan jack pada bahagian bawah tank. lepas buka nat tersebut, perlahan-lahan turun tank dengan hati-hati. sekarang tank telah dapat dikeluarkan dari kereta


untuk mengeluarkan fuel pump anda dikehendaki membuka 6 biji skru bersaiz 8mm pada bahagian luar bracket pump. buka nat dan keluarkan pump dengan hati-hati, jangan sampai terkoyak seal getah antara penutup bracket dengan tank


ini rupa pump pada bracketnya


keluarkan pump lama dan bersedia untuk dimasukkan dengan fuel pump evo3. gambar atas sebelah kiri ialah fuel pump standard wira 4G13 manakala di sebelah kanan ialah fuel pump evo 4G63. saiz dan bentuk sama, boleh terus plug & play pada bracket standard pump wira. pump wira VDO dan mitsu brand DENSO


proses membuka klip pada hose fuel pump


penulis sedang memasukkan fuel pump mitsu pada bracketnya


fuel pump yang dah siap dipasang pada bracket dan bersedia dimasukkan kembali ke tank wira


dah siap pasang pada tank, ketatkan nat secukupnya dan sambung balik soket pump berkenaan


pasang tank pada body dan sambung semula setiap hose yang dibuka dengan berhati-hati. pastikan tiada kebocoran minyak berlaku selepas kereta dihidupkan

review selepas pemasangan fuel pump ini ialah, kereta dapat dihidupkan dengan mudah tanpa perlu crank yang panjang, sekali crank je kereta daapt hidup. tidak seperti sebelum ini owner terpaksa crank 2 atau 3 kali uantuk menghidupkan kereta terutamanya pada waktu pagi. masalah crank dah selesai cuma owner nak tunggu satu barang je lagi untuk proses seterusnya


sekian, terima kasih
jumpa lagi

25 comments:

yozz said...

salam bro, kalau nak tukar alat ukur minyak petrol kat tank tu, letaknya kat bawah seat belakangkan, kalo dr depan dia sebelah kanan/kiri, senang ke nak buka.agak berapa regenye.

jeff_tacra said...

nak tukar float minyak tu tak perlu buka tank. buka seat belakang dan akan nampak besi penutup bulat kat lantai seat. cungkil penutup dan akan nampak nak bracket float tu, boleh keluarkan melalui situ je

yozz said...

thanx bro.

Anonymous said...

salam bro..apa punca nya kalau meter minyak wira 4g13 carb sekejap naik turun bila tekan minyak...satu lagi time cold start engine senang nk start..tapi bila engine dah panas kadang2 kena crank 2 ,3 kali baru boleh start..apa puncanya??

Anonymous said...

brape sbjik fuel pump evo ni bro??

jeff_tacra said...

fuel pump evo 2nd sekitar rm150 sahaja

...KEDAI BELOG... said...

sebut psl fuel pump nih, teringat plak kete aku penah mati tgh2 Jln Duta time peak hour (ptg) + hujan lg...nasib baik de macha Wiki name nye tolong setel kn prob aku time tuh... terbang cash aku RM260..brg 180, upah 80...brg xori pn.. pakai xsampai setahun tukar lg..nasib baik kali ni dkt petronas area puchong (dkt dgn umah kak ipar aku. panggil pomen, die ketuk2 tangki minyak aku dr bwh, pastu follow die ke bengel.. tuar yg perdana nye... stakat ni ok lg.. org kate cukup 100k km kene tukar fuel pump nih. tp yg 1st aku tukar tu, blm cukup 100k km lg.. mungkin sbb xori kot...

Anonymous said...

salam bang,keta kawan saya satria 1.5 injection,mengalami masalah asap hitam disebabkan minyak petrol yg masuk dlm silinder lebih dari angin,bagaimanakah cara utk mengatasinya,sensor ape yg mengalami masalah?

jeff_tacra said...

kena cek 02 sensor yang masuk ke piping exhaust tu, atau boleh sek berkomputer

Anonymous said...

saya baru je tukar benda ni smlm kat rumah, bro jeff...apa syntom benda ni klu da sakit?
dlm kes sya langsung tak bunyi...tapi bila da dikeluarkan dari tangki ok pla, tapi pandai mati jga
carlos

pai said...

salam bro ,ajarlah pulak cara repair alternator

Anonymous said...

salam abg jeff....saya nak tnya cikit tentang wiring tank 4wd evo...saya tgk pada tank evo tu ada 3 soket...2soket ada 2 pin dan yg 1 lg yg masuk ke dlm tu ada 6 pin....camaner nak buat tu....abai kan ker soket yg ada 2 pin tu td...

HADI ANWAR said...

simptom mula2 dia buzzing. pastu enjin xleh start lg... huhuhu

mike shinoda said...

kereta aku rasanya telah mengalami masalah ini..asal pagi je susah btul nk start..smpi kdg2 aku terpaksa naik bas g keje..bro tacra rasa fuel pump pnya problem ke tu?..tensen btul..

Anonymous said...

Ade x works nye fuel rail atau lain brand utk enjin 4g15 bg jee

man sal said...

assalam bang..nk tnya pe mslh kalau lampu warning petrol x menyala walaupn minyak da nk hbs? meter minyak jalan seperti biasa pula, cuma warning je yg x nyala. lampu d meter elok lg?

jeff_tacra said...

cek float dalam tangki

joe trojen said...

salam bang jef..kereta saya bole rev sampai 5k saja.adakah masalah fuel pump.

Tim Nicholas said...

salam abg jef,saya telah menukar fuel pump kereta saya iaitu proton wira 1.3 fuel injection vdo berpandukan panduan di atas, semuanya berjalan dengan lancar,cuma sekarang kereta sy masih susah nak start bila sudah lama parking dan paling teruk sekali pada awal pagi,saya juga telah menukar fuel filter,spark plug dan servis minyak hitam pada hari yg sama,tp masalah masih sama,susah nak start,dan bila kereta dapat start, lampu check engine menyala,adakah saya perlu reset ecu saya balik atau mungkin ada masalah lain seperti throttle body kotor,dan adakah fuel line yang return pegi tangki minyak tersumbat dapat membuat kereta susah nak start?

jiwa kacau said...

joe trojen,maslah berat tu..fuel pump pon blh jd jdk,
bro adjust valve clearrance blik,

TIM Nicholas,masalah berat jgk ni..hehehe
Bro smua dh tkar..bro check blik dkt fuel pump..kasi ikat klip tu ketat2 sikit..ke2 bro cuci injector..kemungkinan dh pnuh keladak dlm injector..

Khairul Din said...

Abg jeff. Nak diy turun tangki minyak kene jack keter jugok ke

Unknown said...

Assalam bang..kalau klip fuel pump gne cable tie ok x?blh than lme ke?cz sy tgk pomen gne cable tie je cz yg asl besi 2 dh patah..

Kaizen Gold said...

salam...bro kereta sy semput masa mula gerak smpi 70km/h..kemudian baru lancar. tp pickup kurang sngt.. apa masalah yek? ade kaitan dgn fuel pump x?

Proton Wira said...

Salam bro..kalau lantai ce9a bole kluar kan fuel pump ikut atas tak..xpayah bukak tank..?

Proton Wira said...

Salam bro..kalau lantai ce9a bole kluar kan fuel pump ikut atas tak..xpayah bukak tank..?