K&N Open Pod Air Filter

bersua kembali... hari ini 29 november 2011, hujan mencurah-curah area kuala terengganu. biasalah di pantai timur dah sampai masa musim tengkujuh. namun aktiviti diy tetap berjalan seperti biasa pada hujung minggu ni. entri kali ini ialah pemasangan open pod air filter ke atas jentera rakan saya wira aeroback bernadikan 4G92 MIVEC jugak



open box brand new K&N 6" air filter with adapter dengan harga sekitar rm350.00 satu set. berbaloi pakai brand ni sebab lifetime warranty, cuma perlu service atau cuci setiap 50k miles yang bersamaan dengan 80k km kot. lagipun kit cleaner K&N pun ada jual di pasaran


oleh kerana adapter yang dapat bersaiz 6" to 3" jadi terpaksa yang 3" tu diubahsuai menjadi 3.5" sebab owner kereta ni nak pakai hose standard mivec. jadi saya gunakan oil filter terpakai kerana saiznya betul-betul 3.5"


jadi tak perlu membazir nak tukar adapter lain, tambahan beli pun secara online, cerewet sikit nak hantar dan tukar balik. kena lah potong oil filter seperti di atas dan rivet pada adapter


potong insulflex


jadi bentuk macam ni, nok cover tempat rivet tu, malas nak spray hitam


dah siap adapter untuk K&N 6" to 3.5"


air filter box standard mivec


dalam ni pakai K&N drop in tapi owner nak merasa open pod pulak


keluarkan air filter box standard


dah kosong tempat box air filter


inilah hose inlet air filter yang bersaiz 3.5", sebab tu saya mod adapter tadi guna oil filter terpakai


jangan lupa buat satu bracket pada bahagian bawah adapter untuk menyokong air filter ni dari jatuh ke bawah. pada adapter dah ada satu nat untuk pasang bracket


dah pun siap


inilah owner kereta tu, sempat saya rakam gambarnya, dia buat apa tak tau, hehhe... jangan marah owner kereta.. gambar ada dalam blog saya

sekian, terima kasih
jumpa lagi

12 comments:

Anonymous said...

salam abg jeff...
owner lame pakai drop inn K&N gak ker...???
dier xnak jual ker...
heeee..
(",)

jeff_tacra said...

boleh jadi dian nak jual, bagi no hp, senang nak contact nanti

Anonymous said...

sy email kat abg jepp....

Anonymous said...

salam..abg jeff,nk tnye skali..bracket tu kt mana ada jual dkt area k.tganu nie abe jeff?

jeff_tacra said...

bracket mana ni? bracket atau adapter ni. kalau adapter filter tu kat trganu takde jual, tak pernah jumpa lagi. kalau bracket untuk sokong adapter tu custom made dengan besi plate je, buat bentul macam L, satu ikat kat body dan satu lagi ikat kat adapter

Anonymous said...

bracket L dgn skali nat..biasanye hardware mana abe jeff selalu g cari area KT?

Anonymous said...

salam bang mivec ni x pki airflow sensor ke??

jeff_tacra said...

area ktrg boleh cari kat EW hardware, berdekatan dengan service centre EON jalan bukit kecil. MIVEC memang tak pakai air flow sensor tapi pakai MAP sensor

virus_h5and1 said...

29 November?? cepatnye mase berlalu bro jeff??

Anonymous said...

abg jef..
hose standard wira 1.5 brape inci?

angah najib said...

mende yg rebet skali ngan oil filter ape nme?
nk cari kt mne?

jeff_tacra said...

benda tu namnya air filter adapter. ada jual kat kedai performance, kedai spare part tak jual benda tu