Power Window Roll-Up Installation

bersua kembali, walaupun dah musim hujan kat terengganu, projek DIY tetap diteruskan. entri kali ini mengenai pemasangan dan wiring power window roll up module, iaitu semasa kita arm alarm untuk mengunci kereta, power window secara automatik akan naik sendiri, tak perlu tekan suis lagi, dah jadi macam kereta mewah pulak kot, hehe...


ini barang yang dibeli kat US melalui ebay, seller declare sebagai gift je


cop kastam klia, DILEPASKAN



kotak power window module


brand DEI 592T from DIRECTED, kalau barang security dari directed seperti VIPER alarm dan ada beberapa alarm lain lagi


pandangan sisi tempat kemasukan 10 pin soket


wiring dan module


doagram ada disertakan sekali dalam kotak


kat bawah module pun ada diagram. proses pemasangan seperti mana mengikut diagram yang dinyatakan. harus diingat untuk activation module ini 1amp diode hendaklah digunakan untuk menyambungkan wire orange ke wire 'ground when arm' alarm. kalau tak faham boleh tanya saya


persekitaran tempat kerja semasa proses wiring


proses wiring sedang dijalankan


kena tarik dua wire ke setiap pintu depan. saya tak nak potong wire asal jadi gunakan penyambung klip kat soket motor power window. saya hanya memasang untuk 2 power window kiri dan kanan hadapan sahaja, pintu belakang saya tak buat


tinggal sikit je lagi proses wiring, ke motor pintu dah siap, tinggal nak sambung 12v, ground dan ke wire alarm je lagi


dah siap wiring, kemaskan wire yang ada


dah siap kemaskan wire, nampak kemas dan tidak berserabut lagi

video
perhatikan video demo ini untuk pemahaman anda

sekian, terima kasih
jumpa lagi

33 comments:

Anonymous said...

macam menarik ni..
berapa total cost module ni eh?

jeff_tacra said...

hargam mengikut brand, ada semurah rm50 lebih dan ada yang sampai hampir rm200

Anonymous said...

abg jep, tanya soa teknikal sket. mcm mn module ni tau bila nak stop motor pusing, mean cermin dah abis naik la. ada sensor ke? tq.

Anonymous said...

insteresting punye projek ni.. dah mcm kat kete mewah lak

jeff_tacra said...

modul akan memberhentikan arus apabila cermin tidak ada pergerakan. bermakna cermin dah tutup rapat relay dalam modul secara auto akan berhenti mengalirkan arus

Anonymous said...

bro.. mcm mana nk settlekan masalah pintu bergegar n berbunyi bila pasang speaker kt pintu tu? saya pasang speaker 6.5' kt pintu.. sambung dgn power amp. bila pasang kuat sikit saja pintu tu berbunyi greng..greng.. mcm besi berlaga.. dah check..semua wayar2 dlm pintu dah balut supaya x bersentuhan dengan dinding pintu..tp masalah x hilang jugak. ada cara tak?

jeff_tacra said...

tampal insulflex kat pintu, pintu pun jadi kemas dan tutup pintu pun tak bunyi besi sangat, mantap je

Anonymous said...

salam abg jep,nk tanyer skit ni apakah fungsi power transistor utk enjin 4g91,92,93-4g63,kemudian resistor box utk injector low impendance terletak kat mana tu,harap sangat abg dpt tlng.sekian terima kasih.

jeff_tacra said...

power tr unit saya tak berapa pasti apa function sebenar, ada yang kat untuk idling dan rpm kereta. resistor pack inject MDL ada akt firewall sebelah kiri, berhampiran dengan tabung air wiper

Anonymous said...

salam ...... mane nak beli cari module ni??

jeff_tacra said...

kalau nak module ni saya boleh dapatkan, kena order oversea

Anonymous said...

berape hage module ni bang jepp.cam menarik je

Budak Bachok said...

aslmkum....blh x postkan cara nak wat wirering
auto lock dan alarm system pada kreta....apa pom entry yg abg jeff post meme terbaik la...

jeff_tacra said...

alarm system biasanya dah ada tersedia wiring diagram pada kotak, just ikut digram tu je memang jadi

Iznama said...

salam abg jeff..nk tanya,,yang insulflex utk kedap bunyi tu mana nak dapat????....saya pon ada masalah speaker gegar kat pintu la...nk tampal satu kereta hahaha

Anonymous said...

salam Abg Jeff.. tnya skit pasal module ni.. ada option x module ni, sebagai contoh bila kita nk park keta kt kawasan panas, ada stgh org akan buka skit cermin tingkap, jika ada option OFF maka cermin tdak akan roll up bila arm alarm.

jeff_tacra said...

kena buat suis satu untuk on/off function module ini, suis ni sambung kat satu wayar yang pergi ke alarm tu

TurboBee said...

Alamak, kalo cermin naik sangkut2 sbb regulator tak cun bleh pakai gak ker abam Jeff?

jeff_tacra said...

boleh pakai jai, takde masalah

TurboBee said...

Kang takut dia stop separuh jalan jer nati abam Jeff.... ermmmmm

jeff_tacra said...

kena selesaikan masalah sangkut tu dulu, baru beres kot

acap ipoh said...

stylo lah bro!!! tabik spring..

Anonymous said...

bagus jgk benda ni... x de la kelam kabut nk naikkan cermin tingkap. cuma kalu parking kat tempat panas cthnya kt pejabat la, nk jgk buka sikit cermin tu. kalo x, meruap la panasnya nanti. tp, ape2pun mmg bagus cikgu.

jeff_tacra said...

boleh kalau nak buka sikit masa park tengah panas, disable function auto roll up ni. boleh ejas kalau nak buat...

Anonymous said...

Abg Jeff, Macam mana nak bukak regulator power window bahagian driver belah depan. Contoh yg Abg Jeff tunjuk tu macam pintu belakang jer. Saya nye pintu depan yg tak ok.
TQ

jeff_tacra said...

ada dalam entri blog pasal nak buka regulator ni, try cari entri terdahulu

jhanz said...

jeff, can share wiring diagram of wira 1.3 to 1.5 door trim conversion power windows wiring diagram?

detomaso said...

salam boss..kat mane ada jual benda alah nie..puas mencari kat acc..tp xde yg menjualnya

detomaso said...

salam boss..kat mane ada jual benda alah nie..puas mencari kat acc..tp xde yg menjualnya

S4na said...
This comment has been removed by the author.
S4na said...

Salam>>>. Jefff... Tumpang Tanya,, wayar ground when arm. Tu apa Ya. Masih confused la..

afif khairill said...

Salam bang..tlg ajar diagram module apabila arm alarm,side mirror auto flip turut flip tutup.tq2

Unknown said...

Salam bro..saya mencari soket suis power window wira..kalaw ade boleh hubungi saya 0132775395... wasap pon ok..