Float aka Pelampung Minyak

sekejap je masa berlalu, dah pun nak masuk pertengahan bulan 12, kejap je lagi masuk tahun baru pulak. lama tak update blog ni, maklumlah sekarang sibuk sikit dengan tugas rasmi penjawat awam, namun ada sikit ruang masa untuk melakukan aktiviti DIY sekaligus dapat menambahkan lagi perkara yang boleh dipelajari oleh anda. entri kali ini ialah bagaiman cara untuk menukar float atau pelampung minyak petrol kereta wira atau lancer, float inilah yang menjadi ukuran pada meter minyak sama ada minyak banyak atau sedikit. kerosakan float ini boleh dikesan apabila meter minyak dah tak betul fungsinya, sekejap meter menunjukkan minyak penuh dan sekejap minyak kurang ataupun meter tak gerak langsung walalupun isi minyak full tank. namun simptom seperti ini bukanlah 100% menunjukkan kerosakan float malahan meter tu sendiri kadang-kadang bermasalah, kena cek betul-betul dulu. semoga entri ini bermanfaat untuk semua tambahan pula kita bolehlah berjimat dengan cara menukar sendiri tanpa mengupah pihak-pihak tertentu

langkap pertama ialah buka tempat duduk belakang dengan menarik klip dibahagian hadapan bawah seat, klip ada kiri dan kanan seperti yang ditunjukkan di atas. tarik sahaja ke hadapan sambil mengangkat seat ke atas dan dengan mudah seat tersebut dapat dicabut daripada kereta. seat ini tidak menggunakan skru pun sama ada untuk menanggalkannya atau memasangnya kembali

seat telah dibuka, perhatikan ada plastik putih dan penarik hitam pada tempat yang ditarik tadi. inilah klip lock seat kat lantai. kadang-kadang klip putih ini boleh pecah dan sekiranya ini berlaku ada jual di mana-mana spare part klip ini sahaja. gantikan dengan yang baru sekiranya bermasalah

selak carpet atau apa sahaja yang menghalang untuk melihat lantai seat dan perhatikan pada bahagian tengah-tengah lantai tu terdapat besi penutup bulat seperti ini. ini lah penutup lantai untuk mendapatkan float berkenaan. tak perlu turunkan tank pun untuk menukar float ini. lainlah kalau nak tukar fuel pump, terpaksalah turunkan tank dan kerjanya agak rumit sedikit. kereta baru sekarang ini dah tak perlu turunkan tank untuk menukar fuel pump, boleh dilakukan sama seperti cara nak menukar float ini

umpil penutup dengan menggunakan screw driver flat ataupun boleh menggunakan test pen sahaja sebab penutup ni tidaklah terlalu ketat. umpil dengan berhati-hati

apabila penutup dibuka akan nampaklah cover float dan terdapat soket 3 wire dipalam di situ. sebenarnya float ini dipasangkan pada fuel tank kereta dan apa yang anda nampak itu merupakan bahagian fuel tank

unplug soket dengan menarik ke arah bertentangan

sekarang masanya untuk membuka 3 biji nat 8mm pada cover atau penutup float ini

apabila nat dibuka, dengan berhati-hati tarik ke atas cover float tersebut dan keluarkan dari tank. pada masa ini bau minyak petrol agak kuat sebab di bawahnya ialah tank petrol. kena menggunakan cara tersendiri kerana bracket float ini bukanlah lurus dan bukanlah boleh ditarik ke atas begitu sahaja. kena senget-sengetkan sikit baru dapat

keadaan float yang berwarna hitam

selalunya pada bahagian inilah yang kerap mengalami kerosakan, di sini terdapat satu litar yang menggerakkan float untuk mendapatkan bacaan minyak penuh atau kurang

menjadi perkara biasa kerosakan akan berlaku pada alat ini akibat wear & tear. terlalu lama usia kereta pun boleh jugak rosak tapi kadang-kadang dah 10 tahun pun belum rosak lagi, nasib jugaklah...

tempat mount float dan bahagian dalamnya ialah minyak petrol. kadang-kadang berlaku dalam cabin bau minyak petrol yang kuat maka bolehlah anda cek penutup float ini kemungkinan getah sealnya dah keras atau mengalami kebocoran

masukkan balik float baru yang boleh diperoleh di mana-mana kedai spare part

jangan lupa untuk memasang soket float tadi dan tutup balik cover bulat tu. pasangkan balik seat dan bolehlah kita on kunci untuk melihat pergerakan meter minyak sama ada berfungsi dengan baik atau pun sebaliknya

sekian, terima kasih
sincerely: jeff tacra

41 comments:

Anonymous said...

float wira brape harganya?beli baru atau cari kedai potong yng mitsu ke?

jeff_tacra said...

harga sekitar rm30, lebih baik beli baru di kedai spare part

Anonymous said...

abg, cable meter auto dan manual same je ke? sbb sy nk tukar cable meter wira 1.5 auto aritu, skali kedai bg yg manual, sy tanye bole guna ke kat dia? dia kate bole, sy x beli, sbb takot x bole ngam. any advice?

jeff_tacra said...

cable meter sama sahaja antara auto dan manual, boleh pakai

Anonymous said...

oooo... ok... tq bang. bkn ape, ada pomen area sini ckp x bole pakai plak, ada lg 1 kedai ckp bole pakai. confius. he he he

Anonymous said...

bro.. satu pertanyaan.. keta saya satria.. pakai dasboard lancer.. problem kat meter minyak.. masalahnya meter minyak cepat turun.. katakan meter tunjuk kat separuh dan keta dalam statik..bila kita tarik kereta untuk bergerak..meter tu akan turun lebih sikit dari tengah.. lama2 naik balik ke setengah.. adakah masalah pelampung? bawa kereta rasa tekanan sebab tgk minyak turun cepat sgt..

jeff_tacra said...

kemungkinan masalah pelampung, boleh try tukar dulu

Anonymous said...

saya ada tanya kt kdai float wira yg bru rm170..yg second punye rm30..yg abe jeft bgtaw tu yg harga rm30 yg bru or second??

Weathermann said...

Bro, tumpang tanya eh, kalau kereta Saga Aeroback 1.5i pelampung dia boleh cek macam ini ke? Ke kena turunkan tangki minyak baru bole cek? Terima kasih..

jeff_tacra said...

try bukak seat belakang dan akan nampak penutup besi bulat macam kat atas tu, kalau ada bermakna boleh menggunakan kaedah ini untuk menukarnya

Anonymous said...

bro nk tanya skit, kalo dh check kt seat belakang xde penutup besi bulat maknanya kena turunkan tangki la ye.. kete saya iswara aeroback. leh x bro tunjuk cara2 nak turunkan tangki

john ahmed said...

bro,kereta sy meter minyak tak duk static means xreti duk diam n xaccurate..tu masalah meter ke masalah float ni ek??

jeff_tacra said...

kemungkinan masalah ni berpunca dari float dalam tank.

Anonymous said...

Sye pakai satria 1.3 karburator..masalah sye,meter minyak sye fluctuate bile start jln..bile stop..meter ok..pe msalah nye?float ke..xpon meter die..mntk tnjuk ajr...

jessicafarisha danish said...

Kalau gen2 punya harga bru brape ye?

Anonymous said...

Saya guna Satria 97, float rosak.
Oil float (wire type)same dengan wira (Electric type)?
mana boleh dapat?

Anonymous said...

Salam..sy guna satria neo..bila start enjin..meter naik dlm 10 saat ja..pas2 trus trun smpai rapat meter..leh guna cara ni gak ke?

FairusSalleh said...
This comment has been removed by the author.
FairusSalleh said...
This comment has been removed by the author.
mal said...

Salam gang, audi 100. Sape ada experience minyak petrol bau masuk dlm kokpit. Minta pencerahan tuan2

mal said...

Salam gang, audi 100. Sape ada experience minyak petrol bau masuk dlm kokpit. Minta pencerahan tuan2

beki said...

Slm bro tacra..nk tnya float tank 4wd evo sma x ngn proton standard pnya..

Zubairi Hashim said...

assalamualaikum.nk tanya encik sedikit soalan.saya dh tukar baru float tp meter minyak kurang 1 level penuh sedangkan saya isi penuh.tp bila saya tebalikkan soket di float, level minyak jd full.ada apa2 efek tak kalau saya tebalikkan soket tu?terima kasih

Piza 89 said...

salam jeff ..meter kawan dop berfungsi.cek wayar ok belake ..float baru ..mase mule2 tukor bereh ..dalam 6 7 bulan pakai tibe2 mapuh mgejut ..fuel warning pom dop idup

Ajak said...

Salam Mr. Jeff, saya dah tukar float, tapi masalah meter minyak tak selesai. Apa lagi saya boleh buat? Adakah meter minyak saya rosak dan perlu ditukar? Perlukah ditukar 1 set atau memadai menukar part atau component sahaja? Terima kasih

Ibu Lala said...

Ada no fon tak. Nak tanya pasal meter mi yak kereta. Nanti email ke rohana.athmad@gmail.com ye

azidin brahim said...

Salam mr jef...saya pakai kenari...masalah saya ialah meter temperature dan meter minyak akan naik serentak pada H dan F walaupun minyak sedikit....dan walaupun enjin tak panas...sudah tukar termostat tapi tak jadi jugak...mohon nasihat...terima kasih

Anonymous said...

Untuk waja campro blh ke tukar float sja?

Jeff Tacra said...

waja campro saya tak pasti sama ada boleh tukar float sahaja atau pun tidak

Anonymous said...

Saya juga ada masalah dengan meter minyak waja campro. Kadang2 ok, kadang2 tak naik lansung. Tanya kat bengkel hari tu katanya kena tukar fuel pump sekali, dalam rm200-300. Tak tahu betul ke tidak. hmmmm..

ikram said...

saya pakai wira aeroback.masalah pada meter minyak.kalau isi minyak sedikit (rm10) meter minyak mcm tak bergerak.tapi kalau isi banyk baru ada bergerak meter minyak.ingatkan hari tu meter itu problem..sy dah tukar set meter yang baru tapi sama juga.pelampung problem ke?

kakipancingMUAR bandardiraja said...

nk tanya la. wire sensor tu pegi kat mana belah engine bay? sbb saya nk disable sensor tu. sbb kete viva saya nk wat sewa. so nk pastikan org sewa sentiasa isi minyak, dan tak pakai minyak saya.

Anonymous said...

Cabut je mentol indicator tu. Hihi

Anonymous said...

Jangan kedeng sgt bro. Menyusahkan penyewa dan diri sendiri je

Keima said...

myvi saya isi rm 10 jadi 200 km ley jalan....meter rosak ker pelampung yer?

Unknown said...

Bro nak tanya toyota avanza 1.5.. sy dh tukar fuel pump.. tp bila on swifth ja meter minyak trus naik full.dan x mahu turun. Agak2 bro benda apa yang rosak ni.. mohon tunjuk ajar

Unknown said...

Bro nak tanya toyota avanza 1.5.. sy dh tukar fuel pump.. tp bila on swifth ja meter minyak trus naik full.dan x mahu turun. Agak2 bro benda apa yang rosak ni.. mohon tunjuk ajar

abg azamie said...

salam,,meter miyak sy mase isi minyak full dia akan naik,,tp bila minyak habis dia xturun,,,dia turun xsampai E pon,,adakah float rosak atau sangkut kat mana2

Mat mie said...

Salam Jeff, kalau kereta kancil 850 pelampung minyak die sekejap ok dan sekejap xok. camaner tuh, nak kena tukar baru jugak ker abg Jef. ejah pencerahan sikit laa abg jeff.

Azhar Azhar said...

aku pn baru je tukar pelampung minyak kereta iswara aeroback aku tu.
sebelum ni kalau isi fuel..meter naik okay..tp bila minyak dah bawah separuh,mmg jarum meter wt hal.last2 aku g je tukar pelampung minyak..okay dah keretakuu

Azhar Azhar said...

kalau korg nak tukar sendiri pelampung minyak tu pn..mudah je sebenarnya..kalau iswara..buka bonet belakang..pastu buka papan lapik tu..pastu nmpak mcm penutup tin..haa..buka je yg tu..cabut fius dia hati2..tarik pelampung tu hati2..pastu ganti je yg baru..settle boss..

aku beli dlm RM 80,,xtahulah kalau mahal ke murah ke..upah plak standard pomen amik 20 ringgit..

peacee youu...hehehe