Side Mirror Dismantle - Wira

entri blog saya kali ini ialah bagaimana nak membuka dan 'membarai' isi perut side mirror wira. kebiasaanya ada dalam kalangan peminat kereta ingin menukar side mirror autoflip dari mitsu lancer dan oleh sebab masih nak pakai housing asal yang telah dicat cantik, maka anda bolehlah hanya menukar isi dalam autoflip mitsu ke dalam housing asal side mirror wira, menjimatkan... tak perlu lagi cat lain. side mirror antara mitsu dan proton biasanya dapat berkongsi antara satu sama lain kerana proton copy daripada mitsu lancer, sebab itulah kebanyakan part proton wira dapat menggunakan part daripada mitsubishi lancer yang kodnya bermula dengan 4GXX


side mirror manual wira, baru cat satu body kereta termasuk mirror ni. owner kereta nak menggunakan side mirror mitsubishi yang boleh autoflip atau boleh lipat. model proton seperti wira memang tidak didatangkan dengan side mirror auto flip jadi kita dapat menukarnya dengan side mirror lancer secara plug n play sahaja, cuma nak hidupkan auto flip dan nak adjust cermin perlu dibuat sedikit pendawaian. boleh cari entri saya yang lain mengenai pendawaian side mirror auto flip ini


pertamanya tanggalkan cermin dengan mengumpil pada bahagian bawah cermin terlebih dahulu. cara paling senang ialah umpil cermin melalui bahagian bawah side mirror dan masukkan screw driver flat dan umpil bahagian lock mirror ini. dengan mudah mirror dapat dipisahkan tanpa merosakkan cermin tersebut


umpil dengan tangan sampai bunyi klik maka tanggallah cermin daripada housing side mirror. sedikit perhatian perlu diberikan kerana kalau silap dan tak kena cara kemungkinan cermin ini boleh pecah. untuk makluman semua cermin mitsu dengan cermin proton ada beza sedikit imej yang kelihatan padanya iaitu kalau proton imej nampak lebih dekat lagi daripada imej cermin mitsu


tanggalkan cermin asal dan akan nampak manual controller side mirror proton yang hanya dapat laras kedudukan cermin secara manual sahaja


buka nat cover getah seperti ini denga menggunakan screw driver flat seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas, tak susah mana pun sebenarnya


keluarkan cover getah daripada tapak side mirror


buka 2 nat untuk menanggalkan adjuster mirror iaitu terdapat 3 cable untuk melaraskan cermin secara manual seperti gambar di atas


buka 3 biji nat sepert di atas phillips


sebaik sahaja 3 biji nat itu dibuka maka dapatlah dipisahkan tapak side mirror dengan housing side mirror


buka cover kecil seperti di atas, ada 2 nat yang perlu dibuka di sebalik cover ini


buka 3 biji nat lagi kat dalam housing dan keluarkan isi perut side mirror


ini yang bakal diganti dengan yang kita keluarkan tadi, yang ini cuma 3 wayar iaitu hanya boleh control cermin sahaja dan tidak boleh autoflip. yang boleh auto flip ada tambahan 2 wire lagi yang menjadikan kesemuanya 5 wire. ada juga side mirror mitsu yang didatangkan dengan 7 wire, maksudnya ada tambahan fungsi lain lagi iaitu fungsi heater pada cermin yang berperanan untuk memanaskan cermin. ini berguna terutamanya apabila hari hujan air tidak akan lekat pada cermin tersebut kerana cermin menjadi panas apabila kita on suis heater


masukkan yang baru dan pasang balik 3 biji nat tadi seperti semasa kita hendak mengeluarkan yang asal tadi


pasang semula tapak dan segala nat yang dibuka sebelumnya


dah pun selesai... side mirror ini hanya 3 wire iaitu fungsi untuk adjust cermin dengan menggunakan suis khas untuk side mirror sahaja. yang 3 wire tidak boleh auto flip ye

sekian, terima kasih
jumpa lagi

High Speed Starter

bersua kembali... kali ini saya paparkan bagaimana cara menukar starter kereta. kebanyakan dari kita mengalami masalah starter yang menakibatkan kereta tidak boleh scrank untuk menghidupkan kereta ataupun ada yang meminati starter high speed dari mitsubishi yang mengeluarkan bunyi seperti proton perdana V6 apabila start kereta, maka perlulah melakukan kerja-kerja yang berkaitan untuk membuka dan menggantikan starter. berikut ditunjukkan bagaimana menukar starter khususnya pada kereta proton dan kaedah ini sama sahaja antara proton wira, saga, perdana dan lainya. kelebihan starter high speed selain daripada bunyinya yang sedap didengar ialah kita dapat crank enjin dengan mudah sebab starter ini menggunakan bearing untuk menjadikan pusingan starter lebih laju dan bertenaga


pertamanya mestilah membuka terminal negatif bateri kerana pada selenoid starter terdapat satu sambungan terus ke positif bateri. jadi perlulah dilakukan seperti ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini yang bakal berlaku seperti spark apabila wayar positif pada starter yang kita buka nanti akan terkena mana-mana body kereta atau pun terkena enjin kereta. spark yang berlaku ini boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan kereta yang lain dan lebih serius ialah boleh menyebabkan kerosakan ECU kereta


buka cable 12v dari bateri ke starter dan inilah satu-satunya wire positif dari kereta disambungkan ke starter. terminal dari ignition atau suis kereta perlu juga dibuka seperti yang ditunjukkan di atas. hanya perlu tekan dan tarik sahaja soket. wayar ini boleh dilihat melekat pada selenoid starter pada bahagian badan starter


nat starter hanya ada dua sahaja yang bersaiz 14mm seperti yang ditunjukkan di atas. kerja membuka nat ini agak mudah bagi kereta carb kerana banyak ruang dan kalau kereta injection perlulah membuka terlebih dahulu air filter box untuk menyenangkan kerja anda. sangat mudah sekiranya menggunakan ratchet wrench


proses membuka nat starter yang bersaiz 14mm yang terletak pada bahagian gearbox kereta. nat ini boleh dilihat melalui bahagian gearbox atau boleh dilihat melalui box air filter


pada nat starter pada bahagian gearbox biasanya terdapat satu wire terminal negatif dari bateri yang disambung ke sini. bermakna wayar grounding  atau negatif daripada bateri memang disambungkan dengan satu nat starter


dua nat starter dan satu nat 12mm untuk mengikat terminal 12v dari bateri ke selenoid starter


keluarkan starter standard iaitu pada sebelah kanan gambar di atas. starter standard yang asal kereta selalunya lebih gemuk daripada starter high speed


starter high speed dari model mitsubishi, pada belakang selenoid tertera lambang mitsu ( 3 diamond)


starter standard agak 'gemuk' jika dibandingkan dengan starter high speed


pasang starter baru pada tempatnya seperti yang ditanda dengan bulatan


pasang nat 14mm untuk mengikat starter sementara itu pada bahagian belakang starter iaitu pada bahagian selenoid pasang balik terminal 12v dan soket dari ignition


bila selesai, pasang semula terminal negatif bateri dan bolehlah start kereta anda. sesungguhnya starter high speed ini bunyinya lain daripada starter standard... bunyi macam perdana V6 dan dengan mudah kereta dapat dihidupkan kerana starter ini lebih berkuasa jika dibandingkan dengan starter asal kereta

sekian, terima kasih
jumpa lagi

Throttle Body Cleaning

hari ni berlangsung lagi projek diy terhadap sebuah kereta iaitu mencuci throttle body (TB) wira 4G91. idling tak berapa stabil kemungkinan kekotoran TB boleh jugak menjadi penyebab masalah ini berlaku, untuk mencucinya TB kena dikeluarkan dari intake manifold supaya proses pembersihan nanti dapat dilakukan dengan lebih berkesan. anda juga boleh memcuci TB in tanpa membukanya daripada intake manifold iaitu dengan hanya meyembur carb cleaner pada bahagian dalam TB dan lap sehingga bersih. cara ini kurang berkesan jika dibandingkan dengan cara yang akan saya lakukan ini


unplug soket throttle position sensor (TPS) dengan membuka klip dari arah belakang soket. umpil klip soket dengan menggunakan test pen atau apa-apa peralatan yang sesuai


buka hose coolant ke TB iaitu terdapat du hose untuk in dan out coolant ke TB. buka klip terlebih dahulu dan perlahan-lahan tarik hose sehingga tercabut keseluruhannya. pada masa ini sedikit coolant atau air radiator akan keluar, jangan risau, bukannya keluar banyak pun. kita perlu menambah air atau coolant pada radiator apabila proses ini telah siap sepenuhnya nanti


unplug soket stepper motor dan vacuum hose pada throttle body dan buka nat 12mm untuk mengeluarkan TB. ada 4 biji nat 12mm pada setiap penjuru TB


TB 4G91 yang telah dikeluarkan, nampak sama sahaja antara TB mitsu DOHC yang lain cuma beza pada keluasan bukaan TB sahaja. contohnya kalau enjin MIVEC bukaan throttle body bersaiz 60mm dan kalau 4G91 tak sampai pun 60mm


dalaman intake manifold yang kehitaman akibat kekotoran, boleh cuci setakat yang dapat dicapai sahaja. kalau nak cuci keseluruhan dalam intake ini perlulah dikeluarkan intake ini daripada enjin kereta


buang gasket lama, buka stepper motor serta buka TPS (throttle position sensor). harus diingatkan TPS ini jangan terkena bahan pencuci atau jangan terkena air kerana boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada TPS


saya menggunakan preston brake cleaner untuk mencuci TB, sepatutnya gunakan carburetor cleaner, tapi kedua-dua chemical ni lebih kurang sama sahaja, tak jadi masalah kalau nak guna bahan ini untuk mencuci throttel body atau carburetor kereta


spray chemical direct ke TB  dan biarkan seketika barulah proses cucian boleh dilakukan. tujuannya supaya segala kotoran akan mudah terlarut dengan bahan pencuci dan seterusnya mudah tanggal aoabila dibersihkan nanti 


kehitaman dengan kotoran pada bahagian dalaman TB


boleh juga menggunakan berus gigi untu memberus bahagian dalam TB


stepper motor yang telah siap dicuci


dah bersih dari asal tadi


gasket kena tukar yang lain, kat spare part ada jual gasket yang telah siap, bayar duit terus dapat gasket throttel body yang diinginkan, bagitau je untuk kereta apa. gambar atas ialah gasket buatan sendiri, potong mengikut ukuran yang dikehendaki mengikut acuan yang telah dilakar pada kertas gasket


padankan gasket dengan TB dan jangan bulatan gasket tu lebih besar daripada bukaan throttel body kerana boleh mengakibatkan idling dan rpm kereta naik turun nanti akibat kebocoran angin pada bahagian tersebut. salah satu tanda kebocoran angin pada throttle body ialah rpm agak tinggi daripada normal walaupun kita dah rendahkan BISS screw paling rapat


pasang balik kat intake manifold, sambungkan soket stepper motor, soket TPS, vacuum hose serta throttle cable. bila dah siap start engine dan pada masa ini idling kereta akan tinggi daripada biasa. tunggu sehingga enjin mencapai suhu sepatutnya dan laraskan BISS skru kat throttle untuk menetapkan idling yang dikehendaki

sekian, terima kasih
jumpa lagi

T10 Bulb - Front Signal Lamp

bersua kembali... saya tunjukkan diy untuk memasang bulb T10 kat side signal wira dan yang sama dengannya. tujuan untuk mendapatkan kesan lampu pada signal tanpa menjejaskan signal kereta, bermakna bulb kecik ini tidak mengganggu semasa signal beroperasi, signal masih jelas kelihatan cahayanya. tujuannya bukan apa hanyalah untuk menambahkan seri cahaya apabila kita membuka lampu pada waktu malam tambahan pula bulb t10 ini bukanlah mengeluarkan cahaya yang terang benderang. ada yang menyambung terus pada bulb lampu signal dengan melakukan proses wiring tertentu, ini boleh mengganggu kerlipan lampu signal nanti


peralatan yang digunakan yang paling penting ialah hand drill dengan bit yang paling besar, saya tak pasti berapa saiz bit drill tersebut tapi yang nyata nanti ialah lubang yang ditebuk itu dapat dimasukki dengan soket bulb t10


drill lubang seperti pada posisi signal yang ditunjukkan, bahagian belakang atas daripada bulb signal yang asal, hati-hati kerana bit drill boleh tertusuk ke dalam dan boleh mencederakan cover signal. agak mudah nak drill bahan berasaskan plastik ini dan kemugkinan akan terlajak ke dalam boleh berlaku dan boleh mencederakan cover lampu signal ini, so hati-hati semasa melakukan kerja ini


gunakan bit seperti ini untuk membesarkan dan melicinkan lubang yang dibuat tadi sekiranya saiz lubang yang ditebuk tidak sepadang dengan soket bulb nanti. bit ini boleh didapati di mana-mana hardware dengan harga yang agak berpatutan


proses membesarkan lubang mengikut saiz soket bulb T10


lubang yang telah siap dibuat, jangan terlalu besar nanti soket bulb T10 akan longgar dan ini menyukarkan kita untuk meletakkan soket kat situ


gunakan vacuum untuk menyedut sisa-sisa ketika proses drill tadi atau apa-apa sahaja kaedah yang difikirkan sesuai untuk mengeluarkan cebisan bahan plastik yang kita drill tadi. kalau guna vacuum ini proses mengeluarkan sisa tadi menjadi lebih mudah dan cepat


bulb T10 berserta soket, boleh ambik pada meter atau pada lampu kecil headlamp atau mana-mana soket yang tidak digunakan lagi


masukkan ke dalam lubang yang dibuat tadi, pastikan lubang tidak terlalu besar agar soket ngam masuk kat situ

gunakan silikon atau windscreen sealant untuk menutupi pada bahagian tepi soket supaya tidak dimasukki air


test bulb tadi dengan menggunakan kuasa 12v sahaja dan kelihatan hasil bulb tadi nampak kekuningan akibat tindak balas dengan housing lampu signal


pasangkan soket seperti gambar di atas dan tap kat lampu kecil yang terdapat pada belakang headlamp


keadaan cahaya apabila lampu kecil dibuka, siang hari tak nampak sangat cahayanya


rupa apabila malam, lampu kecil dipasang dah nampak bertambah cahaya pada bahagian sisi lampu signal tersebut


ini juga semasa lampu kecil dibuka atau lampu senja, nampak menarik bukan?


dah siap sepenuhnya... bulb ini tidak menjejaskan lampu signal kenderaan yang sedia ada

sekian, terima kasih
jumpa lagi