LH Engine Mounting Replacement

update blog sempena tahun baru 2012. selamat tahun baru diucapkan kepada followers dan sesiapa sahaja yang sudi membaca blog saya ini. sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 rupanya. entri blog kali ini ialah mengenai bagaimana proses menukar engine mounting bagi kereta wira/mitsu sama ada 1.3 - 1.8, kaedahnya sama sahaja. penukaran mounting kali ini ialah pada bahagian timing belt atau LH dalam istilah automobil. ikuti langkah-langkah sebagaimana yang akan ditunjukkan di bawah ini


inilah rupa mounting enjin wira 1.6/1.8 dan untuk wira 1.3/1.5 ada kelainan sedikit, saiznya berbeza anta keduanya. mounting enjin boleh didapati di mana-mana kedai spare part dan seharusnya anda membeli barang baru, kalau barang terpakai bukan kata tak boleh tapi kena tengok dan perhatikan dahulu kondisi dan keadaan barang tersebut, kalau mounting pecah atau koyak boleh menyebabkan enjin bergegar dan sebagainya


brand new mitsubishi motors boleh diperolehi di mana-mana kedai spare part. kat getah mounting pastikan ada cop MB diikuti no part barang tersebut



terlebih dahulu gunakan jack kereta untuk menahan bahagian bawah sebelah kanan enjin (sebelah timing belt), kalau dalam isitilah automotif bahagian ini disebut sebagai sebelah kiri dengan mengambikira seolah-olahnya kita berada di dalam kereta. tujuan letak jack adalah untuk mengampu berat sebelah enjin tersebut


buka nat pada bracket poser steering hose dan compressor hose


buka 3 biji nat bersaiz 14mm seperti gambar di atas. nat ini merupakan nat mouting pada bahagian enjin


buka juga nat 14mm pada bahagian chasis dan pada bahagian satu lagi setentang dengan nat ini terdapat satu lagi nat 17mm yang perlu dibuka, nat tersebut merupakan nat untuk bolt tengah-tengah mounting nanti


sebelum mounting dapat dikeluarkan laraskan jack pada bahagian bawah kereta supaya kedudukan enjin menjadi lebih tinggi sedikit ataupun bila dah terasa mounting tu longgar. dengan cara ini mounting dapat dikeluarkan dengan mudah. gambar atas mounting lama dah dapat dikeluarkan dengan hanya menarik ke atas sahaja


mounting lama dah ada rekahan atau koyakan pada bahagian tepi atas kiri dan kanan getah. klik gambar untuk melihat imej dengan lebih besar


mounting lama


perbandingan antara lama dan baru, sebelah kanan yang baru


lama dan baru


tengok kedudukan getah bentuk V tersebut, kalau yang baru (kiri) kedudukannya rapat pada bahagian bawah dan kalau yang lama (kanan) kedudukannya dah naik ke atas sedikit


ruang enjin tanpa mounting... mounting dah dikeluarkan dan bersedia untuk menerima mounting baru


pasang mounting baru dan ketatkan nat mengikut yang sepatutnya. pasang 3 biji nat pada mounting bahagian enjin dan 2 biji nat pada bahagian chasis. pasangkan juga nat bracket power steering hose dan bracket compressor hose. keluarkan jack yang terdapat pada bahagian bawah kereta


mounting dah siap dipasang, barang baru kurang sikit gegaran pada enjin semasa idling

sekian, terima kasih
jumpa lagi

19 comments:

camelia 125 said...

terbaik la...

Anonymous said...

berapa harga mouting?

jeff_tacra said...

harga mengikut brand tertentu, ada yang rm30 lebih dan ada yang mencecah sampai rm70

Anonymous said...

salam n selmt thn baru,ada soklan nie bro.ada setengah pemilik kenderaan menggunakan silikon yg diletak dicelah2 mounting engine.pe pendapat bro tacra.ok ke kalau buat cm tu?

jeff_tacra said...

apa tujuan nak letak silikon kat celah mounting tu, nak suruh mounting bagi keras atau untuk apa ni

Anonymous said...

Salam bro Jeff..
Saya pakai Proton Wira 1.6. Keseluruhan ada 3 mounting kan? Berapa harga untuk ketiga-tiga mounting tersebut berjenama seperti diatas? Takut kena tipu harga semasa beli di kedai sparepart.

jeff_tacra said...

kebanyakan kereta ada 4 mounting, wira pun ada 4 mounting, kiri, kanan, depan dan belakang. kos untuk 4 bijik brand MMC sekitar rm250

Anonymous said...

askum abg Jeff,
DIY yg menarik..gud job..nway, kalau mounting untuk engine 4G91 sama dengan model wira yg mana?

Anonymous said...

salam bro,lehx kalu evo3 nyer mounting tukar guna 1.8,engine gegar kuatla masa idling(bile compressor a/cond kick),maybe mounting dah keras or ada crack kot...tq

jeff_tacra said...

kalau guna mounting evo pada wira kebiasaannya kan menyebabkan gegaran lagi kuat dari biasa. memadai menukar mounting standard yang boleh didapati di spare part

Anonymous said...

mounting 4g91 same ke dgn 4g13/4g15?nak beli..tkt slh...

jeff_tacra said...

bush crossmember sama antara 4g13/15/91/92/93 tetapi kalau buas kiri kanan ada beza antara 4g13/15 dengan 91/92/93

Anonymous said...

Salam bang. klu mivec CK mana nak cari mounting dia bang ek? agak2 berapa tu harga dia?

Anonymous said...

salam bro..mounting untuk iswara agak2 brpa hrga 1 set ek..

Anonymous said...

Hi.. Kalau nak check harga mounting kereta Proton, sila tengok pada link ini
http://protonperoduaparts.com.my/en/27-engine-mounting

ayu reeza said...

salam bang jeff.. harga utk viva 3 mounting utk viva plsss.. sy nak pegi tuko ptg ni gak :) tq

shahputri said...

As salam.keta sy dah ada vibrate bila time reverse gear n idle.klu kenatukar mounting, perlu ke tukar 3 bijik sekali?klu bole tukar sebhgian dulu yg mna satu nak tukar?mounting ori viva mmg mahal gak ni.tq 4 ur help.

Muhd razif Rahman said...

Salam kalau mounting untuk kereta saga enjin 4g91 pulak?bahagian mounting mana yg perlu di mod kan..

Muhd razif Rahman said...

Salam kalau mounting untuk kereta saga enjin 4g91 pulak?bahagian mounting mana yg perlu di mod kan..