Gear Linkage & Short Shift

entri kali ini ialah bagaimana prose menukar linkage gear wira/mitsu dan juga pemasangan short shift pada gear tersebut. linkage gear terutamanya pada bahagian tuil gear terdapat bush-bush tertentu untuk menjadikan pengendalian gear mantap dan sekiranya bush berkenaan rosak atau pecah akan menyebabkan gear susah hendak dimasukkan dan terlalu banyak free play pada batang gear tersebut. anda boleh menukar bush gear yang boleh dibeli di mana-mana kedai spare part dengan harga yang murah sahaja. entri ini ialah penukaran keseluruhan linkage gear dariapda proton ke linkage evo kerana memnag terdapat perbezaan antara keduanya walaupun kelihatan fizikalnya adalah sama. bila dah pasang baru tahu perbezaannya..


linkage gear evo/lancer yang boleh diperolehi di kedai halfcut


short shift aftermarket tak ada brand, besi berat dan nampak ok je



buka pin klip pada hujung cable gear yang bersambung ke gearbox dan keluarkan hujung berkenaan


cable gear telah dikeluarkan dari sambungan gearbox


buka arm rest dan console gear


tapak gear pada body ada 4 nat 12mm. setelah 4 nat dibuka terdapat du biji nat 12mm lagi pada bahagian tengah cable gear, boleh dilihat pada bahagian bawah dashboard berhampiran dengan firewall bahagian dalam kereta


bush yang rosak diganti dengan yang elok


bush rosak, dah hilang bahagian tengahnya


proses memasukkan bush gear pada short shift. harus diingat ketika hendak memasang short shift pada kereta terlebih dahulu anda dikehenddaki memasang semula semua bush asal gear pada short shift, letakkan gris secukupnya


linkage telah dimasukkan ke tempat asal


buka shift gear asal


pasang short shift aftermarket


kedudukan pada linkage gear


letakkan gris pada setiap bahagian joint shift


sudah siap sepenuhnya, boleh test kereta anda dan perubahan ketara yang dirasai ialah kemasukan gear menjadi semakin pendek kerana penggunaan short shift

sekian, terima kasih
jumpa lagi