In Car Entertainment (ICE)

bersua kembali... paparan kali ini ialah bagaimana peralatan yang perlu dan penyambung in car entertainment (ICE) bagi sesebuah kereta. ramai dalam kalangan kita menaik taraf sistem audio kereta masing-masing tetapi menyerahkannya kepada kedai accessories untuk memasangnya, padahal kita sendiri pun boleh melakukan kerja-kerja pemasangan ice sistem pada kereta kita. bolehlah berjimat sedikit... tambahan pula kita boleh memilih peralatan yang sesuai dengan bajet yang kita ada dan lebih penting kita dapat melakukan proses wiring dengan kemas lagi


ini ialah simple diagram ICE sistem kereta saya tapi bunyi tidak mengecewakan, bolehlah.... saya menggunakan HU Alpine menggunakan preamp 7 band brand EPSILON. dari preamp pergi ke 2 bijik power amp. power amp 2 channel pertama untuk drive sepasang woofer dan satu lagi power amp 4 channel untuk drive sepasang tweeter dan sepasang midrange di pintu hadapan kiri dan kanan. itu saja yang saya gunakan, tidak ada speaker belakang 6 x 9 seperti kebanyakan yang terpasang pada kereta wira sedan. setup ini kiranya dah memadai dan kalau dituning dengan baik hasil bunyi yang dikeluarkan sudah cukup bagi kita, bukan untuk sound pressure yang bunyinya sangat kuat yang kebanyakannya nampak extreme sangat. setup saya ini lebih kepada SQ iaitu sound quality


head unit ALPINE 2nd hand frekuensi malaysia. ada dalam kalangan peminat kereta menggunakan head unit dari japan tetapi frekuensi tidak sama sepert di negara kita, kena pakai booster untuk mendapatkan siaran radio malaysia, tetapi frekuensi tetap tidak menunjukkan nombor yang sama untuk siaran tempatan. terus terang saya katakan saya memang tidak berminat dengan head unit japan. asas penyambungan wire pada head unit iaitu wire merah (ACC), wire kuning (constant 12v), wire biru + putih (remote antenna - perlu disambung ke wire remote power amp), wire orange (illumination iaitu ke + lampu kecil) dan akhir sekali ialah wire hitam ke body kereta 


ini ialah preamp EPSILON 7 band parametric yang mendapat signal input dengan menggunakan RCA cable dari head unit dan dari sinilah disalurkan kepada sepasang power amp dengan menggunakan 2 unit RCA cable (rujuk diagram di atas). proses wiring power pula ialah biasanya terdapat 3 wire asas iaitu merah (ACC), hitam (body) dan biru atau lain-lain warna (remote) iaitu disambungkan ke wire remote pada head unit. fungsinya ialah semasa kita on head unit maka wire remote ini akan supply current ke pre-amp dan juga power amp untuk mengaktifkannya


dari power amp pertama, channel 1 dan channel 2 sambung ke tweeter, yang kebiasaannya ditempatkan di atas dashboard atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. gambar tweeter di atas hanyalah hiasan sahaja. boleh pilih mana-mana tweeter yang terdapat di pasaran semasa. pastika wire + dan - daripada power amp sama dengan + dan - pada tweeter


contoh power amp... pilihlah power amp yang berjenama sedikit dan jangan terpedaya dengan tulisan watt pada jenama biasa kerana ternyata berlainan dengan watt sebenar, melainkan yang berjenama terkenal di pasaran. proses wiring pada power amp iaitu perlukan power cable yang diambil direct daripada + bateri dengan memasukkan satu fuse 30A paling dekat dengan bateri kereta. GND atau ground power amp pula kita tap pada body kereta, kalau boleh wire ini perlu tap pada body yang paling dekat dengan power amp. akhir sekali ialah wire remote yang disambungkan ke head unit seperti penyambungan pada pre-amp tadi


inilah midrange yang saya gunakan pada pintu kanan dan kiri untuk menaikkan lagi bunyi mid pada sistem bunyi dan dapat menyerlahkan lagi vokal pada setiap bunyi, pun saya gunakan jenama alpine 2nd hand sahaja


ini contoh speaker midrange yang terdapat di pasaran. yang 2nd pun banyak orang jual seperi alpine, carozzeria, kenwood, nakamichi dan lain-lain. walaupun 2nd hand tapi quality bunyi yang dihasilkan tidak mengecewakan kita


sepasang woofer yang saya gunakan iaitu type dual voive coil brand blaupunkt yang berharga sekita rm400 sebiji, single coil pun tak ada masalah asalkan RMS dan watt mencukupi dan bersesuaian dengan penggunaan power amp yang dipakai. sub jenis yang saya pilih ini adalah merupakan sub jenis free air iaitu bolehlah di pasangkan tanpa sub woofer box seperti setup saya ini



cd changer brand alpine yang digunakan dan disambung terus dari HU ke changer tanpa membuat apa-apa proses wiring tambahan. hanya gunakan satu cable sahaja


untuk menyambungkan power 12v ke power amp perlukan power cable seperti di atas. cable ini boleh didapati di mana-mana kedai accessories dan dapatkan ukuran sepatutnya untuk digunakan pada kereta anda


power cable disambung ke direct terminal positif bateri di dalam engine bay dan kira-kira 1 kaki dari terminal hendaklah dipasang fuse seperti di atas


cable lug boleh dibeli di kedai elektrik untuk menyambung power cable ke bateri dan ke power amp. cable lug ini juga boleh digunakan untuk menyambung punca negatif dari power amp ke ground atau body kereta. seboleh-bolehnya sambung negatif ke power amp sependek yang boleh dan selalunya saya sambungkan ke nat untuk seat


RCA cable diperlukan untuk menyambung dari HU ke preamp dan dari preamp ke power amp. pilihlah RCA cable yang ok, banyak terdapat di kedai ecc


speaker cable untuk penyambungan dari power amp ke mana-mana speaker yang dipasang pada kereta. salah satu petua untuk mengelakkan bunyi gangguan enjin pada speaker ialah asingkan laluan power 12v ke power amp dengan cable ke speaker, iaitu sebaik-baiknya jangan susun sekali cable power 12v dengan cable speaker


untuk nampak lebih kemas anda bolehlah membeli terminal seperti di atas untuk penyambungan speaker cable ke power amp dan ke mana-mana speaker

sekian, terima kasih
sincerely: jefftacra