Info & Tips Vol.1

entri kali ini ialah mengenai pelbagai info dan tips yang dikumpul untuk maklumat semua. kadang-kadang info-info tertentu sangat berguna untuk kita dalam dunia pemotoran. sedikit info dari saya untuk anda


bagi pengguna kereta, brake pad memainkan peranan penting untuk memberhentikan kereta, jangan ambil mudah dengan sistem brake kereta anda, pilihlah brake pad yang bagus. gambar atas menunjukkan perbezaan antara pad MYVI (atas) dan pad ERV (bawah). didapati permukaan yang contact dengan disc pad ERV lebih besar daripada permukaan pad MYVI, jadi braking pad ERV lagi mantap


lagi close up antara pad MYVI dengan ERV, nampak lagi lebar yang ERV punya


sehubungan dengan itu, saiz antara pad MYVI dengan ERV adalah sama besar cuma contact pad pada disc je lebar yang ERV. pengguna MYVI bolehlah menukar pad dengan menggunakan pad brake ERV, masuk macam tu je dan tak perlu apa-apa pengubahsuaian. BRAKE PAD SUZUKI ERV PLUG N PLAY PADA CALIPER MYVI


foglamp memainkan peranan penting bagi kereta selain daripada mencantikkan cahaya pada waktu malam dapat membantu menambahkan kecerahan cahaya pada waktu malam untuk pemanduan kita. cahaya kuning amat sesuai digunakan pada suasana berkabus kerana cahaya kuning dapat menembusi kabus daripada cahaya putih yang kebanyakkannya gagal kalau di dalam hujan yang lebat


saya menggunakan kit HID H3 pada foglamp kereta saya dan inilah hasilnya pada waktu malam. gambar atas ialah cahaya headlamp biasa + cahaya HID foglamp, nampak lebih jelas dan sangat terang. kena minor mod untuk pasang bulb HID pada foglamp, cari entri blog mengenai pemasangan HID pada foglamp


ini pula ialah minyak gearbox keluaran mitsubishi khusus untuk gearboc LSD, namun boleh diguna pakai pada gearbox manual tanpa LSD, lagi baik. harga untuk 4 liter ialah sekitar rm150-rm170


saya mengubah kedudukan coil plug ke tempat lain kerana laluan asal cable plug telah terhalang oleh hose fuel regulator, nampak tak kemas. oleh itu saya pindahkan dan susun semula cable plug seperti di atas


ini gambar selepas siap sepenuhnya


bagi pengguna enjin mivec menjadi perkara biasa pada gear 5 kelajuan 100kmj dengan kedudukan meter rpm3.2k seperti di atas. normal kalau wira 1.3/1.5 100kmj dengan gear 5 rpm berada pada kedudukan 3k


ini pula ialah bagi pengguna enjin turbo GSR, mesti ada U hose untuk water cooled oil cooler pada bahagian oil filter. kebanyakannya hose ini lama kelamaan akibat wer n tear akan bocor dan menyebabkan coolant menitik dan kalau kes yang lebih teruk boleh menyebabkan overheat. penyelesaiannya mod seperti di atas dengan menggunakan hose silikon untuk menggantikan U hose asal


139dB... ini lah kekuatan bunyi horn stebel nautilus made in italy, dan jangan tertukar dengan made in taiwan yang menggunkan jenama nautilus sahaja. horn biasa sekitar 85dB - 90dB sahaja


cover minyak brake dan minyak power steering yang dibeli direct dari jepun dengan harga lebih kurang rm5 satu unit dan kalau harga di negara kita rm45 seunit


condenser fan evo sangat baik dipasang pada kereta anda kerana menghasilkan angin yang kuat. pemasangannya pula ialah pada bahagian hadapan kereta dan ini bermakna hembusan angin direct ke condenser, seterusnya menjadikan sistem penyejukkan kereta anda lebih berkesan. kalau dah pasang fan evo ini, lebih baik keluarkan condenser fan asal pada radiator


oil pressure gauge sangat penting bagi enjin yang telah diubahsuai kerana dapat memantau tekanan minyak hitam di dalam enjin sama ada kuat atau tidak. dalam keadaan idling pressure minyak hitam di dalam enjin sebaik-baiknya ialah antara 25psi -30psi, masa cruising sekitar 50psi - 60psi dan semasa wide open throttle sekitar 75psi - 80 psi. ada enjin lebih tinggi lagi daripada yang saya nyatakan bergantung kepada kekuatan oil pump masing-masing. kalau bacaan rendah bermakna tekanan minyak kurang kuat dan kemungkinan oil pump telah lemah


ini ialah barang-barang yang diorder untuk seorang kawan bagi menjalani proses top overhaul enjin 4G92M. harga barang di atas tu dah mencecah 1.2k

sekian, terima kasih
jumpa lagi

28 comments:

fahmi 2204 said...

terbaik bro...barang sain demo 1.2k tuu..
nk tny cket,kalu wira std,brake pad gapo molek pakai,hok kawe kuat brdebu doh...

Jemy said...

Salam bro,

Saya ada soalan mengenai gearbox GTI (code 222 Hicom). Pada 3k RPM, berapa km/h yang saya boleh dapat? Adakah clutch tengah sejuk@panas memainkan peranan sebab saya perasan masa enjin sejuk, saya dapat 100km/h, masa dah panas dapat 110km/h..

jeff_tacra said...

fahmi - try cari brake pad AFI TECHSTAR warna oren

Anonymous said...

salam bang Jeff..

saye ade soalan n kalu boleh nak mintak pendapat sikit...saye adalah pemilik perodua viva..enjin saye sudah pun jalani proses bolt on turbo dengan tangan saye sdiri dan sudah hampir dua tahun.saye telah mengupgrade sistem braking saye dengan menukar kepada brake set move L900 double layer disc rotor..masalahnye amat sukar saye nak tukar brake pad..dsebabkan xbyk kedai sparepart yg ade stok..jd saye nak mintak la pendapat abg jeff kot abg jeff tahu model kereta ape yg brake pad nye same dn boleh diguna pakai.

jeff_tacra said...

wsalam, saya pun tak pasti brake pad move L900 sama dengan model mana, boleh try bawak sample pergi ke mana-mana kedai spare part

FAHMI 2204 said...

OK..TQ BRO..teruskan memberi info yg bermanfaat kpd kami...sy dulu tahu rembat je keta...skrang ni dah bleh knal cikit2..hehe

mat cak said...

slm...
sy punya mivec 100km rpm dia 3.4k
ade prob ke bang jeff
kreta manual standard je

wiragaban said...

Ass'lamkum,beberapa hari yg lepas sy menukar leneng brek drum dan pump brake.sy dapati tekanan brek tak sama dgn sbelum ni.kena tekan byk bru ada slow kete.sebelum ni letak hujung jari kaki dah slow kete.adakah perkara ini normal@ada sesuatu yg tak jd?.

jeff_tacra said...

try buat bleeding balik, kadang-kadang ada udara dalan brake hose menyebabkan brake spongy

saed said...

as salam..
bang nk tanye la...brake pad ape yg sesuai utk wira 1.6 standard sebelah belakang yg mempunyai permukaan yg besar??

Wiragaban said...

TQ Jeff,selepas buat bleeding,brake berfungsi dengan mantap.

Amy Mazlan said...

A'kum bang..nk bertanye nie...pe komen abg klu blok mivec dkawinkan dgn head gti,wiring pun gti...sistem mivec mmg xde la psl bkn head gti kn? Tp kekuatan enjin cmnie cmner bang.....gearbox 1.5SE je

jeff_tacra said...

tak jadi macam mivec sebab pakai head GTI. memang ada enjin 1.6 non mivec

Anonymous said...

Kereta Sy kalo rpm 3k..speed lbh krng 82-85kmj..kalo rpm 3.5k speed 100kmj..gear 5..gearbox standart mivec..enjin pn standart lg..

jeff_tacra said...

normal bagi pengguna gearbox mivec, tidak ada apa-apa masalah

San said...

Kerta sy wira auto 1.5 meter 100 rpm jf 4k..apa mslh?

jeff_tacra said...

auto memang macam tu, ratio gear sangat berbeza dengan manual

Shah Wan said...

abg jeff mana saya boleh order brg-brg top over hall mivec 4g92 mcm yg di atas

Shah Wan said...

di mn boleh sy order set top overhall 4g92 mivec bro jeef

wawan said...

Salam bro...... Nak tanya sikit.... Now gua tengah kc masuk blok mivec kawin ngan head gsr.... Guna sistem gsr. Tapi masalahnya timing belt guna apa punya ya coz mivec punya tu panjang sangat.

jeff_tacra said...

nak tanya, buat apa masuk blok mivec kat head gsr, kenapa tukar blok kecik sedangkan blok gsr 1.8

wawan said...

Sa punya blok gsr ada masalah..... Tu yang guna blok mivec tu..... Tapi tu yg masalahnya.... Timing belt problem... Head 4g91 n gsr kan sama tinggi

jeff_tacra said...

timing 4g91

wawan said...

Baru ja beli...... Timing belt 4g91 harap2 ok la... Sa belibelt ja rm100. harap2 ok lah bro... Tq bro for u info.....

shaharul irwady said...

Nk tye apakah pelincir yg pling sesuai utk4g91..klu pelincir mitsubishi5/40blh x..

shaharul irwady said...
This comment has been removed by the author.
shaharul irwady said...

Dimana ade jual gear oil diaqueen lsd..biasenye utk autoje adeje yg ade sp3..

Unknown said...

Salam,bro. Nak tanya skit. Bro bleh buatkan pemasangan foglamp satria gti ke wira tak? Kalau ada brape kos pemasangan & dimana lokasi bengkel. Tq.