Race Tech Chasis Alignment Kit

race tech chasis alignment kit menawarkan kemantapan sistem chasis kereta anda dan kini anda boleh merasai perubahan serta merta setelah memasang alat ini pada kereta anda. kalau honda terkenal dengan rigid collar kini proton pun ada penyelesaiannya dengan adanya chasis alignment kit (CAK) yang harganya jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan rigid collar, namun kualitinya hampir setanding antara keduanya. kali ini saya tunjukkan langkah pemasangan CAK secara DIY dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan peralatan mencukupi


6 unit CAK race tech dibuat daripada aluminium dengan aeronautics kualiti T-6061 dan CNC untuk menutup ruang (engineering tolerance) pada subframe kereta anda


dengan pemasangan alat ini ruang kemasukan nat yang diikat ke chasis akan menjadi padat dan seolah-olah langsung tiada ruang lagi pada subframe kereta dan akan menyebabkan subframe menjadi rigid dan kukuh seterusnya memantapkan pengendalian kereta


kedudukan 6 biji CAK pada subframe. harus diingat kerja pemasangan CAK ini boleh dikatakan agak sukar dan mencabar kerana terpaksa menurunkan subframe dari chasis (tidak perlu keluarkan subframe dari kereta). turunkan sekadar untuk memasang CAK pada lubang nat subframe. semasa memasang kembali subframe pun sukar jugak sebab nat dah tak boleh bergerak sebab dah tidak ada ruang pada subframe tersebut, jadi perlulah kesabaran semasa memasang kembali nat terutamnya nat pada hujung atau belakang subframe (rujuk gambar di atas) yang begitu susah untuk dipasangkan... anda janga memaksa mengikat nat kerana boleh merosakkan thread pada chasis...


jack kereta, buka tayar kiri dan kanan kereta


peralatan yang digunakan, jack stand kiri dan kanan kereta manakala jack gunting untuk menampung subframe nanti


bersedia untuk kerja seterusnya...


bagi yang memakai drop link evo hendaklah membuka bahagian atas drop link supaya subframe dapat ditrunkan dengan mudah


crossmember juga perlu dibuka


buka nat 17mm pada bahagian belakang subframe, ada 2 biji nat di kiri dan kanan kereta


buka satu nat yang mengikat subframe pada chasis hadapan, gunakan spanar box panjang dan hulurkan melalui tengah lower arm. pada masa ini ampu subframe dengan jack di kiri dan kanan kereta sebab subframe boleh jatuh ke bawah apabila nat ini dibuka. anda juga pelu membuka bracket nat steering rack


contoh pemasangan pada nat subframe depan


apabila subframe dapat diturunkan sedikit, masukkan CAK pada lubang hujung atas subframe, rujuk gambar diagram pemasangan di atas


bahagian bawah masukkan pada nat panjang 17mm tadi dan pasang pada kereta


CAK dah siap pasang pada tempat yang telah ditentukan. bila dah masukkan semua 6 bijik CAK pusingkan nat perlahan-lahan dan sekata antara kiri dan kanan kereta serta depan dan belakang subframe, kalau senget sudah tentu nat sukar dipusingkan


dah siap tertanam pada TAC saya... belum test lagi sebab siap tadi pun dah pukul 12.45, bersiap dulu untuk solat jumaat. petang nanti test dan akan direview di sini serta di FB saya

klik link berikut untuk melihat video bagaimana ia berfungsi
rigid collar

sekian, terima kasih
jumpa lagi

25 comments:

PMC Cak said...

Menarik.. Cak kena ada royalti ni.. huhuh ..

CAK untuk nissan xde ke ? hehehe

jeff_tacra said...

alamak.. CAK, ko kena mintak royalti dari race tech, hehe. untuk nissan tak pasti bos

Anonymous said...

alang2 timbul cite subframe ni nk tanya la bro jeff, arb wira se sama x ngan evo or waja?tq..

jeff_tacra said...

wira SE first model sama rasanya dengan evo dan waja serta gti. wira SE sekarang ni tak pasti pulak macamana arb

ah Gee.!! said...

fuh memey terbaekk...
brg dah ade.. nok pasang pLok.. tadok mase nok ato..

ah Gee.!! said...

keje agak rumit.. riLek jer sifu wak sorg

Anonymous said...

wow..untok iswara ada tak?

jeff_tacra said...

cak ni memang berbaloi dengan apa yang dilaburkan, pengendalian kereta terasa beza dari sebelum ini, steering respons pun rasa sedap je, smooth. bawak sekitar 80kmj jalan yang biasa dilalui rasa macam tak henjut sangat kereta, macam absorber dah rasa lembut, selekoh memang kereta stabil, mungkin sebab body dah sekata dan rigid

Mohd Azrul said...

berapa harga barang ni?

jeff_tacra said...

harga barang ni rm170 satu set. boleh contact no 0162329550 (mell)

mell_amir said...

thanx otai tacra sbb review heheheh..

Anonymous said...

brang ini menda baru ke bang?mekanik lain tau x pasang?

Anonymous said...

tak pernah tgk barang nie.pertama kali tgk.tq bro

RebeLLious said...

bang, CAK ni ble pki kt satria lame gak kn?

jeff_tacra said...

barang ni boleh dipakai pada satria lama. pemasangan boleh dilakukan di mana-mana bengkel kerana ada diagram disertakan bersama kit ini

Anonymous said...

untuk wira body sedan 1.3 tetapi dah upgrade 4g91?boleh x bro rekemen seat depan dan blakang untuk ditukarkan?jenama apa ok?tapak 1.3 sama ke dgn lain?

Anonymous said...

salam abg jeff,saya nk minta ilmu dgn abg,blh tunjukan pemasangan&function anti-lag turbo&launch control,help me,terima kasih bang.

Anonymous said...

berapa ambil upah pasang ni untuk kete wira? ke free je?

shah said...

bagus ni..bang waja subframe agak leh ngam x masuk cak ni?

jeff_tacra said...

kalau tak silap kat subframe waja pun boleh masuk CAK ni, tak ada masalah

Anonymous said...

salam....klau exora agak2 bleh tak...

Anonymous said...

ape beza stiff ring dengan CAK ni?

Anonymous said...

Cne nk pasg utk nat blakg

moses said...

Salam bro.fungsi CAK ni sama cm stiff ring tu ker?

onlineshop2u said...

Bos jack stand bole beli kat kedai spare part ker....