Starter Motor Service

entri kali ini ialah bagaimana cara untuk service starter kereta anda. apabila ada tanda-tanda macam berat je starter nak crank maka perlulah diservice starter tersebut kerana kotoran di dalam starter memyebabkan tak kuat untuk crank dan ada kemungkinan carbon brush dah pendek. ikutilah cara seperti di bawah ini


setelah starter dikeluarkan untuk membarai starter ke gunakan tools yang diketuk tu, apa nama sebenar tak ingatlah.. buka nat phillips pada bahagian bontot starter seperti gambar di atas


buka jugak 2 biji nat phillips selenoid starter


buka nat 12mm seperti yang ditunjukkan, nat selenoid starter


keluarkan selenoid starter


buka nat belakang starter


asingkan seperti di atas


keluarkan semua sekali dari housing starter


asingkan juga coil starter


coil starter


carbon brush starter


peralatan yang dibuka dari starter


gunakan WD-40 untuk mencuci semua peralatan yang dibuka tadi


cuci hingga segala kotoran, habuk bersih


peralatan starter yang telah siap dibersihkan


pasang balik semua peralatan starter seperti asal dan bolehlah pasangkan pada kereta

video
video setelah siap dipasang pada kereta, kalau sebelum ni nak crank rasa berat dan seolah-olah starter lemah, tetapi sekarang bunyi pun dah semakin mantap... starter bearing high speed mitsu

sekian, terima kasih
jumpa lagi

17 comments:

Anonymous said...

kemas la abg jepp...
kipidap...
namer tool yg abg pakai utk gamba pertama tuh Drive Impact..
wslm...
(",)...

Anonymous said...

Salam..kalo kat kedai,brape harga biasa dia charge?

jeff_tacra said...

ha.. ah, toola tu namanya drive impact, memang lupa namanya. kalau kat kedai rasanya tak lebih rm50 kot untuk upah service starter

ohmlawx said...

salam,

hai bro. Tumpang tanya.

Dua hari lepas saya hantar kereta ke pomen untuk servis sebab nak jalan jauh. Then time nak ambik kereta tu, pomen cakap lepas dia tukar minyak enjin dan gear, dia cakap minyak enjin ada serbuk besi, then lepas tukar minyak gear, ada bunyi ketak2 yang kuat di gearbox, then gear xleh masuk xkira D, R, dan lain2. Sebelum servis, kereta saya ni langsung xada masalah. memang berjalan dengan baik dan kejap. lepas servis terus jadi macam ni adakah boleh jadi masalah macam ni? rasa macam dianiaya pula.
kereta: proton wira 1.5 SE auto
tahun: 2005 (baru lepas tukar enjin mac 2010)
apa yang pomen tu buat: tukar spark plug, air filter, belting, minyak enjin dan minyak gear.

jeff_tacra said...

dalam gearbox ada serbuk besi hanya sekiranya kereta berjalan tanpa minya gear
kalau minyak ger cukup takkan ada masalah macam tu
ada kemungkinan buka minyak gear dan lepas tu kereta dibawa ke mana-mana tanpa disedari oleh seseorang atau pomen sendiri
bukan saya nak menuduh sesiapa tapi itulah hakikatnya kalau ada serbuk besi di dalam gearbox

jadi sekarang saya rasa gearbox saudara dah mengalami kerosakan
kena turunkan gearbox untuk overhaul ataupun ganti dengan gearbox lain

Anonymous said...

kalau org kg panggil 'spanar katok' la abg jef

Anonymous said...

salam..abg jep.. starter ape yg just pnp ke wira 1.5 vdo?

jeff_tacra said...

starter high speed vr4/evo

Anonymous said...

salamabg jeff. nk tnya, starter v6 bole pakai trs tak kt engin waja 4G18. atau nk kena ubah ape2. tq

Anonymous said...

salam abang jeff..
pertanyaan ni hanya untuk memastikan lah...
sy ade beli starter vr4..tinggal nak pasang je ni..
injn sy 1.3 vdo manual..
persolanye..
starter ney hanya pnp je kn pada injin saya..??
perlu tambah barang ape2 ke untuk pemasangan tu..?
tq..=]]

jeff_tacra said...

pnp sahaja tanpa apa-apa ubah suai

diana karina said...

salam semua..nak ty sikit pasal perdana se..apa masalah bila keta dah gerak pas 2 kita matikan..nak start balik mesti susah..nasib baik hidup.kalau nasib x baik kena tunggu lama sikit..kena tunggu sejuk dulu baru ok balik..saya dah cek bateri.bateri ok lag..ada yang boleh bantu

muhammad adam said...

Salam abg jef.. sy nk tnye skit ni, starter vr4/evo boleh pnp kat iswara 1.5 tak?

watie said...

Assalam abg jep, saya pemandu wanita. tk tau banyak psl keta. keta saya wira 1.5 dan ada masalah keta tk mau start. ada wat jumper dia hidup, cek batri weak bacaan ms br start 9 something. tapi bila dah matikan sml, enjin tk blh start. member cek kata mgkin alternator. boleh ke cuci atau ganti carbon brush sj, atau ada mslh lain? lg satu, disebabkan itu, tingkap saya tk blh dibuka. dan kalau betul hanya tukar atau bersihkan carbon brush, agak2 bp kos dia? mekasih abg jepp

jeff_tacra said...

kebiasaannya kalau bateri baru pun masih cepat weak bermakna alternator dah rosak, charge tak masuk. so kena service alternator dengan menukar carbon brush sekiranya rosak. kos sekitar rm100 ke atas. kalau tak jadi juga dah sampai masa kena tukar alternator lain

jeff_tacra said...

Saudari boleh juga rujuk wall fb saya. Ada perbincangan masalah ini kat situ

mohd dzull azlyn said...

assalamualaikum nak tanya apa beza starter perdana se dengan v6? same ke?