bersua kembali... entri kali ini iaitu bagaimana proses penukaran steering rack bush dan jenama yang saya pilih ialah SUPER PRO BUSH, tidak asing bagi peminat kereta mengenai brand ini. kalau bush steering rack dah rosak atau kemek maka steering sedikit meliar dan kadang-kala pemanduan rasa macam kereta ke kiri dan ke kanan mengikut alunan jalan. untuk mengesan bush yang rosak iaitu semasa park kereta, enjin tidak dihidupkan, gerakkan stereng ke kiri dan ke kanan dengan pergerakan yang cepat dan perhatikan pada steering rack. jika steering rack bergerak mengikut pergerakan stereng tadi maka tibalah masanya untuk menukar bush yang baru
performance suspension bushing SUPER PRO
dua biji steering rack bush untuk wira/waja/lancer dengan harga antara rm80-rm120
jack kereta perlulah digunakan untuk menampung berat kereta dan sebagai langkah keselamatan kerana proses penukaran bush ini banyak bekerja di bahagian bawah hadapan kereta, dengan kata lain bahagian bawah enjin kereta
buka crossmember terlebih dahulu iaitu pertamanya buka nat 17mm pada bahagian mounting hadapan dan belakang. kemudian buka 2 biji nat 17mm bahagian hadapan crossmember dan 2 biji lagi nat 17mm pada bahagian belakang, keluarkan crossmember
buka 2 biji nat 17mm pada bracket bush asal yang terdapat pada kiri dan kanan steering rack
bracket bush kanan telah dibuka dan bush lama telah dikeluarkan
nat 17mm crossmember, nat 17mm bracket bush steering rack. besi bentuk U di sebelah kanan ialah bracket bush RH (kanan kereta)
inilah bush lama yang telah dikeluarkan dan anda nampak getah berpetak di sebelah kanan ialah potongan timing belt lama yang saya lapik pada bush ini. boleh juga dibuat seperti ini tetapi lama-kelamaan bush akan kemek jugak
SUPER PRO dan OEM bush
SUPER PRO ternyata lebih kenyal jika dibandingkan dengan OEM bush dan sebab itulah bush biru tersebut lebih tahan lama jika dibandingkan dengan bush standard