Info & Tips Vol.3

entri kali ini merupakan sambungan daripada entri terdahulu mengenai info dan tips tertentu dengan harapan semoga boleh dikongsi untuk dijadikan panduan untuk semua


ini merupaka clutch pedal mitsu dan berlainan dengan pedal clutch wira, boleh plug n play pada kereta wira. satu keistimewaan yang ada pada pedal clutch ini ialah adanya spring yang membantu pengguna semasa menekan clutch, spring ini menolong meringankan lagi pedal clutch. sangat sesuai bagi mereka yang menggunakan set clutch racing seperti exedy, triniti dan sebagainya


FICD merupakan alat oem bagi kereta toyota untuk membantu menaikkan idling terutamanya semasa on aircond. bagi kebanyakan pengguna kereta wira atau mitsu selalunya ada masalah stepper motor iaitu semasa on aircond rpm drop sehingga boleh menyebabkan kereta mati. pemasangan FICD ini merupakan penyelesaian kepada masalah tersebut dan kita boleh laras tinggi rendah rpm semasa aircond dibuka


gambar atas merupakan conrod bearing kereta wira atau mitsu. gambar no.2 ialah conrod bearing yang dah terlalu haus dan perlu ditukar dengan yang baru. antara tanda untuk mengenal pasti masalah bearing ini ialah, semasa hidupkan kereta terutamanya cold start dan ketika rpm naik lepas start ada bunyi ketukan pada bahagian enjin. salah satu cara lagi ialah semasa kita rev hingga 3k rpm ketukan boleh kedengaran daripada tengah enjin. kalau ini berlaku sampai masanya conrod bearing perlu ditukar dengan yang lain


kebanyakan daripada pengguna kereta selalu mengalami masalah kebocoran head gasket dan boleh mengakibatkan minyak hitam berkurangan dalam enjin. head gasket standard mempunyai jangka hayat tertentu dan apabila bocor perlu ditukar dengan yang lain dan ada kes head gasket standard putus yang boleh menyebabkan minyak hitam bercampur dengan air di dalam enjin. penggunaan metal head gasket sangatlah efesien kerana tidak mudah bocor dan tahan lebih lama kalau dibandingkan dengan standard. kini terdapat pelbagai jenis metal gasket di pasaran dan pilihlah jenama dan ketebalan yang bersesuaian dengan kereta anda


sistem brek kereta memainkan peranan penting untuk memberhentikan kereta dengan berkesan. penggunaan braided hose brake boleh meningkatkan prestasi brek kereta anda kerana penggunaan hose biasa boleh menyebabkan hose menjadi kembang terutamanya semasa panas dan sebab itulah brek rasa tidak mencengkam dengan baik


ini ialah clutch racing exedy yang banyak digunakan pada peminat-peminat kereta di negara kita. apabila menggunakan set clutch ini pedal clutch akan terasa berat lebih 50% daripada standard tetapi cengkaman clutch ini sangat baik sekali


adjustable campulley memainkan peranan penting jugak untuk meningkatkan sedikit kuasa kereta kita jika dilaras dengan baik dan sempurna sama ada advance atau retard bergantung pada resepi tuner masing-masing


penggunaan adjustable fuel regulator sebenarnya untuk meninggikan atau merendahkan pressure minyak petrol di dalam fuel rail dan bukannya dengan memasang alat ini meningkatkan kuasa kereta kita. jika pressure minyak ditinggikan maka tekanan di dalam fuel rail akan bertambah baik dan menjadikan pancutan minyak oleh injector berkesan. di sebelahnya ialah vacuum meter iaitu untuk mengetahui kondisi enjin berdasarkan pergerakan meter tersebut


bush alternatif bagi menggantikan bush standard yang hayatnya lebih lama jika dibandingkan dengan bush oem. amat digalakkan menukar bush super pro ini tetapi harganya lebih mahal daripada buash standard


penggunaan open pod air filter adalah untuk menambahkan kemasukan angin ke dalam enjin dan akan lebih baik jika di tuning semula apa bila memasang filter ini supaya campuran minyak dan angin untuk enjin menjadi seimbang. brand K & N tidak asing lagi bagi peminat kereta dan seharusnya dicuci apabila kotor dengan menggunakan bahan khas keluaran K & N


oil press gauge sangat penting bagi pengguna kereta enjin hi rev seperti mivec. anda akan dapat mengetahui tekanan minyak hitam di dalam enjin dalam keadaan yang sepatutnya


oil cooler untuk pengguna gear auto sangat penting untuk menyejukkan minyak gear dan seterusnya menjadikkan sistem gear berfungsi dengan lebih baik. kebanyakan kerata yang menggunakan gear auto berkongsi dengan bahagian bawah radiator dengan menyalurkan minyak gear ke bahagian ini untuk menyejukkannya. pengguna ATF cooler ini sangat digalakkan


radiator cap memainkan peranan penting untuk mengekalkan pressure tertentu untuk cooling system enjin. lagi tinggi pressure cap lagi sejuk enjin tetapi harus diingat bagi pengguna radiator standard boleh menukar hanya kepada 1.1 bar sahaja dan tidak lebih dari itu kerana radiator standard tidak dapat menampung pressure yang tinggi. radiator standard wira hanya menggunakan 0.9 bar sahaja. pengguna yang memakai aluminium radiator boleh menggunakan 1.3 bar tanpa sebarang masalah


SPDT relay adalah untuk menstabilkan voltage bagi alat-alat tertentu seperti horn, foglamp dan sebagainya.


kotak biru merupakan throttle position sensor enjin wira/mitsu dan kotak merah pula ialah tempat yang perlu kita sambungkan ke body/ground semasa kita set ignition timing. perlu buka soket cokelat tersebut dan sambungkan ke ground untuk mendapatkan basic ignition timing semasa menggunakan timing light

sekian, terima kasih
salam maulidur rasul
jumpa lagi

34 comments:

son said...

helo jeff.. alat FICD tu kalau nak beli, di kedai spare part ke.. atau di kedai half cut. tq..

jeff_tacra said...

kat kedai spare part tak pasti pulak ada atau tidak, biasanya beli kat halfcut

ramzi said...

salam bang jeff, saya dah pasang ficd kat keter civic taun 96, masa mula2 pasang ok, skang ni bila idling + aircon pasang rpm drop bwh bawah 1000. boleh ekjas camtu aja ka

Anonymous said...

salam, adjustable campulley boleh pasang kat wira 1.5 vdo ke? pomen saya kata nanti keta susah nak start betul ke?

jeff_tacra said...

ramzi - try ejas ficd dulu dan kalau tak function takut ficd tu rosak

jeff_tacra said...

saya dah pasang adjustable campulley kat wira vdo, takde masalah start, normal je

son said...

ok jeff tq..

wiragaban said...

saya ingin mengetahui kedudukan bush2 yang terdapat pada kereta wira bahagian belakang dan depan..saya cadangkan buat satu tajuk dlm blog Tacra ni,penerangan lebih detail mengenai BUSH yg terdapat pada sebuah kereta.Terima kasih

mijon said...

nice info..

faiz_faisol said...

salam abg jeff,
kalu pasang FICD,kne tune enjin semula ke?
aritu tanye kedai,RM120 siap tune enjin semula..

jeff_tacra said...

tak perlu tuning takpe, hanya adjust kat ficd tu je untuk mendapatkan idling yang sesuai terutamanya semasa buka ekon

Anonymous said...

Clutch pedal mitsu berapa harganya? Baru atau halfcut?

jeff_tacra said...

clutch pedal mitsu yang ada spring boleh diperolehi di kedai halfcut, harga dari rm250 ke atas

Ayehs said...

Salam.. Macam mana cara nak adjus FICD tu?? sy pakai wira 1.5..

Mohd Azrul said...

Salam abang jef
Saya menggunakan radiator wira 1.5m standard.
boleh ke masuk cap 1.1 bar?

jeff_tacra said...

kalau radiator standard boleh masuk cap 1.1 bar, kalau nak guna yang 1.3 takut bocor pula melainkan kalau guna aluminium radiator, tak ada masalah nak pakai 1.3 bar

Anonymous said...

bos exedy cluth..bape harga pasaran ek?

jeff_tacra said...

exedy semi racing harga sekitar rm950 satu set

Anonymous said...

salam bos,
apa beza exedy 3puck & 4puck dari segi cengkaman dan life span?
both made in japan ke?

jeff_tacra said...

4 puck ni model baru dari 3 puck, ternyata 4 puck kurang gegar jika nak dibandingkan dengan 3 puck. ketahanan lebih kurang sama je

Anonymous said...

salam,bro
nk tnye psal radiator cap

cap bagi 4g13 adalah 0.9 bar

jadi,elok x klo pakai 1.1 bar punye radiator cap atau juz ikut spec kilang je?

mtk pndpat,tq :)

Anonymous said...

Thank you very Bro, quite informative blog you have!

Anonymous said...

salam tuan jeff,wira 1.6 sya baru guna radiator perdana baru n sya tukar kn skali motor utk kipas radiator yg baru kerna mtor yg lma da x kuat n sya guna cap radiator 1.1 tapi temperature still x bley maintain,ble keta b'henti kt trafficlight msti temp akn naik..

harap tuan jeff bole bntu sya..

jeff_tacra said...

Kena check juga termostat, atau tukar dengan yang baru

Anonymous said...

salam nk tnye skit..klo pkai adjustable cam pully kt wira 1.5..slaluny nk retart ke nk advant? selalu bp degree ye?

jeff_tacra said...

Boleh cuba retard 2 atau 3 mark, each mark 2*

┢┦μŇŦέŘ ŤέάM™*̡CamfrogAsia said...

salam/.....tyer sikit...semlm sy ada buat top ovehal enjin 4g93....sesudah topovehal pasang kembali semua,start keta,dapati minyak hitam x naik ke head...dan bunyi enjin mcm enjin bot....apakah masalahnya??oilpump dah tukar baru pun sama jugak.....sila beri tunjuk ajar...tq

Zafran Kong said...

salam, nak tanya cikit bro boleh?
boleh ke body satria tahun 97 masuk enjin 4g93 ck?

jeff_tacra said...

nak masuk enjin ck pada body satria/wira terpaksa lakukan ubahsuai pada mounting, leceh. lebih baik ambik dari model 4G9X yang lain, hanya plug n play sahaja

e-one said...

salam .nak tanya saya dah tukar body throttle yang recon pada 2012.tapi dia meragam balik walaupun saya dah tukar service kit.kalau guna ficd bagi bypass body throttle boleh ke?

jeff_tacra said...

FICD hanya untuk control idling semasa aircond dibuka

nur matdaud said...

kete saye mngunakan enjin 4g93,slpas top overhold enjin jd sng mati apabila slow dan ssh untuk idopkan blik....bile saye repeat tye kdai tu die sruh tkr mcm2 tp still x bole jgk...die pon x tau ape puncanya sb smua brg da tkr......untuk pngentahuan anda bsenya klau girl yg bwak kete pg mne2 slalu kna ketuk....skang x tau nk wat ape...bru 3 bln top overhold skang kna lg......bole tolong x

CEPUL said...

Salam, sy baru menggantikan radiator cap untuk aluminium radiator dari yg asal 1.3 bar kepada 1.1 bar. Boleh ker aluminium radiator memakai radiator cap 1.1 bar?

Jeff Tacra said...

boleh, tak ada masalah