Info & Tips Vol.3

entri kali ini merupakan sambungan daripada entri terdahulu mengenai info dan tips tertentu dengan harapan semoga boleh dikongsi untuk dijadikan panduan untuk semua


ini merupaka clutch pedal mitsu dan berlainan dengan pedal clutch wira, boleh plug n play pada kereta wira. satu keistimewaan yang ada pada pedal clutch ini ialah adanya spring yang membantu pengguna semasa menekan clutch, spring ini menolong meringankan lagi pedal clutch. sangat sesuai bagi mereka yang menggunakan set clutch racing seperti exedy, triniti dan sebagainya


FICD merupakan alat oem bagi kereta toyota untuk membantu menaikkan idling terutamanya semasa on aircond. bagi kebanyakan pengguna kereta wira atau mitsu selalunya ada masalah stepper motor iaitu semasa on aircond rpm drop sehingga boleh menyebabkan kereta mati. pemasangan FICD ini merupakan penyelesaian kepada masalah tersebut dan kita boleh laras tinggi rendah rpm semasa aircond dibuka


gambar atas merupakan conrod bearing kereta wira atau mitsu. gambar no.2 ialah conrod bearing yang dah terlalu haus dan perlu ditukar dengan yang baru. antara tanda untuk mengenal pasti masalah bearing ini ialah, semasa hidupkan kereta terutamanya cold start dan ketika rpm naik lepas start ada bunyi ketukan pada bahagian enjin. salah satu cara lagi ialah semasa kita rev hingga 3k rpm ketukan boleh kedengaran daripada tengah enjin. kalau ini berlaku sampai masanya conrod bearing perlu ditukar dengan yang lain


kebanyakan daripada pengguna kereta selalu mengalami masalah kebocoran head gasket dan boleh mengakibatkan minyak hitam berkurangan dalam enjin. head gasket standard mempunyai jangka hayat tertentu dan apabila bocor perlu ditukar dengan yang lain dan ada kes head gasket standard putus yang boleh menyebabkan minyak hitam bercampur dengan air di dalam enjin. penggunaan metal head gasket sangatlah efesien kerana tidak mudah bocor dan tahan lebih lama kalau dibandingkan dengan standard. kini terdapat pelbagai jenis metal gasket di pasaran dan pilihlah jenama dan ketebalan yang bersesuaian dengan kereta anda


sistem brek kereta memainkan peranan penting untuk memberhentikan kereta dengan berkesan. penggunaan braided hose brake boleh meningkatkan prestasi brek kereta anda kerana penggunaan hose biasa boleh menyebabkan hose menjadi kembang terutamanya semasa panas dan sebab itulah brek rasa tidak mencengkam dengan baik


ini ialah clutch racing exedy yang banyak digunakan pada peminat-peminat kereta di negara kita. apabila menggunakan set clutch ini pedal clutch akan terasa berat lebih 50% daripada standard tetapi cengkaman clutch ini sangat baik sekali


adjustable campulley memainkan peranan penting jugak untuk meningkatkan sedikit kuasa kereta kita jika dilaras dengan baik dan sempurna sama ada advance atau retard bergantung pada resepi tuner masing-masing


penggunaan adjustable fuel regulator sebenarnya untuk meninggikan atau merendahkan pressure minyak petrol di dalam fuel rail dan bukannya dengan memasang alat ini meningkatkan kuasa kereta kita. jika pressure minyak ditinggikan maka tekanan di dalam fuel rail akan bertambah baik dan menjadikan pancutan minyak oleh injector berkesan. di sebelahnya ialah vacuum meter iaitu untuk mengetahui kondisi enjin berdasarkan pergerakan meter tersebut


bush alternatif bagi menggantikan bush standard yang hayatnya lebih lama jika dibandingkan dengan bush oem. amat digalakkan menukar bush super pro ini tetapi harganya lebih mahal daripada buash standard


penggunaan open pod air filter adalah untuk menambahkan kemasukan angin ke dalam enjin dan akan lebih baik jika di tuning semula apa bila memasang filter ini supaya campuran minyak dan angin untuk enjin menjadi seimbang. brand K & N tidak asing lagi bagi peminat kereta dan seharusnya dicuci apabila kotor dengan menggunakan bahan khas keluaran K & N


oil press gauge sangat penting bagi pengguna kereta enjin hi rev seperti mivec. anda akan dapat mengetahui tekanan minyak hitam di dalam enjin dalam keadaan yang sepatutnya


oil cooler untuk pengguna gear auto sangat penting untuk menyejukkan minyak gear dan seterusnya menjadikkan sistem gear berfungsi dengan lebih baik. kebanyakan kerata yang menggunakan gear auto berkongsi dengan bahagian bawah radiator dengan menyalurkan minyak gear ke bahagian ini untuk menyejukkannya. pengguna ATF cooler ini sangat digalakkan


radiator cap memainkan peranan penting untuk mengekalkan pressure tertentu untuk cooling system enjin. lagi tinggi pressure cap lagi sejuk enjin tetapi harus diingat bagi pengguna radiator standard boleh menukar hanya kepada 1.1 bar sahaja dan tidak lebih dari itu kerana radiator standard tidak dapat menampung pressure yang tinggi. radiator standard wira hanya menggunakan 0.9 bar sahaja. pengguna yang memakai aluminium radiator boleh menggunakan 1.3 bar tanpa sebarang masalah


SPDT relay adalah untuk menstabilkan voltage bagi alat-alat tertentu seperti horn, foglamp dan sebagainya.


kotak biru merupakan throttle position sensor enjin wira/mitsu dan kotak merah pula ialah tempat yang perlu kita sambungkan ke body/ground semasa kita set ignition timing. perlu buka soket cokelat tersebut dan sambungkan ke ground untuk mendapatkan basic ignition timing semasa menggunakan timing light

sekian, terima kasih
salam maulidur rasul
jumpa lagi